Monday, November 02, 2009

Budget Speech (I): Financial Indiscipline

I had the opportunity to be the 2nd DAP speaker in Parliament this time round during the Budget debate, and I spoke on Wednesday (28/10) last week for about 1 hour (was expecting 1.5 hours, but the Speaker gave only 1, so I had to cut short my speech towards the end). I managed to cover a few issues, stir some hornet's nest and for other issues which I have not managed to speak on, I'll try to raise them later when the respective Ministries give their reply (e.g., UUCA, Broadband, Crime etc.)

I'll be publishing my speech verbatim here, taken from the Hansard. I've broken them into parts for easy reading and will post them up here accordingly. Part I is below on Financial Indiscipline. I'll also be putting up the videos of my speech once I have it edited. Happy reading ;-)


Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua kerana memberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2010. Antara satu ciri yang tertonjol sekali dalam Bajet 2010 adalah bahawa bajet ini, bajet bagi tahun depan merupakan bajet pertama dalam 12 tahun yang saya ingat tetapi mengikut Khazanah 23 tahun. Itu saya tidak tentu tetapi Khazanah kata 23 tahun kali pertama bajet belanjawan negara kita menguncup.

Dari tahun ini belanjawan, di mana kerajaan akan membelanjakan RM219 bilion, ia kan menguncup kepada lebih kurang RM190 bilion. Penguncupan lebih kurang 11% dan yang lebih penting adalah belanjawan pengurusan akan turun sehingga RM138 bilion daripada RM160 bilion. Satu penguncupan lebih kurang RM13.7 bilion.

Ini pada fikiran saya terutamanya penguncupan dari segi perbelanjaan mengurus adalah satu tindakan yang betul tetapi adakah kerajaan mengambil tindakan ini untuk mengurangkan perbelanjaan mengurus kerana mereka memikir, kerajaan memikir perbelanjaan mengurus selama ini telah pun meningkat sehingga satu tahap yang tidak boleh menjadi satu tahap yang sustainable ataupun kerajaan telah pun mengurangkan perbelanjaan mengurus kerana sudah tidak ada wang.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang dan juga Yang Berhormat Bagan telah pun membentangkan bahawa kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan daripada sektor petroleum. Kita tahu setiap sen yang kita dapat daripada sektor petroleum sejak tahun 2004 sehingga 2009 yang meningkat begitu dahsyat daripada RM19 bilion pada tahun 1994 sehingga RM70 bilion lebih pada tahun ini telah pun digunakan. Setiap sen telah pun digunakan. Tidak ada satu sen pun yang dimasukkan dalam tabung supaya suatu hari nanti, orang bahasa Inggeris kata ‘rainy days’, kita akan dapat wang untuk digunakan untuk merangsang ekonomi kita.

Oleh sebab itu, tahun 2010 semasa ekonomi kita semua tahu belum stabil lagi, belum sembuh lagi, boleh sembuh, tidak sembuh kita pun masih belum tahu tetapi perbelanjaan kerajaan terpaksa menguncup sebab sudah tidak ada wang. Sebelum ini, kita harap dalam perutusan bajet daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, beliau bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan pengurusan tetapi juga membentangkan langkah-langkah, dasar- dasar yang beliau akan ambil supaya cost control akan diteruskan selepas tahun 2010. Kita tidak hanya tahun 2010 kos pengurusan diturunkan tetapi selepas itu, 2011 selepas hasil daripada petroleum naik, kita teruskan perbelanjaan yang besar dari segi perbelanjaan mengurus.

Kita hendak satu langkah di mana kos boleh di kontrol. Kita perlukan financial discipline dalam perbelanjaan mengurus di kalangan kerajaan. Kita boleh nampak, reports yang telah pun dibentangkan oleh Auditor General, Ketua Audit Negara. Kita nampak langsung tidak ada disiplin.

Bukan sahaja tidak ada disiplin, ada banyak penyalahgunaan kuasa, ada banyak penyelewengan dan ada banyak kecuaian dan ketidakcekapan antara kakitangan kerajaan yang macam tidak mengambil berat tentang wang kerajaan. Kita kasi belanja sahaja, tidak kisah. Kalau boleh untung sedikit, lebih baik. Untung sendiri, bukan untung untuk kerajaan.

Kakitangan kerajaan mengambil pandangan bahawa wang kerajaan ini macam wang dia. Macam wang ini ada dua jenis. Macam wang saya, saya punya wang, saya masuk kocek sendiri ataupun macam wang saya, saya kena jimat. Kalau ada lebihan, saya boleh jimat, letak dalam tabung. Lain kali boleh belanja.

Kerajaan Pulau Pinang dapat jimat RM36 juta. Jumlah nampak macam kecil tetapi perbelanjaan mengurus Pulau Pinang tidak sampai RM350 juta tetapi boleh jimat lebih daripada 10%. Itu bukan kerana Kerajaan Pulau Pinang tidak belanja, ada belanja. Kita peruntukan RM100,000 untuk projek ‘A’, kita dapat jimat, kita dapat capai projek ‘A’ tetapi dengan kos yang lebih rendah, RM90,000. Penjimatan kita bukan penjimatan tidak belanja. Penjimatan kita adalah belanja dengan beramanah.

Kita nampak kes-kes yang telah pun dibentangkan oleh Ketua Audit Negara, banyak kes. Saya hanya petik satu dua contoh sahaja. Pertama, pembelian perkakasan dengan harga boleh dikatakan menjulang ke langit oleh ‘Kementerian Sumber Negara, Institut Latihan Perindustrian Miri ‘pole platform’. Saya tidak tahu translation betul atau tidak ‘platform’, tiang. Harga asalnya sepatutnya RM990 tetapi ILP Miri telah beli dengan harga RM30,000. RM30,000. harga asal hanya RM990.

Di Kepala Batas, ILP sama juga. Beli kabinet harga asal RM1,500 tetapi dia beli dengan harga RM13,500...

[Seorang Ahli: Tambah kosong.]

Banyak kosong kena tambah. Tambah kosong pun tidak cukup. Pembelian tanah oleh Syarikat Prasarana bawah Kementerian Kewangan sendiri dengan harga 40% lebih daripada harga pasaran yang telah dicadangkan oleh penilai bebas pada Julai 2008. Ia beli dengan harga RM31 juta walaupun penilai kerajaan, penilai bebas telah pun berkata bahawa harga yang lebih wajar, lebih munasabah adalah RM22 juta. Akan tetapi sudah beli tidak apa dengan harga yang lebih tinggi tetapi sampai hari ini tanah itu belum dipakai.

Belum ada cadangan yang tepat, yang terperinci untuk menggunakan tanah tersebut. Tidak berikan tanah. Perbelanjaan di Pejabat Pembangunan Negeri Wilayah Persekutuan yang diselidik oleh Ketua Audit telah menunjukkan bahawa tiga tahun berturutan perbelanjaan PPN Wilayah Persekutuan telah melampaui bajetnya, bajet yang telah pun diluluskan sebanyak 59%...

1 comment:

Shawn Tan said...

Haha! Funny la, your Malay.