Thursday, November 12, 2009

High Investment Outflow: Government Not Worried

For Malaysia, not only has foreign direct investment dropped, which was in line with the global trend, but our investment outflow has also increased and represents among the highest in the region. I posed this question to the Deputy Minister of International Trade and Industry (MITI) when he was responding on behalf of the Ministry two nights ago in Parliament, as to whether to government will be taking steps to remedy the situation.
Tuan Tony Pua [Petaling Jaya Utara]: Timbalan Menteri, terima kasih. Ada dua soalan sahaja. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Pertama mengenai statistik yang diberikan UNCTAD mengenai pelabur yang masuk ke Malaysia tetapi antara satu statistik yang agak menakutkan sedikit, walaupun kita adalah dalam ekonomi yang tidak baik pada masa ini, semua negara di kawasan ini pelaburannya menurun, tetapi satu angka yang meningkat bagi Malaysia berbanding dengan negara-negara lain adalah pelaburan yang keluar daripada Malaysia, investment outflow so oleh sebab investment inflow itu lebih kurang kalau tidak salah USD7 bilion tetapi investment outflow pun lebih kurang USD7 bilion [untuk 2007], ia menyebabkan the net in flow bagi Malaysia adalah lebih kurang kosong ataupun sedikit negatif.

So, adakah kementerian telah pun membuat kajian mengapa ada investment outflow yang sebesar ini dan apakah langkah untuk mengatasi masalah ini. Itu soalan yang pertama dan kita hendak tahu bagi tahun ini dan tahun depan, apakah sasaran foreign direct investment untuk masuk ke Malaysia yang akan diusahakan oleh Kementerian MITI. Terima kasih.

Dato' Jacob Dungau Sagan: Terima kasih Yang Berhormat. Kenyataan yang pertama itu tadi memang saya terima betul, oleh kerana dari statistik yang kita ada setakat ini kita sudah nampak kalau Malaysia inflow kita tahun 2008 itu tadi USD8.53 bilion, tetapi outflow yang keluar itu USD14,059 milion. Ini memang nampak lebih besar mungkin RM6 bilion lebih besar dari inflow kita.

Jadi walaupun demikian, kerajaan memang juga dalam IMPT, memang kita menggalakkan supaya syarikat-syarikat yang besar, yang ada di negara ini perlu juga mengambil peluang untuk melabur di negara-negara yang lain, di mana mereka dapat perniagaan yang cukup baik dan mungkin kemudian membawa pulang keuntungan-keuntungan mereka ke negara kita, lebih-lebih lagi seperti syarikat Petronas yang banyak melabur di negara-negara yang lain dan banyak juga menyumbang kepada keuntungan mereka itu dibawa balik ke negara kita Malaysia. Begitu juga saya rasa banyak syarikat yang lain seperti Sime Darby, Maybank, YTL dan yang lain ada juga dan yang kedua itu tadi tidak dapat, can you repeat the second question?

Tuan Tony Pua [Petaling Jaya Utara]: Second question senang sahaja. Apakah sasaran yang ditentukan oleh pihak kementerian, sasaran FDI bagi tahun ini dan juga tahun depan, adakah ia akan melebihi apa yang kita capai pada tahun lalu ataupun masih dalam keadaan yang kurang memuaskan bagi semua orang.

Dan hendak tambah sedikit lagi tentang apa yang dijawab oleh Timbalan Menteri tadi. Kalau mengikut jawapan Timbalan Menteri, adakah kementerian menganggap bahawa the outflow daripada negara kita ini tidak menjadi satu isu ataupun ianya adalah memang satu isu yang diambil perhatian oleh kementerian, dan apakah langkah untuk reverse this track. Saya faham kalau Petronas melabur keluar negeri, memang ini baik untuk negara kita dan kalau Petronas boleh membawa balik keuntungan yang lumayan, tetapi kalau katakan outflow jauh melebihi inflow seperti apa yang disebutkan oleh Timbalan Menteri sebentar tadi. Ini ada menunjukkan bahawa peluang untuk melabur dan buat untung di negara kita ini macam sudah kurang.

Dato' Jacob Dungau Sagan: Ya, terima kasih Yang Berhormat. Dalam IMP3 ini, kita mempunyai sasaran dan target untuk membawa FDI yang lebih RM2.75 bilion FDI dalam setahun. Jadi, nampaknya mungkin oleh kerana ekonomi kita masih nampak belum pulih lagi, ini memberi satu cabaran yang lebih besar kepada kementerian untuk mencapai sasaran tersebut.

Walaupun demikian, saya rasa kita tidak berapa khuatir atas lebihan outflow itu dengan yang inflow itu oleh kerana kita masih berharap bahawa inflow ataupun cross border investment ini nanti akan membawa lebih banyak lagi keuntungan ataupun penempatan untuk negara kita. Jadi itu harapan kita pada masa depan.
That's the answer to my question. Although the net direct investment into Malaysia is increasingly negative, the Government "tidak berapa khuatir atas lebihan outflow itu". This is despite the clear implications that Malaysia is losing its attractiveness as an investment destination. Even in Singapore, where they have plenty of excess capital to invest overseas, the investment outflow forms less than 40% of the total foreign direct investment inflow of US$22.7 billion in 2008.
Post a Comment