Wednesday, November 11, 2009

Why Was Telekom Given Wired Broadband Monopoly?

The Deputy Minister for Information, Communication and Culture, Heng Seai Kie was wrapping up the budget debate policy stage for the Ministry yesterday. You can read her reply on issues relating to broadband in the Hansard here (pg 63 onwards) and decide for yourself if we have the right competence in this ministry (headed by Rais Yatim)

The government was reiterating its commitment to achieve top quality broadband services and maximum penetration in the shortest possible time. Sri Gading said something sensible this time, asking why is there no competition.
Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: [...]Yang Berhormat menceritakan tentang jalur lebar ini begitu begini, begitu begini. Saya hendak tanya projek jalur lebar ini pun akan gagal kalau sistem monopoli TM ini berterusan. Kenapa, kenapa, kenapa, perempuan, perempuan, perempuan, kenapa dan mengapa, tidak ada pilihan lain kah? Mesti TM juga. Kenapa dan mengapa mesti TM juga? Tidak boleh kah dia beri peluang, rezeki ini kepada syarikat-syarikat lain. Jadi, kalau ada persaingan Tuan Yang di-Pertua, mungkin akan memberi faedah kepada rakyat yang ramai. Ini kerana, apabila ada persaingan ia tidak monopoli. Ia akan menjaga pelanggannya lebih kerana takut kehilangan pelanggan. Akan tetapi, kalau dia punya sendiri, macam kepala bapa dia punya lah... [Ketawa] [...]

Puan Heng Seai Kie: Yang Berhormat, saya memang setuju bahawa apabila ada persaingan, maka ada kemajuan dan perkara ini memang adalah polisi kementerian untuk memperbanyakkan pemain di dalam bidang jalur lebar ini. [...]
Ummm... that's the answer? She said she agreed that with greater competition, there will be more progress... but then why Telekom monopoly, especially with regards to the HighSpeed Broadband project? I stood to ask (but it was damn tough asking IT questions in Malay... ;-))
Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya sebenarnya bersetuju dengan pandangan yang telah pun dibentangkan oleh Yang Berhormat Sri Gading. Saya agak jawapan yang diberikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri itu macam tidak selaras dengan hakikat iaitu sebenarnya pada masa ini, buat lane line broadband secara berwayar, hanya satu syarikat sahaja diberi.

Ada orang lain boleh pakai tetapi perlu sewa daripada Syarikat Telekom dan Syarikat Telekom akan sewa dengan harga yang mahal. Oleh sebab itu, tidak ada syarikat lain yang ingin memberikan perkhidmatan broadband secara berwayar. Ada sedikit persaingan melalui wayarles tetapi secara berwayar boleh dikatakan dengan most convenient sebab tiap-tiap rumah ada telefon line, itu semua kuasa monopoli Telekom.

So, apakah langkah yang akan diambil oleh kementerian untuk memecahkan kuasa monopoli ini supaya lebih ramai pemain dari syarikat-syarikat baru dapat masuk dalam bidang ini.

Kedua, kita sudah tahu bahawa high speed broadband project ini akan dilancarkan dan mungkin akan habis pada tahun 2012 tetapi sehingga tahap 10MB per second sahaja. Akan tetapi banyak negara-negara lain sehingga tahun 2012 sudah akan sampai mencapai 1 GB dan bukannya 10MB. So, kita hendak tengok bukan sahaja rancangan dua tahun yang akan datang, apakah dasar bagi kerajaan untuk lima tahun, sepuluh tahun yang akan datang sebab ini akan menyebabkan memberi kesan kepada competitiveness sesebuah negara. Terima kasih.
And the reply was (after initially not understanding my question):
Puan Heng Seai Kie: Okey, terima kasih kerana membantu. Yang Berhormat Petaling Jaya Utara, berbalik kepada soalan yang ditujukan. Kita tahu bahawa bagi perkhidmatan jalur lebar ini merupakan sesuatu yang baru untuk Malaysia. Jadi, sebagai permulaan, kerajaan haruslah mencari satu rakan kongsi yang boleh dipercayai dengan latar belakang yang mantap.

Jadi, pada masa itu Telekom Malaysia telah dipilih sebagai rakan kongsi ini. Walau
bagaimanapun, kementerian ini memang maklum tentang dua isu yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Petaling Jaya Utara tadi. Percayalah buat masa ini, kementerian memang sedang mengambil usaha untuk memperbaiki keadaan ini. Tuan Yang di-Pertua, boleh saya teruskan.
And that was the answer. She said broadband is "something new for Malaysia". Excuse me? For 8 years we have been talking about MSC and broadband and have failed miserably with Streamyx or other wireless services, and the Deputy Minister claims broadband is something new for Malaysia? No wonder we are that far behind.

And being new is apparently the reason for TM to be chosen as the sole "rakan kongsi" and hence creating once again a monopoly, going exactly against what she had stated earlier, that is "ada persaingan, maka ada kemajuan"! Habislah macam ini!
Post a Comment