Thursday, May 15, 2008

My "Maiden" Speech

Well, there certainly wasn't much glory or prestige about the "maiden" speech, because when I was finally given my turn to speak, I had only 5 minutes to do so. Jeff who sat next to me, gave up altogether 'cos by the time it reached him, it was 2 minutes. It's really frustrating, because to be called to speak, you have to keep standing whenever someone else completes his speech and hope that the Speaker will call your constituency. And I certainly found DAP MPs, on a general basis, to have received less opportunities to speak compared to the other opposition MPs.

And having prepared my speech fairly early on, I've been standing and sitting for practically 4-5 days. I can understand the fact that senior backbenchers and party leaders are often given preference, but it's really frustrating because, you will find MPs (both sides) who aren't in the Dewan very often, who didn't prepare their speech, gets called upon much earlier (when the time frame to speak was 15-20 minutes), when they happen to be in the Dewan.

Oh well, to get recorded into the Hansard, I just picked 3 sections from my speech below to read (literally) and it certainly wasn't pretty 'cos I was probably reading at Rocket speed. Hopefully, I'd get better luck and opportunity during the supplementary budget debate which is coming up in about a week's time.

Anyway, my original speech which I had intended to deliver is below for those interested, and the sections I squeezed into 5 minutes were on Manufacturing, Toll & Other Concession as well as Open Tenders.
Ekonomi

Mengikut statistik kerajaan, ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6.3% pada tahun yang lalu. Sepatutnya, perkembangan 6.3% amat membanggakan.Akan tetapi ekonomi Malaysia mempunyai ciri-ciri istimewa, adakah perkembangan sebanyak 6.3% memberi gambaran yang benar mengenai ekonomi Malaysia?

Kini, ekonomi Malaysia amat bergantung kepada pendapatan yang dibawa oleh industri gas dan minyak mentah dan juga lain-lain komoditi seperti minyak kelapa sawit, getah dan lain-lain tanaman komersil. Oleh kerana harga minyak mentah dan juga komoditi ekspot Malaysia telah meningkat dengan dahsyat sekali pada tahun-tahun yang lalu, ianya telah mengakibatkan kenaikan hasil dan menjadi punca terutama perkembangan ekonomi.

Misalnya, industri gas dan minyak mentah membawa sebanyak 37% pendapatan kerajaan pada tahun lalu berbanding dengan hanya lebih kurang 25% pada tahun 2004. Hasil petroleum adalah macam keuntungan daripada belian nombor ekor 4D, dan kerajaan tidak boleh bergantung kepadanya kerana ianya akan kehabisan satu hari.

Apabila faktor kenaikan harga minyak mentah, komoditi ekspot dan juga produk industri berkaitan dikecualikan dari pengiraan perkembangan ekonomi, saya yakin perkembangan ekonomi tidak melebihi 3 atau 4%. Ini bermaksud, kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja di sektor-sektor lain yang lebih “labor-intensif”, tidak dapat menerima manfaat daripada perkembangan ekonomi pada masa ini.

Manufacturing Industry

Pada tahun 2006, industri pembuatan berkembang sebanyak 7.3%. Akan tetapi tahun lalu, ianya hanya berkembang 3.1%. Dalam belanjawan negara 2008, Perdana Menteri mengumumkan bahawa sektor pembuatan akan dijangka berkembang 3.8% tahun ini. Akan tetapi, gabenor Bank Negara baru sahaja mengumumkan bahawa sektor yang amat penting ini, hanya akan berkembang sebanyak 1.8%.

Ini adalah perkembangan yang amat merisaukan kerana sektor pembuatan adalah sektor yang sangat penting bagi Malaysia. Bukan sahaja sektor pembuatan menyumbangkan sekurang-kurangnya 31% kepada GDP negara kita, ia merupakan sektor yang membawa pekerjaan kepada 30% pekerja Malaysia. Jikalau ianya tidak berkembang, pandangan ekonomi masa depan kita memang kurang cerah./Mundur

Berbanding dengan Malaysia, walaupun Singapura kekurangan tanah dan sumber semulajadi, kos yang jauh lebih tinggi, sektor pembuatan berkembang sebanyak 7.3% pada tahun lalu, dan 13.2% pada penggal pertama tahun ini.

