Monday, November 02, 2009

Budget Speech (II): Pengkhianat Melayu

(Continuation of my 2010 Budget speech, Part I here)

Antara contoh-contoh yang lain, termasuklah satu perbelanjaan daripada Kementerian Pendidikan yang membayar sebanyak RM57,493 untuk kerja-kerja landskap yang bernilai lebih 880% lebih tinggi daripada sebut harga, yang tertinggi yang didapatkan daripada Jabatan Audit. Juga satu pembiayaan komputer yang telah pun dibangkitkan semalam oleh Yang Berhormat Gopeng di mana laptop bagi sekolah MARA telah dibeli dengan harga RM42,000.

RM42,000 dia beli berapa? Harga asal sebuah laptop ini RM3,000, RM4,000 boleh dapat sudah, beli RM42,000. Saya bukan orang Melayu, ini sekolah MARA. Saya bukan orang Melayu, tetapi apabila saya nampak pemimpin-pemimpin Barisan Nasional menuduh Ketua Pembangkang sebagai pengkhianat Melayu apabila dia membela nasib orang bukan Melayu.

Apabila saya tengok kes macam ini, wang yang diperuntukkan untuk kebaikan kaum bumiputera digunakan sebegini. Orang yang membuat pembelian ini adalah pengkhianat Melayu yang benar-benar di negara kita. Mereka perlu diambil tindakan secepat mungkin, sekeras mungkin.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: [Bangun]

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Ya, Yang Berhormat Kinabatangan.

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Terima kasih Yang Berhormat. Sedarkah Yang Berhormat bahawa isu ini telah pun kita bangkitkan dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah membuat komen bahawa memang kita tidak bersetuju dengan perbuatan-perbuatan sebegini.

Justeru itu, kita telah meminta, perkara ini telah kita bangkitkan dalam Dewan ini. Di luar Dewan, kita mahu minta pihak penguat kuasa yang berwajib menyiasat perkara ini dan mereka yang bertanggungjawab harus diheret ke mahkamah. Ini telah kita perjelaskan. Saya hairan Yang Berhormat, saya tidak pernah menuduh pula Ipoh Timur sebagai pengkhianat Melayu, tidak pernah saya dengar ada orang. Ini mungkin cuma Ketua Pembangkang, tidak pernah saya cakap.

Jadi, ini Yang Berhormat harus menyedari bahawa bukan sahaja Yang Berhormat yang concern ataupun mengambil berat akan soal ini. Bahkan kita awal-awal lagi telah menyatakan, meminta kerajaan, siapa-siapa yang bertanggungjawab, maka hendaklah dia membayar apa yang telah dia lakukan.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Yang Berhormat, Yang Berhormat, sekejap... Fasal saya hendak minta penjelasan dan Yang Berhormat perlu betulkan kenyataan. Apabila kita menuduh Permatang Pauh sebagai pengkhianat Melayu bukan kerana beliau membela bukan Melayu, kerana kita pun selama ini membela bukan Melayu.

Kita tuduh beliau pengkhianat Melayu kerana beliau adalah dalang kepada perpecahan orang-orang Melayu bukan kerana beliau membela bukan Melayu. Betulkan Yang Berhormat. Betulkan balik. Saya minta Yang Berhormat tarik balik kenyataan tadi yang menyatakan kita tuduh dia pengkhianat Melayu kerana membela bukan Melayu. Kita pun selama ini membela bukan Melayu.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kita nampak yang...

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Tarik balik Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tidak, saya tidak akan tarik balik.

Datuk Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Betulkan kenyataan itu.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak akan tarik balik sebab memang benar Ketua Pemuda UMNO, memang benar Timbalan Perdana Menteri telah pun menuduh kepada Ketua Pembangkang bahawa dia memecahbelahkan kaum Melayu.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Memecahkan kaum Melayu betul pengkhianat Melayu, tetapi bukan kerana...

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sebab, sebab...

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Bukan kerana membela...

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dia membela ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh berbahas macam ini
Yang Berhormat, ya.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak akan berikan ruang lagi...
Post a Comment