Wednesday, November 04, 2009

Budget Speech (VIII): Restructure Toll Concessions

(Final part of my 2010 Budget speech which I had to end quickly due to shortage of time. The text is taken verbatim as I speak hence will not read like prepared text - Part I, Part II, Part III, Part IV, Part V, Part VI, Part VI)

Satu lagi perkara yang saya ingin pergi adalah teras dua yang telah pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Bagan iaitu penstrukturan dan pengagihan semula ekonomi kita. Satu yang telah pun dibangkitkan sebelum ini adalah mengenai hasil yang kita dapat daripada petroleum. Kita tidak boleh semua hasil yang kita dapat berikan kepada kerajaan, kerajaan belanjakan semua dalam perbelanjaan pengurusan.

Kita perlu hadkan berapa banyak kita belanjakan dalam perbelanjaan pengurusan, berapa banyak kiat perlu jimatkan dan berapa banyak kita gunakan untuk kepentingan rakyat. So, itu perlu kita hadkan dan itu telah pun disebutkan oleh Yang Berhormat Bagan dan saya tidak akan ulangi. Akan tetapi, ada satu lagi yang kita perlu agihkan dan struktur. Iaitu semua konsesi yang tidak adil dalam negara kita. Saya tidak dengar sepatah perkataan pun mengenai satu isu yang terpenting terutamanya bagi penduduk-penduduk bandar tetapi yang melingkungi semua rakyat Malaysia adalah konsesi lebuh raya tol. Kita raise banyak kali, tetapi dalam bajet tidak ada, satu perkataan pun tidak ada. Apabila Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menjadi...

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itulah namanya lagu lama.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Lagu lama sebab lagu tidak diselesaikan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu lagu Yang Berhormat Ipoh Timur.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pun ada berkata, kita perlu selesaikan masalah tol dan beliau berkata EPU akan bertindak. Semasa itu saya ingat bulan April. Beliau berkata EPU akan mengambil masa tiga bulan untuk mengumumkan sistem yang baru pelan yang baru. Tiga bulan telah berlalu, empat bulan berlalu kita sudah hendak masuk bulan keenam, masih tidak dengar dan saya berasa amat kecewa kerana bajet bagi tahun hadapan tidak mempunyai cadangan-cadangan ataupun penyelesaian bagi isu tol bagi rakyat kita.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat, sudah cukup. Yang Berhormat. 63 minit sekarang ini. So...

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: 10 minit sahaja, saya habiskan tol.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Dia mahu ambil Yang Berhormat Ipoh Timur punya tempat.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat untuk selesaikan Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya selesaikan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Kita tidak ada time limit tetapi saya rasa memadailah 63 minit Yang Berhormat berucap.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tadi pun satu jam setengah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Cukuplah, termasuk dalam masa allocated untuk Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya minta 10 minit.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Satu jam setengah itu wakil parti. Yang Berhormat bukan wakil parti.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: 10 minit saya habiskan konsesi tol sahaja dan saya akan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Saya minta Yang Berhormat habiskan lima minit daripada sekarang.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey. So, kita ingin supaya pihak kerajaan menggubal satu undang-undang yang baru yang bertajuk Unfair Contract Acts. Kenapa ada satu Unfair Contract Acts, supaya kerajaan tidak ada alasan lagi untuk melengah-lengahkan penyelesaian perkara ini supaya kita tidak mengambil alasan bahawa sanctity of contract supaya tidak mengambil tindakan terhadap konsesi-konsesi tol. Unfair Contract Acts ini unik untuk Malaysia kalau digubalkan. Ini ada di negara-negara maju juga seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia, dan lain-lain. So, kalau kita tengok tol, kita tengok LDP di kawasan saya dia untung besar.

Kos pembinaan termasuk faedah adalah RM1.3 bilion tetapi untung dia yang masuk dalam prospektus, RM18 bilion. So untung banyak, tetapi kalau kita tengok kontrak perjanjian dia, kerajaan sepatutnya boleh beli balik dengan harga RM1.4 bilion sahaja, tidak payah bayar pampasan lagi. RM1.4 bilion dan kalau kita ikut pengiraan, kita teruskan tol sahaja kurangkan daripada RM160 kurang kepada RM1 kita kutip 10 tahun sahaja, selepas itu jalan itu telah menjadi bebas tol. Tidak payah bertol lagi. So, kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang akan menjimatkan kerajaan kerana tidak payah membayar pampasan lagi dan juga menjimatkan rakyat supaya rakyat mempunyai disposable income yang lebih tinggi.

Yang terakhir bagi tol Lebuh raya Utara- Selatan, itu pun sama. Itu tidak perlu pakai Unfair Contracts Act, sebab kerajaan melalui Khazanah telah memiliki 63% daripada konsesi tersebut. Jadi kita hanya perlu membeli balik 37% dan pembelian ini termasuklah membayar balik apa-apa hutang yang ada dalam PLUS hanya mengambil jumlah RM15 bilion sahaja. RM15 bilion ini sebenarnya tidak payah dikeluarkan oleh kerajaan.

So, ini off-budget items. Kenapa off-budget items, sebab tol masa sekarang dikekalkan dengan masa tujuh tahun, untung daripada tujuh tahun itu sudah cukup untuk membayar balik RM15 bilion tersebut. So, pada pokoknya selepas tujuh tahun, tol ini boleh bebas. Lebuhraya Utara Selatan boleh bebas tol dan selepas itu kalau hendak kutip tol lagi, tol boleh digunakan untuk penyelenggaraan ataupun diagihkan kepada satu dana pengangkutan awam supaya sistem pengangkutan awam kita dapat disempurnakan.

So, oleh sebab masa, saya akan akhirkan ucapan saya di sini. Saya harap kita akan mendapat jawapan yang cukup dan tindakan yang sempurna daripada kerajaan supaya rakyat benar-benar didahulukan dan pencapaian benar-benar diutamakan, sekian terima kasih.

2 comments:

Patriot said...

Dear Tony Pua, my MP

I hope you will help me voice out my opposition to Malaysia's name being used for the so called 1Malaysia F1 team so that if it fails, eg, finish last or worst, scandals, Malaysia's name will not be dragged into the mess. We hope you will help us voice our protests against various wrong doings whenever it become apparent in the Parliament. See the end is near!.

Please respond with a comment if you agree to help us.

Patriot said...

See The rakyat will no longer tolerate abuses and will voice out our demands (Please help us do that in Parliament:

"Keep shouting our demand for our government to change for the better. Keep yelling if we have too. Only when they listen and they hear will they start the process of understanding that we mean what we say – and we will not go away until they do as we ask!"