Friday, July 18, 2008

Speech on Public Transportation

I had blogged earlier that as the 9th Malaysia Plan review debate time allocation was cut when I had my turn, I had to cut short my speech as well, and left out the portion on the public transportation mess.

On Wednesday, as we were debating the Supplementary Budget for 2008, I got my chance to speak as there was a period just after lunch break whereby many opposition MPs had not yet returned from a visit to the KL Police Station over Anwar's arrest that day. Hence, I was able to deliver my speech on public transportation in Malaysia. This is also the first time I had the opportunity to deliver a speech early in the day (when there are actually more MPs around, than say 10pm in the evening. Heh).

I won't repost my speech here, which was blogged earlier, but I had a few "minta penjelasan"s from Barisan Nasional (BN) MPs which I thought was interesting, which you can also read from the Hansard here, page 73.

The first was a question posed by former Minister, PADANG BESAR.
Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Boleh celah sikit?

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sikit ya.

Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Saya ingin penjelasan. Petaling Jaya Utara datang ke negeri Selangor, negeri Selangor sudah diperintah oleh Parti Pakatan dan negeri
Pulau Pinang diperintah oleh DAP yang mana Yang Berhormat daripada DAP. Jadi, buatlah saja.
Kenapa dok blame kerajaan yang lama ini? Yang tak buat, tak mengapa, okey tapi kenapa
blame? Buat sekarang kerana kita dah memerintah negeri, tunjukkan teladan. Kita negeri kaya,
bukan negeri miskin. Kalau Perlis itu miskin tapi Penang dan Selangor negeri kaya. Buatlah.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Itu masalah senang saja. Sebab negeri
Selangor, dia punya annual budget, satu budget RM1.3 bilion. Annual budget bagi Pulau Pinang
RM380 juta sahaja. Menteri Pengangkutan, dia punya bajet RM23 bilion. Apa nak buat? Mana
boleh bagi.

Dato' Seri Azmi bin Khalid [Padang Besar]: Itu bajet yang tak termasuk pengangkutan.
Masukkan pengangkutan, besarkan bajet.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Pengangkutan satu tanggungjawab pihak
persekutuan. Bukan tanggungjawab dalam negeri.
Then, it was followed by REMBAU, who sought clarification in the later part of my speech:
Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Rembau Yang Berhormat. Nak bagi jalan?

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Sikit ya?

(We always ask "sikit ya?" because these interruptions actually eat into your allocated speech time of 10 minutes, so if these "penjelasan" turn into mini-speeches by the other guys, then you will have no time to finish your speech.)

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih. Tadi Yang Berhormat daripada PJ Utara ada sebut tentang penjimatan daripada penstrukturan semula subsidi ini dan
sebahagian daripada itu digunakan untuk pengangkutan awam. Ini soal keutamaan daripada segi
penjimatan yang didapati oleh kerajaan. Sama ada kerajaan akan membelanjakan duit itu untuk
pengangkutan awam ataupun untuk perkara-perkara yang lain. Kerajaan Barisan Nasional telah
putuskan untuk membelanjakan duit tersebut sebahagian besar dalam bentuk subsidi makanan
dan juga dasar keselamatan makanan. Jadi adakah Yang Berhormat daripada PJ Utara
menyarankan agar duit untuk menampung subsidi bagi seluruh rakyat Malaysia untuk memberi
makanan yang cukup dengan harga yang munasabah itu diambil untuk pengangkutan awam bagi
rakyat yang ada di Lembah Kelang. Ini adalah trade-off Saya minta penjelasan daripada YB.

[Fong Kui Lun (BUKIT BINTANG) then interjected here to repeat that the RM4.4b allocated for public transport disappeared since petrol prices were increased 30 sen in 2006]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Saya pohon laluan sebab ini dituju kepada kerajaan, saya Ahli Parlimen kerajaan. Saya minta laluan.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya dah bagi tadi, saya dah bagi tadi.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Sikit saja, sikit saja.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tahu, faham you nak kata harga minyak dah naik sebab itu RM4.4 bilion itu sudah tidak ada. Saya tahu, saya tahu.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Ya, memang betul. Jadi jawablah. Tolong didik sikit kepada Yang Berhormat .... sama.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tadi Yang Berhormat Rembau, Yang Berhormat Rembau....

