Monday, July 07, 2008

Debating 9th Malaysia Plan Mid-Term Review

Today is the last day to deliver my speech to take part in the debate on the above topic. I finally got called to make my speech at 9.50pm (yes, the sitting will probably end at midnight tonight) despite being ready since Tuesday last week. The time to deliver the speech however, has been cut from 20 minutes to 10. Hence essentially, I managed to deliver only part 1 of my speech.

On reflection, I should probably have just skipped part 1 'cos some other MPs have touched on the subject. Anyway, what's done is done. I'll post the Part 1 of my speech which I actually managed to deliver here, and put up the Part 2 later.

Here you go:

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang DiPertua kerana memberi peluang kepada saya untuk menyertai perbahasan kajian separuh penggal rancangan Malaysia ke-9.

Tuan Yang DiPertua, saya berasa amat kecewa dengan ucapan kajian yang diberi oleh Yang Berhormat Perdana Menteri mengenai pencapaian dan langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan pada 2-3 tahun yang akan datang.

Kajian separuh penggal ini merupakan peluang keemasan bagi kerajaan Barisan Nasional untuk membetulkan banyak kesilapan dasar pada tahun-tahun yang lalu. Kajian ini memberikan peluang kepada kerajaan untuk menunjukkan keiklasan dan kesumbuhan politik ataupun dengan izin, political will, untuk menaiktarafkan kualiti kehidupan rakyat, terutamanya dalam suasana kadar inflasi dan harga barang keperluan kian meningkat.

Akan tetapi, YB Perdana Menteri telahpun melepaskan peluang ini dengan memberikan satu ucapan yang tidak bersubstance, yang tidak tentu hara dan tidak mempunyai dasar yang cukup konkrit untuk menghadapi cabaran kepada ekonomi dan masyarakat kita.


Tighten Belt

YB Perdana Menteri, YB Timbalan Perdana Menteri dan kerajaan pada keseluruhannya telah menyeru supaya rakyat jelata menyesuaikan cara hidup ataupun dengan izin, change lifestyle mereka untuk menghadapi cabaran inflasi. Kami kerap kali diminta supaya mengetatkan tali pinggan, tighten our belts, apakah tindakan kerajaan selaras dengan seruan tersebut?

YB Perdana Menteri mengumumkan, dan diterbitkan secara besar-besaran dalam suratkhabar tempatan, bahawa elaun hiburan menteri-menteri akan ditolak 10%. Langkah tersebut, bersama dengan beberapa langkah yang lain, dianggar akan menjimatkan sebanyak RM2 billion.

Walaupun elaun hiburan ditolak hanya 10% nampaknya amat kurang, kalau nak tolak, tolaklah 50%, kami masih berharap YB Perdana Menteri akan mengambil langkah-langkah yang lain, yang akan lebih menjimatkan perbelanjaan kerajaan.

Akan tetapi, setelah menganalisa ucapan YB Perdana Menteri dan laporan kajian dengan teliti, saya tidak nampak dasar yang menyeluruh untuk menjimatkan, terutamanya, perbelanjaan operasi.

Rakyat jelata dan juga ahli-ahli parlimen yang mengutamakan kepentingan rakyat ingin mendengar daripada kerajaan Barisan Nasional adalah pembatalan dasar bersikap kroni, seperti penawaran “Approved Permits” ataupun APs kepada pihak elit yang tertentu, yang lebih dikenali sebagai “AP Kings”.

“AP Kings” telah mencapai kekayaan yang tidak dapat dibayangkan dan mereka tidak lagi memerlukan bantuan daripada kerajaan atas alasan Dasar Ekonomi Baru untuk menjadi lebih kaya.

Rakyat ingin kerajan melaksanakan tender terbuka secara bersaing yang telus supaya kerajaan akan mendapat pendapatan yang lebih banyak. Jika setiap AP bernilai pasaran sebanyak RM30,000, 70,000 AP yang ditawar setiap tahun akan membawa hasil melebihi RM2 bilion yang boleh digunakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam.