Walaupun kedua-dua negara menimpa keadaan ekonomi global yang kurang memuaskan, terutamanya disebabkan oleh dengan izin, liquidity cruch caused by subprime loan crisis, Singapura dapat terus maju dengan lancar, di mana Malaysia nampaknya ketinggalan.

Oleh sebab itu, kerajaan mestilah memberi tumpuan yang sepenuhnya untuk memulihkan kembali industri pembuatan di Malaysia. Antara langkah-langkah yang diperlukan termasuk memberikan insentif cukai yang lebih menarik kepada industri kecil dan serdehana (SMI) berbanding dengan negara-negara jiran seperti Hong Kong dan Singapura di mana cukai syarikat tidak melebihi 18%.

Selain daripada kerajaan menumpukan perhatian ke perlaksanaan koridor-koridor yang baru, yang sebenarnya merupakan projek hartanah, kerajaan perlu menumpukan perhatian ke aspek menarik pihak usahawan dalam dan luar negeri yang dapat membawa kilang yang membuat produk-produk berteknologi tinggi, yang kini tidak mencukupi di Malaysia. Jika Malaysia terus bergantung kepada industri pembuatan di mana “value-add” rendah, industri pembuatan kita tidak akan maju, dan perkembangan akan terus merosot.

Inflation

Kerajaan juga selalu menitikberatkan bahawa kadar inflasi pada tahun lalu hanya 2% sahaja. Kami dapat memahami kekecewaan rakyat jelata kerana angka 2% tersebut tidak mencerminkan keadaan sebenar. Kadar tol melonjak sebanyak 60% pada tahun lalu, dan sebanyak 50% tahun ini. Harga petrol dan barangan berkaitan pun telah naik sebanyak 20 sehingga 30%. Mengikut siasatan media, harga makanan dan barangan kegunaan biasa telahpun meningkat sebanyak 15 sehingga 25%.

Yang paling utama, kerajaan perlu merombak pengiraan kadar inflasi yang tidak lagi selaras dengan keadaan sebenar, dan tidak mengambil kira kesengsaraan rakyat jelata. Perangkaan kadar inflasi masih mengambil kera harga barangan yang dikawal walaupun itanya tidak lagi dapat diperolehi di pasar awam. Pengiraan perlu mencerminkan keadaan sebenar supaya langkah-langkah yang tertentu dapat direkacipta dan dilaksanakan untuk mengurangkan beban masyarakat.

Kerajaan dialu-alukan supaya mengambil tingkah membebaskan pasaran, meningkatkan taraf persaingan supaya harga barangan dapat diturunkan serendah mungkin. Misalnya, kuasa mengimpot beras bagi konsumer dan kuasa mengimpot simen bagi pihak kontraktor hanya dipegang oleh 2-3 syarikat sahaja, dan dapatlah mereka menguasai harga pasaran di Malaysia.

Toll & Other Concessions

Apa lagi kerajaan memberi konsesi tol dan konsesi IPP kepada syarikat-syarikat kroni secara rundingan terus telah meyebabkan keuntungan yang tersangat lumayan kepada syarikat konsesi. Yang dibebankan adalah pembayar hasil kepada kerajaan dan sekali lagi, rakyat Malaysia jelata.

Apa lagi baru-baru ini, kita diberitahu bahawa konsesi yang ditawarkan kepada syarikat KLIA Express oleh kerajaan, memberi kuasa untuk syarikat tersebut mengutip “cukai” daripada setiap pelanggan penerbangan di KLIA, tidak kira sama ada pelanggan tersebut menggunakan perkhidmatan Express. Ini adalah perkembangan yang amat membimbangkan.

