Thursday, June 25, 2009

Kicked Out of Parliament - Hansard

Here's the official Hansard version of what happened yesterday before I got kicked out. Judge for yourself whether I was even trying to be kicked out. The parliament Hansard is quoted verbatim, unabridged.
[I was standing waiting to be given the opportunity to seek clarification from Pasir Salak, who was speaking.]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat PJ Utara apa berdiri ini? Kalau hendak berdiri lama-lama macam itu kat luar berdiri. Dia tidak bagi peluang Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dia tidak...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dia tidak bagi Yang Berhormat.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, dia punya floor Yang Berhormat. Saya bagi peluang dia bercakap.

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua...

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya berdiri di sini tunggu. Saya tidak bising!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat hendak gaduh dengan saya kah macam mana ini? Saya suruh Yang Berhormat duduk ataupun keluar Duduk ataupun keluar Yang Berhormat? Dia tidak bagi peluang dengan Yang Berhormat untuk mencelah.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dia tidak kata tidak boleh!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, tadi kita sudah dengar Yang Berhormat Ipoh Timur bercakap Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak buat salah pun!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, dengar cakap saya Yang Berhormat!

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya tidak buat apa-apa!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Duduk, duduk Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya berdiri di sini sahaja. Saya tunggu dia bagi peluang!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Peraturan dalam Dewan tak boleh berdiri macam itu Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Dia tidak kata tidak boleh! Kalau tak boleh saya duduk. Kalau dia tidak kata tidak boleh saya berdiri minta jalan!

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Itulah..

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Duduk sekejaplah.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Dengar, dengar Yang Berhormat. Kalau saya suruh duduk Yang Berhormat kena duduk. Walaupun dia bagi, saya suruh duduk, duduk juga Yang Berhormat.

Seorang Ahli: Suruh dia keluar Tuan Yang di-Pertua! Lawan tauke pula.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat.

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

[This is the part where he switched off my mike. I was telling the speaker that I will sit if he asks me to sit, but don't scold me for something which I did not do wrong, and he should be fair to me. I sat down after having said my piece.]

Dato' Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Kita kena berani dengar orang lain punya cakap juga Yang Berhormat.

[I immediately got pissed with the speaker's snide remarks, and stood up again]

Tuan Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: Saya berani! Saya berani dengar, saya tidak buat bising.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya minta Yang Berhormat keluar daripada Dewan sampai habis petang ini. Sila Yang Berhormat. Sila keluar Yang Berhormat.

[Dewan riuh]
The way I was thrown out, if the Speakers all maintain the same position, at least 5 MPs will be thrown out each day, if not more. It was just ridiculous.

If you want to see more, watch this Youtube clip of last year's session when Pasir Salak uttered "bloodily Bastard" at opposition MPs but this same speaker who suspended me, didn't even send him out for even half-a-day.
Post a Comment