Thursday, July 10, 2008

Adjournment Speech on Crime in PJ - Ministerial Response

I blogged on my adjournment speech on crime in Petaling Jaya earlier, and I have received the verbal reply by the Deputy Minister of Home Affairs, Dato' Chor Chee Heung on the issue.

By and large, I was disappointed with the Deputy Minister's reply on 2 aspects.

Firstly, with 1-2 exceptions, the Deputy Minister didn't give specific answers, especially with regards to Petaling Jaya but instead just gave very generic answers such as "the government will increase police staff", without mentioning how many are planned for Petaling Jaya. Without such information, we can never tell if the government's plans will or will not be sufficient.

Secondly, the Ministry appears to continue the emphasis that part of the blame for the high crime rates has to fall on the victims themselves for being careless, and the solution to that is to have more seminars. In addition, the Ministry and the police kept also harping on the fact that they need public co-operation to reduce and resolve crime. While I'll agree that yes, co-operation is necessary, it's not the most important of factors which is causing the high crime rates. There is little or no mention on how the police force can be made more efficient or more effective in fighting and preventing crime.

Anyway, read his reply copied here as a whole and judge for yourself his response.
Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara adalah membangkitkan isu-isu mengenai situasi jenayah yang semakin berleluasa di negara ini termasuk di Petaling Jaya dan langkah-langkah bagi menangani.

Sebagai maklumat Ahli Yang Berhormat, indeks jenayah bagi Petaling Jaya untuk tahun 2007 adalah sebanyak 10,357 kes ataupun 17.67% daripada jumlah indeks jenayah bagi negeri Selangor. Dari jumlah tersebut, 2,241 kes melibatkan jenayah kekerasan dan 8,116 kes adalah merupakan jenayah harta benda.

Tuan Yang di-Pertua, jumlah keanggotaan anggota polis Ibu Pejabat Daerah Petaling Jaya pada 31 Mei 2008 adalah seramai 1,338 anggota daripada 10,246 anggota di seluruh Kontinjen Selangor. Nisbah anggota polis dengan penduduk bagi daerah Petaling Jaya bagi tahun 2007 adalah nisbahnya setiap seorang anggota polis untuk 1,300 orang penduduk dan sehingga Mei 2008 adalah setiap seorang anggota dan penduduknya ialah 1,279.

Polis Diraja Malaysia sedang berusaha untuk menambah perjawatan keanggotaan polis di seluruh negara terutamanya yang melibatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Cadangan penambahan perjawatan di semua balai polis seluruh negara telah dikemukakan kepada agensi pusat dan akan dipertimbangkan mengikut keutamaan. Bagi Kontinjen Selangor terdapat 55 buah balai polis dinaiktarafkan dan penambahan perjawatan anggota polis dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas pegawai dan anggota.

Ini secara tidak langsungnya dapat mengurangkan nisbah antara penduduk dan polis negeri Selangor.

Tuan Yang di-Pertua, Polis Diraja Malaysia juga sentiasa berusaha menyelesaikan kes-kes jenayah. Walau bagaimanapun penglibatan dan komitmen daripada masyarakat juga perlu bagi membantu pihak polis dalam mencegah jenayah daripada berlaku.

Berdasarkan kajian, pihak polis mendapati bahawa terdapatnya peluang yang membolehkan jenayah itu berlaku. Kelalaian dan kecuaian pemilik harta contohnya penyebab utama kepada jenayah harta benda. Sehubungan itu, kesedaran masyarakat perlu ditingkatkan lagi agar menyedari betapa kerjasama daripada mereka dapat membantu pihak polis dalam mencegah sesuatu jenayah.

Dalam mengurangkan kadar jenayah, Polis Diraja Malaysia mengambil beberapa langkah dengan meningkatkan lagi perondaan bit, MPV dan motosikal, mewujudkan balai ataupun pondok polis baru dengan sewaan bangunan, kedai ataupun perumahan di kawasan yang mempunyai kekerapan berlakunya kejadian jenayah. Maklumat melalui Rakan Cop dengan penghantaran sistem pesanan ringkas dan sistem pesanan multimedia dan menambah kehadiran polis di kawasan-kawasan yang berkenaan.

Polis Diraja Malaysia juga mengadakan kerjasama yang erat dengan Kerajaan Tempatan dan lain-lain agensi kerajaan seperti JKKK Daerah, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen, mengadakan kempen-kempen ceramah dan pameran-pameran berkaitan senario jenayah, menggunakan sistem kamera litar tertutup CCTV di kawasan tertentu, mengadakan kerjasama dengan NGO dan juga Malaysian Grant Prevention Foundation dan juga mengenakan tindakan undang-undang termasuk Undang-undang Pencegahan terhadap penjenayahpenjenayah.

Tuan Yang di-Pertua, pembukaan 60 balai polis dan 55 pondok polis komuniti baru bagi kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang adalah merupakan strategi pendekatan oleh Polis Diraja Malaysia dalam usaha membanteras jenayah dan mengawal
keselamatan penduduk bandar. Dengan kewujudan balai polis dan pondok polis komuniti ini, dapat menempatkan anggota-anggota polis di kalangan masyarakat dan dengan secara tidak langsung, kehadiran polis dapat menghalang kegiatan penjenayah dan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat.

Selain daripada itu, kewujudan balai polis dan pondok polis komuniti ini juga dapat mendekatkan masyarakat dengan pihak polis serta memudahkan masyarakat mendapat perkhidmatan polis. Masyarakat boleh turut membantu pihak polis dalam menyalurkan maklumat. Melalui kewujudan balai polis dan pondok polis komuniti ini, pihak polis dapat bertindak dengan pantas dalam menangani sesuatu isu. Polis Diraja Malaysia juga merangka Pelaksanaan Command Control Communication and Computer Integration System di bilik-bilik gerakan setiap kontinjen di seluruh Malaysia agar bantuan dapat disalurkan dengan lebih cepat dan sistematik. Dengan adanya sistem ini, respond time dapat dipendekkan dengan purata lapan minit bagi setiap laporan.

Sekian, terima kasih.
To be frank, I'm feeling a little helpless on how to help reduce crime, besides getting the residents to take the necessary measures to protect themselves. The government don't seem to have any specific directions in do so. I did speak to the Deputy Minister after that to request for specific numbers for PJ, and he said to write in again for the numbers.

So, what can we do next?
Post a Comment