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya, teruskan Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: .....telah berkata bahawa subsidi makanan lebih penting. Subsidi makanan yang ditambah hanya tak sampai RM2 bilion, tak sampai RM2
bilion.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Dasar Keselamatan...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Nak bagi Yang Berhormat?

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Tak bagi jalan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: ...Makanan Negara adalah sebanyak RM4 bilion.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Subsidi makanan tak sampai RM2 bilion. Mana boleh kata...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Dasar Keselamatan Negara...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: ...mengutamakan perbelanjaan terhadap subsidi makanan.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: ...Food Security Policy...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat Rembau, cukuplah Yang Berhormat Rembau.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: .....Jangan macam inilah. Saya gentleman selalu. Saya tak bagi, duduk dulu.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Kenapa Yang Berhormat PJ Utara tak baca RM4 bilion untuk Dasar Keselamatan Makanan?

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Inilah dia. Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya teruskan, teruskan Yang Berhormat PJ Utara.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tak, saya tak nak orang putar belitkan fakta.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tak apalah Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Eh, saya nak berikan fakta. You tak bagi saya jawab, saya nak jawab ini.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: RM4 bilion untuk Dasar Keselamatan Makanan.

Puan Fong Po Kuan [Batu Gajah]: [Menyampuk] Jangan bisinglah Yang Berhormat Rembau.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya teruskan Yang Berhormat PJ Utara.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey, perkara yang satu. Subsidi makanan tak sampai ....

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Menyampuk] Yang Berhormat Rembau jadi menteri senang. Bapa mertua Perdana Menteri.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Minta jalan Yang Berhormat ya.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: ....subsidi makanan tak sampai RM2 bilion.

Yang kedua, maksud Yang Berhormat Rembau itu sistem pengangkutan awam di kawasan
Lembah Kelang, di Johor Bahru, di Pulau Pinang tidak penting, tidak penting. Oleh sebab itu
dipinggirkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Yang ketiga, walaupun minyak petrol, harga minyak petrol pasaran seluruh dunia telah meningkat, akan tetapi bajet negara kita sejak tahun 2005 telah meningkat sekurang-kurangnya RM40 bilion. Kenapa tak boleh berikan sedikit, lebih sikit untuk pengangkutan awam. Kenapa tak boleh? Kegagalan sistem pengangkutan awam di Malaysia hari ini siapa yang patut bertanggungjawab?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Gulung Yang Berhormat, gulung.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Okey. Hakikat ini, hakikat yang dijelaskan
Yang Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan satu lagi suruhanjaya yang baru iaitu
Suruhanjaya Pengangkutan Awam. Penubuhan suruhanjaya ini nampaknya lucu sedikit kerana
kita sudah ada Kementerian Pengangkutan. Kenapa pula perlu sebuah Suruhanjaya
Pengangkutan lagi? Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri menubuhkan
suruhanjaya baru ini adalah sebab Kerajaan Barisan Nasional ini mempunyai cara
menguruskan...
And now, I don't think I'll ever finish a speech in parliament without our PASIR SALAK friend raising the issue of blogs. It's quite farcical actually... ;-)
Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk] Main blog saja lah.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Saya tahu [Pasir Salak] tak ada blog.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Ya gulung Yang Berhormat, gulung.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: [Menyampuk] Tak layak jadi wakil rakyat pun. Main bloglah.
Anyway, it's certainly a better speech compared to some others I've made in Parliament (in terms of delivery, the last one being quite poor). Will see if I can put up a video of it somewhere. ;-) As mentioned earlier, the full text of the actual speech is here.
Post a Comment