Tuesday, February 23, 2010

Parliamentary Questions 2010 (I)

Parliament's commencing again on the 15 March 2010, and as usual, here are my list of 15 questions posed to the government for concrete (hopefully) answers. Plenty of questions for the Prime Minister and the Finance Minister this time round. ;-)

Soalan Jawapan Lisan

1.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan prestasi dan kedudukan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak ianya ditubuh, termasuklah pelaburan yang telah dibuat, dan nilai 'current assets', 'return on equity' dan 'total assets'.

2.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada kerajaan akan memerlukan kesemua Kementerian “mendedahkan butiran kontrak perolehan” dan penswastaan, misalnya pembinaan pusat pameran dan konvensyen Matrade yang baru, mengikut seksyen 7.3.2 pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan untuk “mengurangkan ketirisan dana dalam perolehan kerajaan”.

3.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kerajaan akan merombak semula kesemua perjanjian penjana kuasa bebas yang dijamin keuntungan yang lumayan sebelum kerajaan melaksanakan pengurangan subsidi elektrik kepada sektor komersil dan rakyat jelata.

4.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab Tan Sri Hassan Marican telah diganti sebagai ketua eksekutif Petronas walaupun prestasinya adalah cemerlang sejak pelantikannya pada 1995. Apakah rasional Omar Mustapha dilantik sebagai pengarah Petronas, dan sebab perlantikan beliau ditolak oleh Tan Sri Hassan?

5.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci syarat pinjaman RM320 juta kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan sebab-sebab kenapa sebuah syarikat swasta, diberikan pinjaman dengan syarat yang begitu istimewa seperti “grace period” 4 tahun, pinjaman tanpa faedah dan cagaran dan bayaran ansuran yang amat fleksibel.

6.Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan

(a)cara penilaian tanah yang ditawarkan kepada Naza TTDI sebagai bayaran pembinaan pusat pameran dan konvensyen Matrade, yang dimaklum Menteri bernilai RM197 juta

(b)sebab tawaran open tender atau auction tidak dilaksanakan untuk mendapatkan nilai tertinggi bagi tanah kerajaan.

7.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab PLUS melaporkan wang pampasan yang diterima daripada kerajaan berjumlah lebih kurang RM700 juta setiap tahun yang lalu walaupun kerajaan hanya memperuntukan RM390 juta dalam belanjawan kerajaan.

8.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil ke atas suratkhabar seperti Utusan Malaysia yang sentiasa menerbitkan rencana yang mengapi-apikan sentimen perkauman dan agama yang jelas tidak memenuhi hasrat “Program Transformasi Kerajaan” seperti yang diulaskan dalam seksyen 4.5.7 Pelan Hala Tuju.

9.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana dana Equinas dapat meningkatkan penyertaan bumiputera dalam ekonomi sedangkan ia dibiayai oleh kerajaan dan bukan daripada pelabur bumiputera. Apakah perbezaan antara Equinas dengan dana pelaburan kerajaan seperti 1MDB, Khazanah dan lain-lain?

10.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada DEB yang diakui dalam pelan hala tuju Program Transformasi Kerajaan sebagai menyebabkan “rasa kehilangan hak, diskriminasi dan... rasa geram” oleh bukan Bumiputera, yang “mendorong ramai... golongan profesional , untuk bekerja dan tinggal diluar negeri”, akan dikekalkan.


Soalan Bertulis

11.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan anggaran bayaran balik pinjaman kerajaan

(a)untuk hutang domestik bagi setiap tahun dari 2011 sehingga 2020

(b)untuk hutang antarabangsa bagi setiap tahun dari 2011 sehingga 2020

12.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai

(a)pembeli bon yang berkupon 5.75% penubuhan Dana 1MDB yang berjumlah RM5 bilion daripada kerajaan

(b)30 pemilik bon Dana 1MDB terkini yang terbesar

13.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan dengan jadual dan butiran terperinci kos yang diperlukan untuk mengekspropriasi setiap lebuhraya bertol yang dimaklum pada sesi parlimen yang lalu sebagai berjumlah RM231 bilion pada keseluruhannya.

14.Tony Pua meminta Menteri Pelajaran menyatakan dengan jadual secara terperinci markah yang diberikan mengikut kriteria yang ditetap untuk penentuan “High Performance School” (HPS) bagi 50 sekolah menengah dan 50 sekolah rendah yang terbaik. Apakah sebabnya sekolah rendah kebangsaan jenis Cina dan Tamil tidak termasuk dalam penentuan HPS?

15.Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan dengan jadual terperinci mengenai indeks kadar jenayah:

(a)mengikut kawasan di negeri Selangor dan jenis jenayah dari 2005 ke 2009

(b)mengikut negeri di Malaysia dan jenis jenayah dari 2005 ke 2009

6 comments:

dheep said...

Good questions. Spot on!

Zhongy said...

Fat chance that the UMNO ministers gonna give you an answer, Tony. Or at least not a direct and satisfying answer, knowing their level of intellect.

Anonymous said...

Ya hantam itu PM YB....
Sure he will excuse himself to visit the rakyat!!!

mut said...

Good questions YB.

I follow your blog, but there are many netizens out there who are not aware of parliamentary proceedings. Is there anywhere that PR lists the questions and answers to parliamentary proceedings and other statements addrssing joint concern issues? That would really help us keep up with the latest. tq!

Anonymous said...

Excellent questions. I hope you are able to get the answers and not just wayang kulit answers and post them here.

One question that I would like to ask is

With the latest judgement of the Federal court regarding the right to dismiss the MB lies with the Sultan as in Perak, do you as PM accept that the Agong has a right at his descretion to sack you as the PM of Malaysia and will you abide by the Agongs discretion.

nice1link said...

excellent questions. let's see how bee-end wriggle their way out this time. the sad thing is they will probably use the same tactic ie. let kinabatangan start shouting & talking nonsense, wasting precious time until somehow he manage to divert everybody's focus from the real issue