Tuesday, November 10, 2009

Crime Index Up Because Police More Effective


Yes, that's exactly what our KPI Minister in the Prime Minister's Department, Tan Sri Koh Tsu Koon said in Parliament yesterday. He was asked why was the Inspector-General of Police Musa Hassan given such high marks for his performance, when the crime rate in Malaysia has sky-rocketed over the past few years, during his winding up speech for his portfolio on the Budget debate. As per the Hansard records (pg 78) yesterday:
Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: ...Yang Berhormat Serdang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Berbanyak-banyak terima kasih Yang Berhormat Menteri, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Ketawa] Saya hendak bertanya sedikit kerana memanglah saya berasa betul bahawa berbagai-bagai badan mempunyai tugas mereka. Bagi saya, sekiranya kita hendak membanteras rasuah, memanglah amat penting bahawa kita mesti memastikan PDRM dan MACC boleh berfungsi.

Akan tetapi Dewan Rakyat ini dimaklumkan bahawa Ketua Polis kita mendapat KPI yang tinggi sehingga 113.8%, dan saya hendak bertanya bagaimana Ketua Polis kita mendapat satu markah yang begitu tinggi. Kerana bagi saya sejak tahun 2004 sehingga tahun 2008, kes-kes jenayah telah meningkat sehingga 35.5%. Pada 1 Ogos yang lalu, semasa perhimpunan anti ISA dan memansuhkan ISA, ada remaja yang ditangkap dan terdapat salah seorang yang hanya berumur 13 tahun, seorang budak sahaja yang PDRM telah tangkap dan masukkan ke dalam lokap.

Dalam history Malaysia buat kali pertama, ada lima orang peguam, yang telah pergi ke Balai Polis Brickfields untuk menasihati klien mereka dan menasihati individu yang ditangkap, tetapi mereka juga turut ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap. Oleh itu saya hendak bertanya, bagaimana Menteri KPI kita memastikan bagaimana markah diberikan kepada Ketua Polis dan bolehkah menjelaskan apakah total mark untuk KPI? Sampai 1000 kah, sehingga Ketua Polis kita mendapat 113 markah? Terima kasih.

Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon: Tuan Yang di-Pertua, mengenai KPI bagi sebarang pegawai, ini belum dilaksanakan dengan sepenuhnya di semua peringkat. Apa yang mungkin dimaksudkan oleh Yang Berhormat Serdang, ialah apa yang dikatakan sebagai peningkatan jenayah. Peningkatan jenayah ini ada dua aspek, satu ialah kadar jenayah yang dilaporkan.

Pengalaman dari negara-negara lain menunjukkan bahawa apabila pihak berkuasa, penguat kuasa menjadi lebih berkesan. Maka bilangan laporan akan meningkat, sebab dahulu sebelum sistem menjadi berkesan, maka orang awam enggan melaporkan.

Ada juga yang dikatakan anggota-anggota Polis yang tidak menggalakkan supaya sesuatu dilaporkan sebab... Kes ragut misalnya. Amat sukar untuk mangsa mengenal pasti siapa peragut itu, oleh itu mungkin banyak kes tidak dilaporkan. Akan tetapi apabila keyakinan orang awam terhadap pasukan penguat kuasa meningkat maka mereka akan tampil ke hadapan, itu satu. Yang keduanya, sistem untuk menerima laporan itu.

Based on Tan Sri Koh Tsu Koon's enlightened logic, should the crime index increase further over the next few years, it is definitely because the rakyat's confidence in the police force has increased significantly due to the vastly improved performance from our police.

The question is, have the people's confidence in the police force increased so much over the last few years? Or has it actually been the reverse? The Ministry of Home Affairs conducted a survey just a few months back, and the result only shows overwhelming number of Malaysians do not feel safe in the country. Is that the confidence Tan Sri Koh Tsu Koon's talking about?
Post a Comment