Saturday, June 27, 2009

PKFZ: Questions for Attorney General

There will be a Public Accounts Committee (PAC) meeting on Wednesday. We are meant to decide if we will summon the Attorney General (AG) to provide his opinions and views to the PAC with regards to the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal. There has been a reluctance by the PAC to summon the AG for one reason or other. The reluctance is to the extent that now, we have to submit our list of questions in advance, before deciding if the AG should even be summoned.

I've submitted my questions on Friday. I certainly hope that the AG will be summoned to answer the following questions which I'm certain are critical in uncovering the many wrongs in the administration and execution of the PKFZ project.

While I'm fully aware that the PAC has limited powers, but we should at the very least do our very responsible best to uncover the truth behind the largest financial misappropriation project costing up to RM12.5 billion in Malaysia.

1. Status surat sokongan daripada menteri-menteri pengangkutan
---------

a. Apakah status surat sokong daripada menteri-menteri pengangkutan Tun Ling Liong Sik dan Datuk Seri Chan Kong Choy? Adakah ke-empat-empat surat tersebut merupakan surat jaminan daripada pihak kerajaan?

b. Adakah seseorang Menteri mempunyai kuasa untuk mengeluarkan surat sebegitu bagi pihak Kerajaan?

c. Jika surat-surat tersebut merupakan surat jaminan, adakah kerajaaan diwajibkan untuk memenuhi jaminan dalam surat-surat tersebut, terutamanya jika seseorang menteri tidak mempunyai hak mengeluarkan surat jaminan?

d. Adakah terdapat keadaan di mana pihak kerajaan tidak perlu memenuhi syarat jaminan dalam surat tersebut? Apakah akibatnya jika kerajaan tidak memberikan sokongan kewangan kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK)?


2. Penyalah-gunaan kuasa
----------

a. Apakah kesalahan dari segi undang-undang jika seseorang menteri (bukan kewangan) mengeluarkan sepohon surat jaminan bagi pihak kerajaan kepada pihak bank ataupun kontraktor? Apakah hukuman yang boleh dikenakan dari segi undang-undang Malaysia?

b. Adakah kesalahan (a) bertambah apabila surat jaminan diberi walaupun pihak audit negara telahpun kerap-kali memberi laporan bahawa status kewangan LPK adalah amat runcing?

c. Adakah ianya merupakan satu kesalahan jika seseorang pengurus menggunakan "seal" untuk menandatangani kontrak-kontrak bagi badan berkanun tanpa kebenaran daripada lembaga pengarah?

d. Adakah ianya merupakan satu kesalahan pengurusan LPK apabila mereka tidak mendapat kelulusan daripada Kabinet untuk membuat apa sahaja perbelanjaan yang melebihi RM100 juta, seperti yang diarahkan oleh Kabinet apabila projek Port Kelang Free Zone diluluskan?

e. Laporan audit PwC telahpun mengemukakan pelbagai kelemahan dari segi perundingan kontrak di mana kontrak pembangunan tidak menentukan secara teliti apa yang patut dan wajib diserahkan oleh pihak pembangun. Adakah ini merupakan sekurang-kurangnya "criminal negligence"?

f. Laporan audit PwC telah juga mengemukan pembayaran yang telah dibuat oleh pihak LPK untuk kerja pembangun yang tidak ditetapkan dalam kontrak. Adakah ini merupakan kesalahan?

g. Bagi soalan (d) dan (e) di atas, jika didapati ada kesalahan, siapakah yang bertanggungjawab ke atas kesalahan sebegitu - pengurus ataupun pengarah?


3. Pembelian Tanah PKFZ
----------

a. Adakah pihak peguam negara telah menyeru pihak Kabinet secara rasmi, supaya membeli tanah tersebut mengikut "Land Acquisition Act" sebab:

(i) Tanah tersebut mempunyai terlalu banyak 'encumbrances', termasuk 8 caj dan 5 kaveat, dan pihak Kuala Dimensi telahpun membuat gambaran yang salah? Adakah pemberian 'gambaran' yang tidak tepat ini boleh merupakan kes pemalsuan ataupun penipuan (fraudulent misrepresentation)?

(ii) Pembelian tanah tersebut tidak sesuai/patut dijalankan secara "willing buyer, willing seller" kerana pihak Kuala Dimensi tidak dapat mengagihkan tanah kepada kerajaan bebas daripada 'encumbrance'

b. Jika peguam negara telah mengambil pendirian (a), apakah sebab-sebabnya.

c. Apakah kerumitan yang akan tertimbul dengan pembelian tanah secara "willing buyer, willing seller", dan adakah ia akan/boleh mengakibatkan apa-apa kesalahan undang-undang?


4. Kontrak Pembangunan Kuala Dimensi
----------

a. Adakah terdapat klausa-klausa dalam perjanjian pembangunan (development contracts) di mana pihak kerajaan ataupun LPK mempunyai kuasa untuk menamatkan projek tersebut ataupun mengambil alih kerja-kerja daripada pihak pembangun?


5. Pengarah LPK dan PKFZ
----------

a. Apakah kuasa dan tanggungjawab ahli-ahli lembaga yang telah dilantik oleh kerajaan ke dalam lembaga pengarah dari segi undang-undang?

b. Adakah kecuaian dan kelalaian menjalani tugas mereka, yang mengakibatkan kerugian besar seperti PKFZ, merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang?

c. Pernahkah pihak peguam negara mengambil tindakan terhadap pihak pengarah badan berkanun kerana sebab-sebab seperti di atas.


6. Langkah Peguam Negara
----------

a. Apakah langkah-langkah proaktif yang boleh diambil oleh pihak peguam negara untuk mempercepatkan pengurusan, siasatan dan tindakan dalam kes skandal PKFZ ini? Dan apakah halangan?
Post a Comment