(Continuation of my 2010 Budget speech, Part I here, Part II here)
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Untuk menjawab soalan daripada Yang Berhormat Kinabatangan. Saya tahu Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun menjelaskan bahawa tindakan akan diambil, tetapi tiap-tiap tahun kita dengar penjelasan yang sama, tiap-tiap tahun kita nampak Laporan Ketua Audit Negara yang sama. Apabila saya bentangkan perkara ini pada tahun lalu, saya masih ingat Yang Berhormat Kinabatangan kata apabila saya katakan screw driver dibeli dengan harga RM400, Yang Berhormat Kinabatangan ada kata, lagu lama. Akan tetapi, ini bukan lagu lama, ini lagu lama sebab tiap-tiap tahun berlaku.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya tidak cakap lagu lama, saya tahu laporan audit tidak boleh tipu punya. Yang Berhormat jangan tipu! Mana saya ada cakap lagu lama!
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tidak tipu. Saya cakap saya bentangkan kes ini...
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Mana ada saya cakap lagu lama!
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ada, tahun lalu ada kata.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Itu you cakap lain.
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya boleh bawakan.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Ini soal lain.
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tahun lalu ada.
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Tarik balik! Saya tidak cakap itu macam! Tarik balik!
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kalau tidak ada dalam Hansard, saya tarik balik, saya minta maaf, okey. Kalau tidak ada dalam Hansard, saya tarik balik, saya akan minta maaf, tetapi memang ada. Kita dituduh lagu lama, ditegur lagu lama, jangan bawa lagu lama, tetapi tiap-tiap kali berlaku.
Ketua Audit mendapati bahawa sembilan kementerian, perbelanjaan mereka telah pun melebihi had perbelanjaan ataupun perbelanjaan belanjawan yang telah pun diluluskan dalam Parlimen. Sembilan kementerian, yang berjumlah RM3.6 bilion. Kementerian Pendidikan RM1.2 bilion, Kementerian Kewangan RM770 juta, Kementerian Kesihatan RM690 juta, Kementerian Pertahanan RM658 juta.
Ini adalah semua perbelanjaan yang telah pun melampaui apa yang telah pun ditetapkan dalam Dewan yang mulia ini. Akibat keterlaluan ini, ini telah menjadikan perbelanjaan pengurusan bagi negara kita ini kian meningkat. Bukan sahaja meningkat, tetapi meningkat melebihi apa yang telah pun ditetapkan dalam Dewan ini.
Kita mengambil masa berminggu-minggu berbahas di sini untuk meluluskan bajet. Kita tidak henti, bajet kita bahas dengan serius. Sebelah sana dan sebelah sini, kita bahas dengan serius. Akan tetapi, setelah kita satu line satu line satu line berapa jumlah kita luluskan, pergi kepada pihak kerajaan untuk dibelanjakan, mereka macam tidak kisah.
Saya boleh senaraikan statistik tiap-tiap tahun sejak tahun 2000 bagi perbelanjaan pengurusan. Kerajaan telah melebihi peruntukan sebanyak 8%, 2001 - 5%, 2002 - 5.1%, 2003 - 4.9%, 2004 boleh jadi ada pilihan raya 14%, 2005 turun sedikit 9.6%, 2006 - 6% dan tahun lalu 17%. Pilihan rayalah. [Ketawa] 17%!
Bajet pilihan raya kita boleh terima, sudah ditetapkan. Kita boleh terima kalau perbelanjaan lebih banyak. Okey, sudah ditetapkan, tidak apa. Bajet telah diluluskan tetapi masih melebihi 17%. Ya, Yang Berhormat Kuala Selangor.
Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Sedikit sahaja Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan saya pendek sahaja Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Bersediakah Menteri untuk meletakkan segala kesalahan over spending ini dalam sembilan kementerian Yang Berhormat sebutkan tadi ke atas pegawai-pegawai kerajaan sahaja atau kah mereka juga pertama-tamanya the buck stops at them? Mereka yang mesti bertanggungjawab kepada segala kesalahan ini.
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dalam sesebuah syarikat kalau katakan syarikat swasta, CEO tidak boleh menyalahkan pegawai-pegawai saya atau pun pekerja-pekerja saya kerana buat kerja salah. The buck stops at the CEO. Bagi menteri-menteri, kementerian kementerian pun sama. The buck stops at the Menteri kalau Menteri tidak kawal perbelanjaan dalam kementerian dia, Menterilah yang perlu bertanggungjawab.
