Monday, November 30, 2009

Approved Permits (APs) for Cronies (I)

Last week on Wednesday's committee stage debate for the 2010 Budget for the Ministry of International Trade and Industry (MITI), I managed to raise the perennial issue on "Approved Permits", on why there's open tenders for them, which can in turn raise billions annually for the Government.
Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh Butiran 401000 - Pembangunan Perindustrian di bawah Kementerian, International Trade and Industry. Hanya dua perkara sahaja. Perkara pertama adalah mengenai Approved Permit (AP). Setiap tahun kementerian mengeluarkan 60,000 lebih AP kepada pengimport kereta dan tahun ini, bagi tahun depan, Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengemukakan dalam ucapan bajet dia bahawa setiap AP yang dikeluarkan akan dikenakan kos sebanyak RM10,000 setiap AP. Ini adalah satu langkah ke arah yang betul iaitu AP ini tidak patut diberi secara percuma kepada pihak pengimport kereta yang mendapat keuntungan yang lumayan daripada pengimportan kereta dengan AP yang dikuasai oleh mereka.

Akan tetapi, soalan saya ialah kenapa kerajaan langsung tidak mengambil cadangan
untuk melelongkan AP ini sebab harga pasaran AP ini ialah lebih kurang RM40,000 dan boleh jadi lebih tinggi. Kalau RM40,000 boleh dapat dicapai, hasil yang dapat dikutip oleh kerajaan bagi semua AP yang dikeluarkan adalah lebih kurang RM2.4 bilion. Sekarang RM10,000 hanya dapat mengutip RM600 juta. Kenapa kerajaan tidak mengambil langkah untuk melelongkan AP? Ini supaya hasil bagi kerajaan yang amat berkurangan pada tahun depan akan dapat ditingkatkan dengan sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion lagi.

Kita hendak kemukakan cukai baru kepada kad kredit, RM500 juta dapat dikutip. Kita hendak kemukakan cukai baru kepada penjualan hartanah, lebih kurang RM500 juta juga boleh dikutip. Kalau kita hapuskan cukai-cukai ini dan kita lelongkan AP sahaja, kita akan dapat hasil yang melebihi RM1.8 bilion, jauh lebih banyak daripada cukai-cukai yang lain. So kita hendak tahu kenapa kerajaan tidak melelongkan AP ini?

Kalau kita nak melelongkan AP ini, sepatutnya kita tidak payah tamatkan polisi AP. Ini sebab kalau 60,000 AP dikeluarkan untuk mengawal pengimportan kereta dan dilelongkan secara terbuka, polisi ini akan dapat diteruskan sebab kita hendak hadkan berapa kereta import boleh masuk. Akan tetapi, kita boleh teruskan polisi ini supaya kerajaan terus mendapat hasil yang mencukupi daripada AP.

So kita harap kerajaan akan mempertimbangkan tentang perkara. Polisi ini pun telah dilaksanakan secara successfully di negara-negara seperti Singapura melalui prinsip COE di mana kalau demand tinggi, harga AP naik, kalau demand rendah, harga AP turun. So kita harap kerajaan dapat mempertimbangkan perkara ini.
And the Minister's Reply was as follows, arguing that the AP policy is temporary, and its specifically to assist bumiputera businessmen to expand in the automotive industry, plus it should not be auctioned to protect those who has invested millions into their showroom etc:
Dato' Mustapa Mohamed: [...] Jadi persoalannya kenapa tidak dilelong, dibuka untuk semua dan kalau begitu mengikut Yang Berhormat Petaling Jaya Utara umpamanya kita boleh teruskan dengan AP ini sampai bila, kita lelong. Itu cadangan Yang Berhormat Petaling Jaya Utara apabila berucap kali yang pertama jam 11.30 pagi tadi.

Jadi untuk ini saya hendak maklumkan bahawa yang pertamanya apa jua dasar, kita harus ada peralihan ataupun transition face, apa jua yang hendak dibuat, Yang Berhormat pun hendak buat sesuatu, kita tidak boleh bribe. Lebih-lebih lagi dasar ini ialah untuk membantu bumiputera dalam bidang motor trade ini, kerana apabila dasar ini diperkenalkan 30 tahun yang lalu memang tidak ada bumiputera dalam motor trade, Yang Berhormat pun tahu semua. Hari ini pun memang tidak ramai lagi. Itu sebabnya dasar AP ini diperkenalkan supaya bilangan bumiputera dalam bidang ini bertambah. Pertama.

Kedua, hasrat kerajaan adalah supaya mereka daripada benefit privilege atau keistimewaan yang diberikan ini dapat mengembangkan perniagaan untuk terlibat dalam bidang-bidang yang lain untuk mempelbagaikan perniagaan mereka. Jadi yang pertama untuk membantu penyertaan bumiputera dan yang keduanya untuk membolehkan mereka ada tapak untuk mempelbagaikan, untuk menceburi bidang-bidang lain. Itu dasarnya.

Jadi itulah yang kita lakukan. Kalau kita buka semua sekarang, kita merasakan ini akan menimbulkan banyak masalah kerana mereka sudah melabur setengahnya RM10 juta. Dasar-dasar sebelum ini yang memberi gambaran seolah-olah ia akan berterusan selama-lamanya, maknanya AP ini akan sampai bila-bila, sampai kiamat kita katakan. Jadi oleh hal yang demikian, maka ada di antara mereka yang telah melabur RM10 juta, RM50 juta. Jadi dengan izin, we’ve got to be fair. Kita harus adil kepada mereka. Itu sebabnya mengambil kira pertimbangan tersebut, kita telah buat keputusan bukan 2020, kita tarik balik lima tahun, 2015.
What do you think? I'll blog on my rebuttal and the subsequent exchange in the next post.

2 comments:

Donplaypuks® said...

YB

The Minister's reply is a classic case of UMNO/BN trying to pull the wool over the taxpayers' eyes!!

In 10 years, the foregone revenue to the Govt is at least $24 billion. That is sufficient for the AP Kings to have recovered all their capital several hundred times over.

There have been accusations that some of the AP Kings did not even open a showroom!! So, what nonsense is the Minister talking about allowing the AP holders to recover their investment capital?

If there had been an open tender, many more Bumis may have participated instead of most of it going to UMNO croneys and the well connected. This handout Gaji Buta Govt policy has made car prices in M'sia ridiculously high.

And how has this policy benefitted the Bumis themselves? Well, Naza has now used the profit from these no-cost AP's to try and hoodwink us further with the $628 million Matrade CC at an unheard of low land valuation!! That's the rip-off gratitude for a fraudulent AP policy under the NEP!1

dpp
We are all of 1 race, the Human Race

Anonymous said...

What is the government doing to help other races to succeed then. I'm always hearing them talking about helping bumiputras ... :(