Monday, June 15, 2009

Parliamentary Questions 2009 (II)

The 10-day second parliamentary session has just commenced today. Here is my set of 15 oral and written questions which have been submitted for reply this session. Toll, economy, oil and gas, crime, education, public transport issues are all touched upon.

Soalan Jawapan Lisan

1.Tony Pua meminta Menteri Kerjaraya menyatakan

i.apakah bayaran yang dikenakan jikalau kerajaan mengambil-alih Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) mengikut terma ekspropriasi dalam perjanjian konsesi.

ii.wang pampasan sebanyak RM150 juta yang telah dibayar adalah untuk penangguhan peningkatan harga tol LDP sehingga tahun apa?

2.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan anggaran terkini bagi pendapatan kerajaan daripada sektor petroluem dan gas untuk tahun 2009 dan 2010 setelah mengambil kira harga pasaran yang jauh lebih rendah daripada apa yang dijangkai.

3.Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan sebab syarikat-syarikat stesen minyak tidak dibenar bersaing secara terbuka dan dibenarkan menjual petrol dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang ditentukan oleh kerajaan.

4.Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan subsidi yang diberikan, ataupun cukai yang dikutip daripada pengguna untuk setiap liter petrol yang dijual, termasuk jenis RON98, RON95 dan diesel.

5.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah dialihkan kepada Jabatan Perdana Menteri walaupun Kementerian Pengangkutan merupakan kementerian yang lebih wajar untuk menghasilkan satu sistem pengangkutan di Malaysia yang lebih menyeluruh dan holistik.

6.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk memperbaiki ekonomi Malaysia mengikut kenyataan yang diberikan kepada wartawan in Singapura bahawa “The traditional way of imposing quotas, for example, and equity restrictions, seems to be hampering restrictions and growth.”

7.Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sama ada Menteri bersedia menghenti bantahan terhadap penggunakan perkataan “Allah” oleh agama lain seperti Sikh dan Katholik kerana perkataan tersebut telahpun digunakan beratusan tahun dan bukannya untuk mengelirukan penganut agama lain.

8.Tony Pua meminta Menteri Pendidikan menyatakan tahap pencapaian dasar mengajar bahasa ibunda – Cina dan Tamil, dalam sekolah kebangsaan berbanding dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

9.Tony Pua meminta Menteri Pelancongan menyatakan tindakan tegas yang akan diambil terhadap pekerja, pengurus dan pengarah Syarikat Pempena dahulu dan kini yang telah didapati menyeleweng, dan menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM34 juta dalam laporan audit yang telahpun disiapkan.

10.Tony Pua meminta Menteri Pengangkutan menyatakan kedudukan pembinaan sebuah lapangan terbang kos rendah yang baru di KLIA, adakah ia akan disiapkan pada tahun 2011 seperti yang diumumkan dan berapakah kos pembinaan, kapasiti dan kelengkapan yang akan disediakan.

Soalan Jawapan Bertulis

1.Tony Pua meminta Menteri Kerjaraya menyatakan wang pampasan yang perlu dibayar kepada setiap syarikat konsesi lebuhraya untuk mengekspropriasi konsesi mengikut syarat kontrak.

2.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil untuk menyusun semula sektor perkhidmatan awam yang telah menjadi terlalu kembung dengan 1.2 juta pekerja dan mengurangkan perbelanjaan emolumen sebanyak RM41 bilion pada tahun 2008 pada tahun-tahun yang akan datang.

3.Tony Pua meminta Menteri Pengangkutan menyatakan:

i.Kos pembinaan lapangan terbang kos rendah (LCCT) yang asal di KLIA dan kos operasi dan penyelenggaraan setiap tahun sehingga 2008

ii.Pendapatan setiap tahun sejak permulaan sehingga 2008

4.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan dengan terperinci senarai universiti-universiti di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom ke mana pemegang biasiswa JPA dihantar mengikut jumlah penuntut di setiap universiti pada tahun 2004, 2005, 2006, 2007 dan 2008.

5.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan di bawah dana jaminan RM25 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi kedua,

i.jumlah pinjaman yang telah dipohon oleh syarikat Malaysia
ii.jumlah pinjaman yang telah diluluskan dan
iii.jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan ataupun “disbursed”

Post a Comment