Friday, June 01, 2007

Kesultanan Melaka

After another hectic week, I'm now spending a weekend break (planned months ago) with the missus and the kid in Sandakan, Sabah. Yes, it's an escape! Hence, I really shouldn't even be blogging ;).

But I thought the following letter from Dr Gunawan Mahmood of Johor Bahru, published in Utusan Malaysia 2 days ago deserves an exception. The letter is obviously with regards to the controversy which I inadvertently started, by calling for the Government to streamline the civil service.

Read the letter, of which a large segment is quoted below. Read it twice and you might just start to think that it's a pretty good satirical political statement. ;) Enjoy.
SAYA sependapat dengan Khairy Jamaluddin bahawa Tony Pua, Penasihat Ekonomi kepada Setiausaha Agung DAP bersifat menghina dan angkuh khususnya terhadap pegawai kerajaan yang telah berkorban tenaga dan jiwa raga terhadap keselamatan dan kemajuan negara ini.

[...]

Orang-orang Melayu sudah bekerja dengan kerajaan sejak Kesultanan Melaka lagi. Merekalah pentadbirpentadbir di bawah DYMM sultansultan dan raja-raja Melayu.

Dari bendahara, temenggong, menteri, laksamana, tentera, Jabatan Laut, Jabatan Istana, semuanya dipegang oleh pegawai-pegawai Melayu. Ini kerana memang negeri ini negeri-negeri Melayu.

[...]

Pegawai-pegawai kerajaan Melayu melambangkan ketuanan Melayu dalam politik. Oleh kerana itulah Tony cuba memperkecil-kecilkan pegawai kerajaan Melayu. Sebagai negeri yang asalnya Melayu, ketuanan Melayu jangan diabaikan. Politik Melayu yang mendominasi pemerintahan negara mestilah didukung oleh pegawai-pegawai Melayu.

Keadaan ini akan mewujudkan kestabilan politik. Sistem ini wajar dikekalkan. Tidak timbul sama sekali jawatan pegawai kerajaan diberi bagi menyara siswazah menganggur. Ketahuilah, bahawa siswazah Melayu juga mempunyai keterampilan dan kemahiran yang tinggi dan layak bekerja di merata dunia.

[...]

Sejarah pegawai-pegawai Melayu cukup panjang. DAP jangan buta sejarah. Maka kita pegawai-pegawai Melayu hendaklah jangan dengan apa cara menyokong DAP yang memperkecilkan dan menghina pegawaipegawai Melayu.

[...]

Usah biarkan cacing naik ke mata, Khairy dan para pemimpin pemuda mestilah mempertahankan golongan pegawai kerajaan Melayu kerana mereka adalah pelaksana dasar kerajaan yang diputuskan oleh para pemimpin. Sekali anda bersuara, kami berasa bangga dan terbela.

DR. GUNAWAN MAHMOOD,
Johor Bahru.
So, what do you think? ;)
Post a Comment