Yang Berhormat Kota Belud. Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya tertarik sedikit tentang isu perbelanjaan yang melebihi daripada apa yang telah kita putuskan di dalam Dewan yang mulia ini.
Saya percaya kerajaan membuat perbelanjaan yang lebih ini atas sebab-sebab yang tertentu bukan sekadar hanya kerana ketirisan-ketirisan tersebut. Contohnya tahun lepas hampir kesemua komoditi, metal, foreign exchange semuanya berlaku. Krisis kewangan itu telah menyebabkan keadaan ekonomi di seluruh dunia huru-hara. Maka kerajaan terpaksa kembali kepada Dewan dan meminta pertambahan dari segi belanja untuk bajet. Jadi, ia banyak sebab kenapa kerajaan terpaksa berbelanja lebih daripada apa yang telah diputuskan di dalam Dewan ini. Ia bukannya atas dasar ketirisan tersebut tadi. Pandangan Yang Berhormat?
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya setuju bahawa ada perkara-perkara yang mengecualikan isu-isu tersebut sebab kadang kala harga minyak meningkatkan daripada USD80 satu barrel kepada USD150 saya boleh faham. Peningkatan subsidi. Akan tetapi pada masa yang sama ini consistently exceeding apa yang dibajetkan. Bukan 1%, 2%. Itu saya boleh terima tidak boleh pakai statistik itu tetapi consistently. Ada dua masalah di sini. Satu masalah adakah yang membuat bajet ini tidak membuat dengan pengiraan yang menyeluruh, tidak kira baik-baik setelah itu aiyaa terlupa kena masuk ini, kena masuk itu! [Ketawa] Atau pun sengaja?
Dalam laporan audit ada banyak kes dia kata. Perbelanjaan ini tidak diluluskan atau pun penggunaan yang sepatutnya untuk projek A dialihkan kepada projek B tanpa kebenaran dan lain-lain perkara. Banyak kes dibawa di sini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Kota Belud.
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat. Saya ingin meminta pandangan. Tadi Yang Berhormat berkata tentang belanja pengurusan yang naik mendadak, bukanlah mendadak, 10%, 14%, tahun demi tahun menaik.
Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat apakah ini disebabkan oleh polisi kerajaan yang menggunakan kaedah PFI iaitu menggunakan sekejap, sekejap biar saya selesaikan dahulu yang ini. Mungkin then Yang Berhormat boleh jawab.
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: [Bangun]
Dato’ Abd. Rahman Dahlan [Kota Belud]: Menggunakan deferred payment kah atau pun PFI yang mana apabila pembayaran balik kepada kontraktor-kontraktor ini dimasukkan dalam kategori pengurusan bukan pembangunan. Contoh saya bagi, katalah jalan raya, highway. Kalau dia menggunakan bajet, menggunakan duit kerajaan maka dimasukkan dalam bajet pembangunan, perbelanjaan pembangunan, development tetapi apabila menggunakan PFI
contohnya dan kita terpaksa membayar interest dan sebagainya pembayaran itu, ia dimasukkan dalam kategori pengurusan. Maka kategori pengurusan itu melambung naik. Saya minta penjelasan lah.
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kalau katakan gunakan alasan PFI. Sebenarnya kalau pakai PFI itu perbelanjaan kerajaan sepatutnya menurun kerana perbelanjaan telah pun dialihkan kepada pihak swasta. Kalau bayar balik dengan bayar ansuran sebenarnya dalam cara accounting, bayaran tersebut telah pun ditetapkan dalam bayaran pembangunan. Yang ini boleh dijelaskan daripada Menteri Kewangan nanti tetapi setahu saya itu bukan sebabnya. Itu confirmed bukan sebabnya. Okey confirmed. Saya boleh jawab bagi Menteri. [Ketawa]
Perbelanjaan mengurus meningkat bukannya 10% atau 14%. Sebenarnya meningkat daripada 1999, RM49 bilion pengurusan ya meningkat kepada RM80 bilion pada tahun 2004, lima tahun. Meningkat dengan lebih kurang berapa peratus saya tidak tahulah tetapi lebih kurang 70%. Akan tetapi 2004 RM80 bilion telah meningkat kepada tahun ini RM160 bilion, lima tahun juga, telah meningkat 100%. Saya memang setuju dengan belanjawan yang dibangkitkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang menurunkan perbelanjaan pengurusan.
No comments:
Post a Comment