Wednesday, June 13, 2007

Senyum Kambing

Ya, seperti yang ditunjukkan, Utusan Malaysia masih lagi memberi kepentingan kepada "Tony Pua" yang sekali lagi muncul di muka hadapan suratkhabar tersebut pada hari Isnin minggu lalu. ;)

Kali ini, pendapat saya bahawa kerajaan perlu memperkuatkan pihak kakitangan awam, diperlekehkan sebab ada "lima pemuda berkelulusan sarjana dan doktor falsafah (PhD) sanggup menjadi rekrut konstabel polis di Maktab Teknik PDRM Bakri".

Utusan melaporkan bahawa Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, Datuk Zakaria Yusof berkata, "mereka sanggup berbuat demikian selepas permohonan untuk mendapat tempat dalam pengambilan jawatan inspektor baru-baru ini, gagal."
“Kelima-lima mereka benar-benar berminat menganggotai pasukan polis dan mereka bersedia menerima jawatan konstabel dalam pasukan,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam, di padang kawad maktab itu malam tadi.

Zakaria berkata, kehadiran kelima-lima mereka yang merupakan antara 500 rekrut konstabel di pusat itu membuktikan profesion kepolisan kini semakin mendapat tempat di kalangan pemuda termasuk mereka yang berkelulusan tinggi.
Ribuan terima kasih kepada Sdr Chow Kon Yeow kerana sanggup membela nasib si Tony Pua yang telah dihentam bertubi-tubi kedekatan ini.

Umm... senyum kambing ;)
Post a Comment