Kalau kerajaan perlu membangun pihak usahaan kaum bumiputera, laksanalah tender terbuka secara bersaing yang telus untuk SEMUA syarikat bumiputera dan bukannya ditawarkan secara percuma kepada pihak kroni yang tertentu sahaja. Kerajaan perlu membangunkan semangat persaingan syarikat bumiputera dan Malaysia, dan bukannya menghapuskan semangat tersebut.

Pada masa yang sama, Malaysia memerlukan budaya tender terbuka secara bersaing yang telus diperluaskan kepada semua projek yang dijalankan oleh kerajaan. Hanya dengan sistem persaingan terbuka ini, kerajaan akan mendapat penjimatan yang maksima dan mewujudkan kualiti yang lebih tinggi.

Sekali lagi, kalau kerajaan berpandangan syarikat tempatan perlu diberikan lindungan, maka laksanakan tender terbuka tempatan. Dan kalau kerajaan ingin memberikan peluang kepada syarikat bumiputera, laksanakan tender terbuka bumiputera. Akan tetapi, budaya rundingan terus yang selalu membawa hakikat ataupun persepsi rasuah dan kroni, mestilah dihapuskan.

Jikalau sebuah syarikat seperti UEM yang telah berjaya membina Jambatan Pulau Pinang yang ketiga panjang di Asia 10 tahun yang lalu masih tidak dapat bertanding dalam satu tender antarabangsa, dan masih memerlukan sedekah kerajaan, ia menunjukkan kegagalan Dasar Ekonomi Malaysia.

Dengan tender yang terbuka, kerajaan dianggar akan dapat menjimat sebanyak 20% jika berbanding dengan kos pembinaan jambatan-jambatan yang lain. Misalnya jambatan 36km di Shanghai akan dibina dengan kos RM149 juta setiap kilometer jauh lebih murah berbanding dengan RM179 juta setiap kilometer bagi Jambatan Pulau Pinang ke-dua. Ini belum lagi mengambil kira permintaan syarikat UEM untuk meningkatkan harga pembinaan dari RM4.3 bilion ke RM4.8 bilion, yang tengah dipertimbangkan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Budaya tender terbuka akan benar-benar menjimatkan perbelanjaan kerajaan dan bukannya satu langkah yang tidak bersungguh-sungguh seperti pemotong elaun hiburan menteri sebanyak 10%.

Kerajaan selalu memberi sebab bahawa wang tidak mencukupi dan oleh itu subsidi perlu dikurangkan. Akan tetapi, pada masa yang sama, dalam 10 tahun yang lalu, perbelanjaan mengurus (operational expenditure) yang hanya berjumlah 46 bilion ringgit telahpun meningkat dekat 3 kali ganda ke 129 bilion ringgit. Pada masa yang sama, perbelanjaan pembangunan hanya meningkat lebih kurang 2 kali ganda dari 19 bilion ke 41 bilion ringgit.

Perbelanjaan mengurus meningkat dengan begitu dahsyat sekali membukti bahawa kerajaan memang mempunyai wang yang amat mencukupi. Cukai-cukai terutamanya berasal dari sektor minyak dan gas, yang pada tahun ini dianggar menyumbang sebanyak 37% kepada hasil yang dikutip kerajaan kerana Malaysia beruntung apabila harga minyak meningkat.

Akan tetapi, pendapatan kerajaan yang meningkat dengan begitu cepat selalunya dibazirkan dengan sia-sia sahaja. Banyak kementerian telah diperuntukkan belanjawan yang terlalu banyak sehingga tidak tahu apa yang patut dibeli. Misalnya, kementerian menggunakan wang kelebihan untuk membeli set pemutar skru dengan kos RM224 berbanding dengan kos sebenar RM40, set pen teknikal dengan harga RM1,146.56 berbanding dengan kos sebenar RM160, membeli “car jack” yang bernilai RM50 dengan kos RM5,700.

Pihak polis juga membeli helikopter bernilai sebanyak RM117 juta yang tidak dapat digunakan kerana ianya tidak mengikut spesifikasi, and RM15 juta lagi untuk melatih juruterbang helikopter ini.

