Friday, March 11, 2011

MITI Minister SHould Not Crow Too Early

Lebih baik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) jangan “berkokok” terlalu awal

Semasa sesi soaljawab Parlimen dua hari yang lalu, Menteri MITI Dato’ Sri Mustapa Mohamed memberikan jawapan mengenai kemajuan pelaburan asing dengan begitu angkuh terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan bahawa
“…angka terkini berkaitan pelaburan asing di negara kita menunjukkan aliran masuk sebanyak USD9 bilion pada seluruh tahun lalu berbanding cuma USD1.4 bilion pada tahun 2009 iaitu peningkatan lebih lima kali ganda. Secara khususnya 536 peratus itu peratusan peningkatan lima kali ganda.”
Dato’ Sri Mustapa mencabar YB Selayang, YB Permatang Pauh dan saya, yang tidak berada di dalam Dewan pada masa itu, “saya mahu tanya mereka apa respons mereka apabila angka terkini”.

Kami tidak membisu. Saya ingin memberikan respons, tetapi sebelum beri respons, saya perlukan data yang tepat, menyeluruh dan terperinci daripada MITI. Malangnya jawapan bertulis yang diberikan oleh Menteri kepada soalan saya terhadap permintaan tersebut lebih teruk daripada jawapan budak sekolah.

Saya meminta supaya MITI memberikan jumlah pelaburan asing yang diluluskan berbanding dengan jumlah sebenar yang dilaburkan. Perbezaan ini penting sebab pelaburan yang diluluskan mungkin tak terjadi atau tertangguh.

Misalnya, jumlah pelaburan asing yang diluluskan pada tahun 2009 adalah US$6.5 bilion (RM22.1b). Akan tetapi, pelaburan sebenar seperti yang dicatatkan dalam statistik UNCTAD adalah hanya US$1.4 bilion.

Mengikut statistik yang sedia ada dalam halaman internet MIDA, jumlah pelaburan asing yang diluluskan pada tahun 2010 adalah RM29.1 bilion. Ini bermaksud peningkatan jumlah pelaburan asing yang diluluskan oleh MITI hanya sebanyak 31.2%, jauh berbeza daripada “536%” yang diheboh-hebohkan oleh Menteri.

Oleh sebab itu, saya telah meminta MITI untuk membekalkan angka pelaburan sebenar sejak tahun 1996 untuk membuat perbandingan yang lebih tepat dan wajar. Malangnya, jawapan Menteri memberikan perbandingan antara pelaburan yang diluluskan untuk pelabur tempatan dengan pelabur asing!

Saya juga meminta Menteri untuk memberikan senarai 10 projek yang terbesar yang telah diluluskan tetapi belum lagi dilaburkan ataupun telah dibatalkan setiap tahun. Malangnya, Menteri menjawab hanya dengan jumlah nilai 10 projek yang terbesar sejak 1996, termasuk yang telah, tengah dan tidak dilaburkan.

Jika Menteri inginkan respons penuh daripada saya, saya harap MITI dapat membekalkan secara terperinci, angka-angka seperti yang dimintakan dan bukannya jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan atau dengan angka yang terpilih sahaja.

Walau bagaimanapun, sama ada pelaburan asing meningkat hanya 31.2% ataupun 536% daripada detik terendah pelaburan asing di negara kita pada tahun 2009, Menteri tidak berlayak untuk bersifat angkuh. Apabila kita hanya mencapai 10 mata dalam peperiksaan sebelum ini, pencapaian 50 mata bukannya sesuatu yang amat membanggakan, terutamanya jika jiran-jiran kita mencapai keputusan dan trend yang jauh lebih baik daripada kita.

2 comments:

donplaypuks said...

Tony

Don't fall for UMNO's dirty tricks of getting you to say something in Parliament and then using the crooked Speaker to suspend or ban you.

Do your homework and get foreign weapons experts like those from Jane to question the stupendous cost of defence procurement in M'sia.

No one trusts this frog of a defence minister who will betray his best friend for money and position!

dpp
we are all of 1 Race, the Human Race

Anonymous said...

Its quite clear it does not get better for Najib & BN going forward. The numbers can only drop. Unfortunately, its enough for Najib to squeek in a win if he moves fast enough..

Worst, if Najib is not taken down now, we are all screwed for a long time.