Tuesday, June 03, 2008

Questions for Parliament 2008 (II)

The deadline for the submission of questions has just elapsed. And no, I won't get my mugshot splashed on the front page of the national newspapers for not having submitted my questions, much as the publicity might have been nice ;-).

As usual, the list of 15 questions submitted are below, with a greater emphasis placed on the Ministry of Finance, and the rest split between the education ministries, the prime ministers' department as well as the Ministry of Home Affairs.

Thank you so much to those who have offered good suggestions both here and via email - believe me, they were all compiled and tabled and considered in depth before being shortlisted. And some questions which were not taken up by me were forwarded to some of the other DAP MPs.

They have also hopefully been drafted to extract quality and informative responses from the Ministers, as opposed to questions which will just secure a rhetorical answers which serves little purpose. Bear in mind the 40 word limit, which is being enforced strictly this time round, which often limits the extent to which you can push or "clarify" in detail the questions.

Well, here's my list and lets hope we get good answers from the Ministers:

Questions for Oral Response:
  1. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Kewangan menyatakan butir-butir perbelanjaan subsidi harga minyak dan gas berjumlah RM45 bilion seperti yang dikemukakan oleh kerajaan. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan subsidi, dan pada masa yang sama tidak membebankan rakyat yang miskin?

  2. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Kewangan menyatakan perkembangan bidang perbankan Islam di Malaysia berbanding dengan pusat kewangan antarabangsa seperti London, New York, Dubai, Hong Kong dan Singapura. Mengapa pengaruh Malaysia dalam bidang ini kian merosot? Apakah tindakan yang akan diambil untuk mengatasi kelemahan kita?

  3. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Kewangan menyatakan:-
    1. peratus pelaburan RM14 bilion yang diperolehi untuk Iskandar Malaysia yang merupakan perjanjian kontrak dan bukan sekadar perjanjian persefahaman (MOU);
    2. pecahan pelaburan berasal kerajaan atau syarikat GLC, pelabur tempatan dan pelabur asing. Berapa peratus pelaburan yang telah dijanjikan tersebut telah dilaburkan?

  4. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Kewangan menyatakan apakah peratusan sumbangan daripada sektor petroleum dan gas, dan sektor minyak sawit kepada perkembangan GDP negara pada setiap 5 tahun yang lalu?

  5. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Pelajaran menyatakan sebab butir-butir bangsa dan agama perlu dibekalkan dalam kertas peperiksaan semasa mengambil peperiksaan awam. Adakah Kementerian akan membatalkan pendekatan tersebut seperti yang dijanjikan sejak tahun 2006, supaya tiada perasaan bimbang mengenai kesaksamaan akan dibangkit?

  6. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Perdana Menteri menyatakan berapa kali Majlis Penasihat Iskandar Malaysia (Iskandar Malaysia Advisory Council) yang termasuk tokoh usahawan negara telah bertemu sejak ditubuhkan pada tahun 2006. Apakah cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa tersebut yang telah diterima dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan?

  7. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
    1. indeks jenayah mengikut kategori untuk negeri Selangor mengikut daerah sejak tahun 2003;
    2. apakah tindakan yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia untuk mengurangkan indeks sebanyak 25% dalam masa 2 tahun.

  8. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan:-
    1. apakah jumlah anggota polis mengikut daerah dalam negeri Selangor sejak tahun 2003;
    2. apakah nisbah anggota polis berbanding dengan penduduk bagi daerah Petaling Jaya dan Subang Jaya sejak 2003.

  9. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Koperasi dan Pembangunan Usahawan menyatakan bila perkhidmatan teksi di Malaysia akan sepenuhnya diwajibkan untuk menggunakan meter perjalanan. Apakah langkah penguatkuasaan yang akan diambil terutamanya di bandar di mana trafik amat sesak dan sektor pelancongan amat penting, seperti di Pulau Pinang.

  10. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Perdana Menteri menyatakan samada Jabatan Perkhidmatan Awam akan merombak semula cara biasiswa ditawarkan supaya kriteria terpenting adalah mengikut keputusan STPM, Matrikulasi, 'A' Level, UEC dan IB yang diterima oleh universiti tempatan dan luar negeri, dan bukannya pada peringkat SPM, yang nyata terlalu awal.

Questions for Written Response:
  1. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Pelajaran menyatakan purata dan median markah ko-korikular yang diperolehi oleh pelajar-pelajar mengikut (I) bangsa dan (II) mengikut aliran STPM berbanding dengan matrikulasi.

  2. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Pengangkutan membekalkan statistik bilangan pengguna sistem pengangkutan awam untuk menganggar kejayaan usaha-usaha untuk meningkatkan penggunaan sistem pengangkutan awam. Penggunaan sisten pengangkutan awam mengurangkan kegantungan negara terhadap minyak.

  3. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kriteria dan gred pencapaian akademik minima yang melayakkan pelajar-pelajar untuk diterima masuk dalam setiap IPTA untuk bidang perubatan, farmasi, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan mekanikal, undang-undang, perakaunan dan sains komputer.

  4. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan pecahan akademik dan pensyarah di setiap IPTA Malaysia mengikut taraf pekerjaan, kaum dan kewarganegaraan. Apakah langkah yang akan diambil terutamanya bagi Universiti Apex untuk untuk menarik akademik dan pensyarah tanpa mengira bangsa supaya kualiti akademik universiti dapat ditingkatkan?

  5. Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara] meminta Perdana Menteri menyatakan:-
    1. bilangan biasiswa kerajaan yang ditawarkan mengikut kaum serta kos terhadap Kerajaan;
    2. bilangan pemegang biasiswa yang berkhidmat dalam sistem perkhidmatan awam, terutamanya dalam bidang perguruan selepas tamat pengajian. Mengapa ramai pemegang biasiswa tidak berkhidmat dalam sektor awam secara wajib?
Post a Comment