Tuesday, November 03, 2009

Budget Speech (IV): Emolument, Deficit & General Elections

(Continuation of my 2010 Budget speech - Part I, Part II, Part III)

...Akan tetapi ada satu perkara yang amat menakjubkan. Saya nampak subsidi minyak turun, subsidi turun kerana harga minyak turun. Saya nampak pembelian aset bagi kerajaan turun. Okey baik. Saya nampak pembelian supplies and services pun turun, baik. Akan tetapi saya nampak emolumen, oh meningkat dengan banyak! Emolumen dan pencen telah pun meningkat sebanyak 12%, 13%. Emolumen sahaja meningkat daripada RM38 bilion sehingga RM42 bilion atau RM43 bilion. Sebanyak 11%. Pencen dan gratuiti pun meningkat. Saya rasa seperti tidak betul. Semasa kita hendak mengurangkan pengurusan kenapa kita tambah banyak pula? Saya agak ada increment sedikit, saya faham. Akan tetapi ini peningkatan sangat besar. So, saya meragui apakah sebab yang tertentu di sini?

Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Saya tahu Yang Berhormat. Sebabnya rakyat didahulukan. Itu sebabnya.

Seorang Ahli: Pencen didahulukan.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya rasa boleh jadilah oleh sebab pilihan raya akan datang pada tahun 2011. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun memperuntukkan bonus yang besar tahun hadapan untuk diumumkan, untuk menyediakan preparasi untuk pilihan raya 2011. [Ketawa] Saya agak sudah masuk dalam bajet supaya ada.

Kita tengoklah adakah wang tersebut akan digunakan untuk announce bonus tahun hadapan okey. Kesemua ini saya ambil perhatian dan prihatin terhadap emolumen ini kerana emolumen merupakan satu perbelanjaan yang di dalam bahasa economics, most spiky. Spiky maksudnya boleh naik dan susah hendak turun. Now kalau hendak beli perkakasan, hari ini beli komputer, tahun hadapan tidak belilah, tidak apa. Akan tetapi kalau gaji sudah naik, kalau kakitangan kerajaan telah pun dibesarkan lagi, tidak boleh pecat tahun hadapan. This is a commitment yang telah pun diambil oleh kerajaan pada masa ini untuk lima tahun yang akan datang. Perbelanjaan kita telah terikat pada tahun-tahun yang akan datang.

Saya rasa sedikit, tidak tahulah kenapa emolumen ini telah ditingkatkan dengan begitu banyak. Adakah kakitangan perkhidmatan awam yang kita ada sekarang ini sudah cukup besar berbanding dengan negara-negara lain, negara-negara jiran kita dan juga negara-negara yang developed economies? Itu sudah cukup besar.

Adakah ianya akan diperbesarkan lagi. So, ini telah menyebabkan hutang kerajaan telah meningkat dengan dahsyat. Tahun 2006, hutang kita adalah RM242 bilion, 2009 iaitu tiga tahun sahaja, hutang kita telah menjadi RM363 bilion, meningkat sebanyak 49.7%, dekat 50%. Itu menjadi hutang rakyat kita, siapa yang membayar hutang ini? Anak kita, cucu kita pada masa yang akan datang kena bayar hutang ini dan kita rasa hutang kita sebelum ini memang sihat, tidak ada concern, memang rendah. Menteri selalu jawab hutang kita memang rendah, kita boleh terima tapi sekarang telah melepasi 52% daripada GDP kita. Ini telah menjadi satu tumpuan semua analis, kalau baca analyst report semua telah menjadi satu tumpuan, ya Yang Berhormat Jasin.

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Terima kasih Yang Berhormat, saya sebenarnya bukan bertujuan nak kacau Yang Berhormat berucap kerana saya tahu saya sudah berucap panjang semalam. Namun saya rasa saya terpaksa terangkan kepada Yang Berhormat. Semalam saya dah cakap cukup terang, cukup jelas sekali kerana mudah sahaja Yang Berhormat. Sebenarnya defisit negara kita unjurkan untuk tahun 2010 mengecut berbanding dengan defisit tahun lepas, belum lagi, nampak Yang Berhormat? Kerana dulu kita mengembang, sebab kita telah memperkenalkan pakej rangsangan. Semalam saya dah sebut dah, tahun 2009 kita masih lagi memerlukan pakej rangsangan untuk memastikan supaya ekonomi kita terus tumbuh.

Yang Berhormat sebut, kenapakah tiap-tiap tahun perbelanjaan kita meningkat. Kalau Yang Berhormat tengok pada buku economic report ini, kerajaan telah menjimatkan perbelanjaan kita sebanyak 8.4%.

Berkenaan dengan emolumen pula, Yang Berhormat perkara mudah. Setiap pekerja yang kita ambil itu, dia tidak boleh gaji statik, gaji dia akan meningkat dan semakin ramai kita ambil pekerja, tidak boleh gaji macam itu. Gaji semakin meningkat mengikut keadaan, bukanlah maknanya Kerajaan Barisan Nasional memberi umpan, tetapi sebagai obligasi kerajaan kepada rakyatnya... [Tepuk].

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya rasa dalam perkara defisit. Defisit merupakan hutang, asal ada defisit tak kira 3%, 8%, 5%..

Datuk Wira Ahmad Hamzah [Jasin]: Boleh saya campur sikit Yang Berhormat mengenai defisit? Defisit sebenarnya, apa yang terjadi ketika ini adalah selaras dengan kemampuan kewangan negara. Kalau kerajaan tak mampu, benar saya bersetuju dengan Yang Berhormat iaitu defisit maknanya hutang tapi kerajaan ada mempunyai kemampuan kewangan, terima kasih.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Kemampuan kita, saya terus jawab kepada soalan yang terakhir. Kalau dengar Yang Berhormat Bagan dua hari yang lalu, mana wang kita datang, mana kemampuan kita datang, apa asal usulnya? Asal usul kemampuan kita dalam tahun-tahun yang lalu terutamanya kebelakangan ini adalah daripada wang petroleum yang tidak sustainable bagi jangka masa yang panjang dan ini bergantung kepada harga minyak antarabangsa yang naik turun. So kita tak boleh kata, kemampuan kita berasal daripada sektor petroleum, kita terus membelanjakan semuanya. Kalau banyak belanjakan tambah lagi hutang on top of that. Kita tak nak macam itu, kalau kita ada kemampuan yang lebih daripada sektor petroleum, kita perlu jimatkan sedikit terutamanya semasa ekonomi kita baik dan semasa ekonomi kita yang susah seperti 2009, 2010 tambahlah perbelanjaan.

Kita tidak katakan kerajaan tidak boleh ada defisit, boleh, tapi ada masanya. Bila ekonomi baik kita perlulah jimatkan sedikit terutamanya jika pendapatan kita datang daripada punca-punca yang tidak menentu dan yang one-off.

Tuan Loke Siew Fook [Rasah]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Petaling Jaya Utara. Saya baru mendapat jawapan kepada soalan saya pagi tadi yang mengatakan bahawa Kerajaan Persekutuan telah berjaya mencatatkan lebihan fiskal pada tahun 1993 hingga 1997 iaitu semasa Yang Berhormat Permatang Pauh menjadi Menteri Kewangan.

Akan tetapi, sejak itu tak pernah ada lebihan belanjawan kita daripada tahun 1998 hingga ke tahun 2009. Walaupun pada beberapa tahun kebelakangan ini, harga minyak melambung dan hasil negara sebenarnya melambung tinggi tetapi kita tidak pernah ada tabungan kepada negara dan setiap tahun kita mengalami defisit.

Sekarang ini kita nampak bahawa hasil negara telah berkurangan dan kita tidak mempunyai satu sumber hasil yang banyak, dan bagaimanakah kita dapat menampung defisit ini, untuk closed gap itu, kerana perbelanjaan sudah meningkat, sudah membesar tetapi hasil kita tidak akan meningkat dengan mendadak. Jadi saya tak nampak bagaimana ada cara kita untuk merapatkan jurang tersebut.

Saya nak minta pandangan daripada Yang Berhormat PJ Utara, adakah ini menunjukkan bahawa pentadbiran ataupun pengurusan kewangan oleh kerajaan Barisan Nasional adalah kurang berhemah. Terima kasih.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Memanglah kurang berhemah, Datuk Seri Anwar, Ketua Pembangkang sekarang di sini, jadi pulang balik ke sana kita boleh ada surplus sekali lagilah

Tuan Yang di-Pertua, saya bimbang ke atas hutang-hutang yang telah ditanggung oleh kerajaan dan sekarang pembayaran hutang setiap tahun telah meningkat daripada RM12.5 bilion 2006 sehingga RM15.9 bilion dekat RM16 bilion setiap tahun, dan saya jangka perangkaan ini akan terus meningkat akibat kebelakangan ini kita banyak melebihkan hutang-hutang kita.

So, kita perlu jaga sikit dan kita perlu berhemah walaupun RM138 juta bilion telah pun diperuntukkan untuk perbelanjaan pengurusan. Kita harap kakitangan kerajaan, Menteri-Menteri akan menjaga perbelanjaan supaya penjimatan dapat dicapai dan bukannya penjimatan terus masuk bank tetapi penjimatan ini boleh dialihkan dan diagihkan kepada perbelanjaan pembangunan supaya impak kepada ekonomi yang kata ekonomik itu, economic multiply effect menjadi lebih besar dan lebih berkesan bagi negara kita. Kita tidak mahu satu hari nanti rating agency antarabangsa semua menurunkan rating negara kita.

Awal tahun ini Fitch telah pun menurunkan rating bagi ringgit kita dari A+ kepada ‘A’. Kalau ini berterusan boleh jadi kita akan turun kepada peringkat ‘B’ dan akibatnya adalah kos pinjaman bagi negara kita akan meningkat sebab faedah akan meningkat, ataupun sumber untuk mendapatkan pinjaman akan kurang kerana ramai pelabur antarabangsa dan juga tempatan takut nak beli bon-bon yang diterbitkan oleh kerajaan kita...

2 comments:

Anonymous said...

Speaking of credit rating. Malaysia credit rating was highest just before 1997 when it had a surplus. Since then its credit rating has never came back to the level. HOWEVER, the credit ratings of Thailand, Indo, Philippines, India etc have risen.

To be honest, the only reason why Malaysia credit rating is still competitive is EPF.. So basically our retirement saving is what keeping this country from becoming a financial quagmire - that and high oil prices.

In other words, BN govt is a financial child. It literally has done NOTHING over the last decades or so to improve our national finance structurally. Essentially in terms of financial competitiveness, it has fallen behind although not by much but that is largely because of EPF and oil.

Anonymous said...

by golly, your bahasa melayu is atrocious - simply on this basis, i would strongly be supportive of single (BM) stream schools. even if you were going to use english to help present your argument, at least add on 'dengan izin...'. this is afterall the malaysian parliament, where bm is the national language.