Dulu sekurang-kurangnya, hanya pengguna tol yang dikenakan “tax”, walaupun “tax” tersebut tidak saksama, kini, kita mendapati kerajaan memberi kuasa kepada syarikat untuk “tax” rakyat yang langsung tidak menggunakan perkhidmatan? Adakah polis akan menyiasat kes ini sebagai kes rompakan “daylight robbery”?

Saya harap dengan sesungguhnya, kerajaan akan mengambil kira beban yang ditanggung rakyat kita dan berunding semula kontrak-kontrak yang berat sebelah ini, dan jikalau syarikat berkaitan kurang ikhlas dalam rundingan tersebut, kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan membeli konsesi tersebut mengikut kos pembinaan lebuhraya dan plan tenaga.

Subsidy

Saya berasa lega bahawa Menteri Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna menyatakan Yang Berhormat akan merombak semula sistem kawalan harga dan juga sistem subsidi sekarang yang kurang memberikan manfaat kepada rakyat yang kurang keupayaan dari segi kewangan.

Akan tetapi, sebelum subsidi dikurangkan, kerajaan perlu mengambil 3 langkah yang penting sekali:

Pertama, seperti yang diulaskan, kerajaan perlu mengubahsuai kontrak-kontrak jenis “daylight robbery” supaya harga tol, elektrik dan lain-lain dapat direndahkan.

Kedua, sebelum harga petrol dinaiki, sistem pengangkutan awam perlulah dinaiktarafkan supaya bagi rakyat, terutamanya rakyat dikawasan bandar, ada cara perjalanan alternatif seperti sistem bas yang “reliable” dan sistem LRT yang berleluasa.

Ketiga, kesemua subsidi yang dijimatkan melalui potongan subsidi akan disalurkan secara terus kepada golongan masyarakat yang memerlukan wang tersebut. Cara yang boleh digunakan termasuklah melalui peruntukan ke akaun EPF bagi pekerja-pekerja bergaji rendah, yang akan pada masa yang sama mendekati hasrat MTUC untuk mendapatkan “fair wage”, ataupun gaji yang berpatutan.

Adalah dialu-alukan supaya kerajaan mempertimbangkan cadangan DAP untuk memperuntukkan grant sebanyak RM3,000 kepada individu yang layak dari segi pendapatan, apabila subsidi dikurangkan kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat Malaysia.

Negara Singapura dan Hong Kong, dua-dua negara yang langsung tidak ada sumber semulajadi seperti minyak, gas, balak, tanah untuk tanaman komersil seperti minyak sawit, dapat mengendalikan polisi grant tunai kepada rakyat mereka yang kurang berupaya dari segi kewangan. Malaysia sebagai antara sebuah negara yang terkaya dengan sumber minyak di seluruh dunia, patut mengikut teladan yang baik dimana nasib rakyat diutamakan, apatah lagi minyak yang digali Petronas adalah minyak kepunyaan semua rakyat Malaysia.

Open Tenders

Pada masa awal pentadbiran Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat berjanji dihadapan pihak peniaga bahawa “open tender” ataupun tender terbuka akan menjadi sistem perolehan terutama dalam pentadbiran Yang Amat Berhormat. Pada masa itu, tahun 2003-2004, saya amat menyokong Yang Amat Berhormat.

Akan tetapi, dan amat dikesali, perutusan Yang Amat Berhormat tidak dilaksanakan, malah, trend tender semakin tertutup dan rundingan terus menjadi sistem terutama.
Misalnya, Jambatan Pulau Pinang Kedua yang telahpun ditawarkan kepada syarikat UEM tanpa sebarang tender. Bukan sahaja kontrak membina jambatan diberi secara terus, kontrak ditawarkan sebelum harga pembinaan ditentukan!

Adakah seorang makcik yang membeli sayur di pasar membeli sayur sebelum tawar-menawar harga? Tidak! Adakah Yang Berhormat semua akan membeli sebuah kereta jika harga kereta tersebut naik serta-merta selepas tempahan diberikan? Bolehjadi makcik-makcik dapat memberikan kursus dan taklimat kepada pihak kerajaan mengenai cara rundingan harga yang berkesan.

Akan tetapi, nampaknya cara perolehan kerajaan menunjukkan ciri-ciri “Malaysia Boleh”. Semasa kontrak ditawarkan kepada syarikat UEM pada tahun 2005, YAB Perdana Menteri mengumumkan bahawa kos membina jambatan dianggarkan RM2.5 bilion. Akan tetapi, pada akhir tahun 2006, rakyat diberitahu kos pembinaan telah naik ke RM3.5 bilion.

Tapi sekarang, sebelum projek dimulakan, rakyat diberitahu bahawa kos telah naik sekali lagi ke RM4.3 bilion, ataupun 72% daripada harga asal. Akan tetapi, lagi – pihak media telahpun mendapat angin bahawa UEM sekarang meminta kos dinaikkan setinggi RM4.8 billion! Sampai Bila nak henti?

Jikalau UEM tidak lagi memulakan pekerjaan, ataupun meminta kenaikan harga yang melampau, kita harap kerajaan akan membubarkan kontrak pembinaan tersebut, dan membuka semula pilihan pembinaan jambatan dengan secara terbuka, kompetitif dan juga transparen.

Hanya dengan cara ini, rakyat Malaysia boleh menikmati kos pembinaan yang berpatutan, tol penggunaan jambatan yang rendah dan pada masa yang sama, pihak pembina dan pembangun dapat meningkatkan taraf persaingan mereka dan tidak lagi bergantung kepada “handout” kerajaan.

Higher Education

Jika mengambil kira jangka masa yang panjang, ekonomi Malaysia tidak akan maju tanpa mutu pendidikan, terutamanya pengajian tinggi dipertingkatkan secara dengan izin “quantum leap”.

Walaupun di Malaysia, nisbah jumlah universiti berbanding dengan bilangan penduduk, jika dibandingkan dengan pulau yang kecil di selatan Selat Johor adalah lebih daripada dua kali ganda, mutu institusi pengajian tinggi amat mengecewakan.

40 lebih universiti, tiada satu dapat memasuki kedudukan “Top 200”. Ini perkara yang amat memalukan. Singapura hanya ada 3 buah universiti tempatan, akan tetapi ia mempunayai 2 buah universiti dalam 50 buah universiti yang terunggul. Kenapa?

Sebabnya ternyata kepada semua orang, kecuali kerajaan nampaknya. Tanpa pihak akademik ataupun pensyarah yang bertaraf dunia, kita tidak akan mencapai matlamat mempertingkatkan mutu universiti. Apa gunanya kerajaan tidak melaksanakan sistem yang lebih kompetitif, sebaliknya melindungi akademik yang kurang berkualiti, jikalau yang rugi besar sekali adalah penuntut-penuntut di institusi pengajian kita.

Bila kualiti akademik rendah, mutu pendidikan pun kurang sempurna, dan tentulah siswazah setelah habis pengajian, kurang berupaya mendapatkan pekerjaan, siapa yang salah?

Apa lagi, sistem IPTA yang sedia ada sekarang, untuk mencapai matlamat DEB memang bertujuan meningkatkan taraf pendidikan kaum bumiputera. Saya sokong. Akan tetapi, apabila, sistem masuk universiti tidak kompetitif, tambah lagi mutu akademik yang tidak mencukup, yang rugi ialah kaum yang kerajaan ingin menolong.

Oleh itu, saya bercadang dengan iklas, supaya universiti-universiti di Malaysia diberikan kebebasan untuk melantik naib-canselor yang bertaraf dunia tidak kira bangsa, agama dan juga kewarganegaraan.

Sekarang zaman globalisasi, kalaulah, kita dapat belajar dengan “sifu” ataupun guru yang berarif, patutlah kita berbuat demikian demi masa hadapan belia Malaysia. Bagilah peluang kepada naib-canselor ini untuk merombak semula sistem pentadbiran and pengajaran di universiti kita demi mencegah qualiti universiti terus merosot.

Lower Education

Pada masa yang sama, kalau pelajar yang dilatih oleh sistem pendidikan kebangsaan tidak mempunyai kualiti yang mencukupi. Kementerian telahpun membuat pengajian lebih kurang tiap-tiap penggal parlimen dan membuat cadangan-cadangan merombak semula sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan.

Akan tetapi, kerajaan boleh merombak semula sukatan pelajaran dan melaksanakan jenis-jenis sistem peperiksaan, kalaulah kualiti pendidik dan guru-guru tidak mencukupi, apa sistem pendidikan ataupun peperiksaan juga tidak akan berkesan menaik taraf kualiti pelajar di sekolah-sekolah menengah dan rendah di Malaysia.

Saya berpendirian bahawa pendapatan guru-guru di Malaysia terlalu rendah, dan langsung tidak menarik bagi bakal-bakal guru yang berkualiti. Di Singapura, seorang siswazah berperingkat “Honours”, gaji permulaan adalah sebanyak S$2,822, akan tetapi, bagi peringkat yang sama di Malaysia tidak melebihi RM1,500.

Saya bercadang supaya kerajaan mengaji semula skala gaji perguruan di Malaysia, dan mengadakan kelas dan skala gaji yang ekslusif bagi bidang pekerjaan pendidikan kerajaan. Pendidikan adalah satu sector yang amat penting untuk mengekalkan masa depan belia dan membina “human capital”, dengan izin, yang akan menjadi enjin pembangunan negara yang terutama sekali. Oleh itu, kelas yang ekslusif ini adalah amat diperlukan dan berpatutan untuk menarik bakal perguruan yang terunggul di Malaysia.

Crime

Ramai Yang Berhormat telahpun membahas menenai kes jenayah sekian meningkat dan amat serius. Selepas memenangi pilihanraya kawasan PJU, lebih kurang 40% aduan kepada saya adalah mengenai kes jenayah di kawasan saya dan juga di sekeliling.

Sewaktu rakyat Malaysia menunggu lebih ramai lagi rekrut polis baru dilatih untuk melawan jenayah, kita semua berharap Kementerian Dalam Negeri dan juga pihak Polis Diraja Malaysia akan serta-merta mengubahsuai struktur tanggungjawab anggota-anggota polis supaya lebih ramai lagi diberi tanggungjawab melawan jenayah, dan bukan membuat kerja pentadbiran (administrative) ataupun kerja bahagian khas.

Saya harap dengan sesungguhnya, kritik-kritik yang dibawa ke dewan yang mulia ini dan juga cadangan-cadangan yang diumumkan dapat diberikan pertimbangan yang sepenuhnya oleh kerajaan, selepas mengalami tsunami politik pilihanraya besar ke-12.

Sekian, terima kasih.

7 comments:

Old Fart said...

Sounds like very good exercise and you don't have to go to gym?

prussiablue said...

You touch on many important issues that have not being answered by the previous government. Maiden it is but virgin it is not.

Anonymous said...

Well done, YB! Your speech is excellent. Polite but it truly reflect the voices of our rakyat. I'm proposing you for the next Finance minister position once PR in power.

Anonymous said...

YB Tony,
You're BRILLIANT ! Your 5 mins of speech is equivalent to almost the other MPs (time wasting). You've covered the heart of the nations. If no action is taken, we'll be dead.(Heart is the most important organ of our body). To me you're benchmark for all the MPs!

Keep up the good work.
Regards
Ben Choo

Anonymous said...

There are definitely a lot of flaws in our Parliament proceeding. Maybe each political party should nominate a certain number of MPs to give speech with a certain time allocated instead of 'cut-short' speech time when running out of time.

We all want quality and not quantity speeches.

Bravo to you. You Bahasa is good even though you were educated in Singapore.

Anonymous said...

That's what I call a speech with substance, from an MP of substance. I hope you will get a chance to say all that soon. Keep up your good work!
Regards,
CPK

Anonymous said...

5min for the start is not bad!

Keep it up!