Pihak kastam pula membeli sebuah sistem yang baru berjumlah RM451 juta walaupun sistem yang baru sahaja disiapkan yang bernilai RM290 juta masih belum diguna secara penuh.

Sehingga hari ini, ramai pihak yang bertanggungjawab ke atas pembaziran dan rasuah perkara-perkara di atas masih belum diambil tindakan, dan siasatan macam sudah tidak lagi diberi kepentingan.

Oleh kerana pendapatan meningkat, kerajaan juga telah membina sebuah perkhidmatan awam gergasi. Sejak tahun 2000, jumlah pekerja perkhidmatan awam yang tidak termasuk pekerja kerajaan negeri dan GLC, telah meningkat sebanyak 23.5% ke 1,142,783. Apakah yang perlu dijalankan oleh kerajaan dalam 6 tahun yang lalu yang memerlukan penambahan anggota perkhidmatan awam dengan begitu ramai? Sepatutnya, jumlah anggota perkhidmatan awam tidak perlu meningkat kerana polisi kerajaan penswastaan syarikat-syarikat kerajaan patut mengurangkan anggota perkhidmatan awam.

Berbanding dengan negara-negara lain, nisbah anggota perkhidmatan awam di Malaysia dengan bilangan penduduk teramat tinggi. 4.68% penduduk Malaysia merupakan pekerja kerajaan persekutuaan berbanding dengan 1.79% di Indonesia, 1.85% di Korea Selatan dan 2.69% di Taiwan. Kenapa Malaysia memerlukan anggota perkhidmatan awam yang begitu besar, begitu ramai? Adakah ianya disebabkan oleh kekurangan keberkesanan ataupun dasar kerajaan untuk memberikan pekerjaan kepada siswazah universiti Malaysia yang mengganggur?

Oleh itu, jelas bahawa, kerajaan bukannya kekurangan modal, akan tetapi menghadapi masalah terlalu banyak wang dan tidak tahu nak taruh di mana.

Walaupun kerajaan telah menambahkan peruntukan pembangunan sebanyak RM30 bilion, pada masa yang sama kerajaan telah mengambil langkah untuk membatalkan pembangunan yang akan membawa manfaat kepada orang ramai, terutamanya yang menghadapi harga petrol yang telahpun meningkat dengan melampau.

Misalnya, projek monorail yang amat dialu-alukan oleh rakyat Pulau Pinang untuk mengurangkan kesesakan jalanraya telah dibatalkan dan TIADA projek alternatif diumumkan untuk meringankan beban rakyat Pulau Pinang dengan sistem pengangkutan awan yang lebih berkesan. Rakyat Pulau Pinang telahpun dipinggirkan dalam pembangunan negara, dan ini rupanya sikap kerajaan persekutuaan yang tidak hormat terhadap keputusan rakyat dalam tsunami politik 4 bulan lalu.

Apa lagi, peruntukan untuk memperbaiki dan menaiktarafkan keretapi yang sudah nak luput, Bukit Bendera pun dipotong. Sikap keinginan untuk membalas dendam terhadap rakyat seperti ini bukan sahaja akan memperkuatkan semangat rakyat Pulau Pinang menolak Barisan Nasional, tetapi akan juga akan menimbulkan kesan buruk kepada industri pelancongan di Malaysia – dan bukan sahaja di negeri, terutamanya pelancong luar negeri.

Nampaknya, YB Perdana Menteri dan YB Menteri Kewangan Kedua, yang berasal dari negeri Pulau Pinang, pun sanggup mengorbankan pembangunan negeri asal mereka, dan meminggirkan rakyat negeri yang sedang menghadapi cabaran yang sengit.

YB Muar pada minggu yang lalu menyokong usul kerajaan untuk menaikkan harga petrol dan elektrik dengan simpulan “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Saya tidak setuju dengan pendapat YB kerana, seperti yang telah pun dihujah, simpulan yang lebih tepat adalah “Yang ringan kerajaan menjinjing, yang berat rakyat yang memikul”.

No comments: