Tuesday, May 13, 2008

Diminishing Oil Revenue

I had an oral question on diminishing oil revenue slated at No.19 today (it'll never reach that number ;-)) which I've just received the written reply, which I'll post below.

My question to the Finance Minister was:
...apakah strategi dan langkah-langkah Kerajaan untuk menghadapi masalah kekurangan hasil daripada pendapatan industri minyak apabila Malaysia menjadi sebuah negara pengimpot minyak dalam 2-3 tahun dan kehabisan rizab minyak dalam masa 19 tahun?
I wrote on this topic quite a while back here. The answer was fair long as follows:
Pada tahun 2007, rizab minyak negara terus bertambah kepada 5.35 bilion tong atau mempunyai jangka hayat selama 22 tahun berikutan penemuan beberapa telaga minyak laut dalam di pesisiran luar Sabah, termasuk Kikeh.

Walau bagaimanapun, berdasarkan kepada tahap pengeluaran semasa dan jangkaan permintaan yang meningkat, Malaysia dijangka akan menjadi negara pengimpot bersih (net importer) petroleum terutamanya minyak petrol dan diesel pada tahun 2011 di mana permintaan domestik dijangka melebihi pengeluaran.

Pada tahun 2007, hasil Kerajaan berasaskan petroleum telah meningkat kepada RM51,114 juta berikutan dengan harga minyak yang tinggi, secara purata USD78.40 setong. Hasil minyak negara menyumbang 36.5% kepada jumlah hasil keseluruhan iaitu RM139,885 juta.

Kerajaan sedar akan pandangan umum bahawa dengan harga minyak yang semakin tinggi, keuntungan PETRONAS juga semakin bertambah dan keuntungan tersebut boleh digunakan untuk membiayai subsidi.

(Note: I've never asked this part of the question, answer above was "extra")

Walau bagaimanapun, petroleum merupakan sumber asli yang semakin berkurangan. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab, kita sentiasa mengambil langkah berhemat dalam membelanjakan hasil petroluem untuk memberikan manfaat yang semaksimum mungkin bukan sahaja kepada generasi sekarang malah generasi akan datang (inter-generational equity). Antara langkah yang diambil untuk faedah generasi akan datang termasuklah sumbangan tahunan sebanyak RM100 juta kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN).

Kita juga perlu menggunakan sumberminyak dengan sebaik mungkin dan mengurangkan pembazirannya. Sebagai contoh, penggunaan pengangkutan awan adalah digalakkan kerana ia bukan sahaja dapat menjimatkan petrol tetapi juga mengurangkan pencemaran udara. Subsidi bahan petroleum kini berjumlah RM45 bilion. Kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemperian subsidi bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan ianya memberi manfaat kepada golongan sasaran.

Hasil berkaitan petroleum akan terus dibelanjakan dengan bijak bagi meningkatkan potensi pertumbuhan jangka panjang ekonomi negara. Kita akan terus mengembangkan bina-upaya (capacity building) negara melalui pelaburan dalam infrastruktur fizikal dan meningkatkan lagi pembangunan modal insan dengan penekanan diberikan kepada peningkatan soft-skill. Sumber pertumbuhan baru juga diperkembangkan termasuklah dalam sektor perkhidmatan terutamanya perbankan Islam, hab halal dan out sourcing. Sekto pertanian akan terus dimodenkan melalui kegiatan meningkatkan pengeluaran, menambah nilai dan penggunaan teknologi terkini. Sementara itu, pembangunan Wilayah-Wilayah Ekonomi Koridor Johor Selatan, Utara, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak akan dipergiatkan.

Untuk memastikan hasil yang berterusan dan stabil, PETRONAS akan mempergiatkan lagi pengeluaran dan aktiviti cari gali minyak dan gas dalam negeri dan juga luar negara. Pelaburan akan terus dijalankan untuk menaik taraf dan membaik pulih kemudahan sedia ada dan membina kemudahan baru untuk mengekalkan tahap pengeluaran minyak negara. Di samping itu, PETRONAS akan terus menyalurkan pelaburan dalam aktiviti logistik dan maritim sera perniagaan separti petrokimia, minyak, gas dan harta tanah.
The reply certainly contained several interesting facts (figures) but overall, didn't present anything new as to how we should deal with the problem of over-reliance on oil revenue. Will discuss this more in other blog posts.
Post a Comment