Wednesday, June 25, 2008

Labuan International Business & Financial Centre

This is not a topic which will interest many people but we were debating the Labuan Offshore Financial Services (Amendment) Bill 2008 yesterday. You can get an idea of the bill (which I won't go into here, you can read the Deputy Minister of Finance's statement in the Hansard here, page 35).

I got my chance to debate the Bill, and thankfully this time, I didn't need to read at Rocket speed ;-). Below is the text of my speech, for those who are interested. The Deputy Minister had a subsequent response, which I will comment on, in a subsequent post. ;-)
Terima kasih Tuan Yang DiPertua dan Yang Berhormat Menteri.

Saya ingin mendahului ucapan saya dengan satu petikan ucapan yang diberikan oleh Perdana Menteri yang lalu, TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD pada 29hb Ogos 1996, iaitu 12 tahun lalu, dan 5 tahun selepas Labuan Offshore Financial Centre ditubuhkan.

Beliau berkata “Kita berkeyakinan penuh bahawa Labuan akan berjaya sepenuhnya sebagai sebuah IOFC dalam jangkamasa lima hingga sepuluh tahun yang akan datang... Bagi kita di Malaysia, kejayaan Labuan bukan sahaja akan memberi manfaat kepada pulau Labuan, tetapi boleh juga dirasai kesannya di kawasan seberang di Sabah. Bandar Menumbok di Sabah adalah lebih kurang lapan kilometer jauhnya dari Labuan, di mana sudahpun terdapat perkhidmatan feri di antara kedua-dua tempat tersebut. Ini akan meredakan tekanan fizikal ke atas Labuan dan sekaligus dapat membangun kawasan pendalaman Sabah yang berhampiran sama seperti pertumbuhan Johor Bahru kerana Singapura.

Apa yang dijelaskan di atas mungkin merupakan satu mimpi lima tahun yang lepas. Sekarang ini ia merupakan satu kemungkinan. Dalam sepuluh tahun akan datang ia mungkin menjadi satu kenyataan.”

Dekat 12 tahun telah berlepas sejak ucapan Tun Dr Mahathir di Labuan. Adakah Labuan Offshore Financial Centre (LOFC) ataupun nama barunya, International Business and Financial Centre (IBFC) telah mencapai matlamat seperti yang dimimpikan oleh perdana menteri yang lalu?

Hakikatnya, LBFC masih merupakan sebuah mimpi yang begitu manis.

Mengikut Laporan Tahunan yang baru saja diterima pada hari ini, jumlah syarikat di Labuan IBFC berkembang sebanyak 11%, iaitu sebanyak 619 syarikat luar pesisir baru ditubuhkan. Walaupun mengikut peratusan, 11% nampaknya kredible, akan tetapi berbanding dengan pusat kewangan luar pesisir, seperti British Virgin Islands, Bermuda, Dublin dan lain-lain di mana beratus-ratus syarikat luar pesisir ditubuhkan setiap hari, dan bukannya setiap tahun.

Labuan ingin menjadi sebuah pusat yang boleh menarik lebih syarikat pegangan ataupun “holding companies” dengan dasar cukai yang rendah, 3%. Akan tetapi, Labuan telah dikecualikan daripada persetujuan “double-taxation” daripada 11 negara, termasuklah negara-negara penting seperti Korea, Australia, United Kingdom, Japan, Sweden dan Netherlands.

Apatah lagi, negara Korea Selatan telahpun menetapkan Labuan sebagai pusat pelindungan cukai dalam satu senarai hitam ataupun “blacklist”. Negara-negara Eropah, melalui organisasi OECD juga telah mensyaki Labuan sebagai satu pusat perlindungan cukai yang boleh mendatangkan keburukan. Kerajaan Malaysia telah lalai dalam tugas mempertahankan Labuan sebagai satu pusat kewangan luar pesisir yang berintegriti dan bersifat tanggungjawab, supaya Malaysia tidak dimasuk senarai hitam.

Dengan tekanan perbadanan antarabangsa yang lain, termasuklah Financial Action Task Force (FATF), yang memberikan tekanan kepada pusat kewangan jenis luar pesisir, potensi perkembangan Labuan nampaknya terhad dan cabaran yang dihadapi amat besar.

Kerajaan telahpun memperuntukan perbelanjaan yang besar untuk membangun kawasan Labuan dengan kemudahan bangunan, pejabat dan lain-lain. Akan tetapi, pulangan pelaburan kerajaan nampaknya amat kurang. Walaupun saya tidak ada statistik yang terkini, bolehjadi Yang Berhormat Menteri boleh menjelaskan, pada tahun 2000, bidang servis kewangan hanya menyumbang sebanyak 10% kepada ekonomi ataupun GDP Labuan yang bernilai RM300 juta. Ini bermakna, sumbangan sektor servis kewangan kepada GDP negara hanya sekitar RM30 juta sahaja, satu nilai yang teramat rendah.

Bidang kewangan memerlukan ramai orang pekerja yang berilmu dan berpengetahuan. Oleh kerana itu, kekurangan pihak pakar menjadi satu lagi faktor yang menjejaskan impian kerajaan menjadikan Labuan sebagai pusat kewangan yang menarik bagi pihak pelabur, terutamanya dari luar negeri.

Baru-baru ini, pada tahun 2006, kerajaan mengambil langkah untuk memajukan perbankan Islam di Labuan di mana perbankan Islam luar pesisir diberikan hak menawar perkhidmatan ke seluruh Malaysia. Akan tetapi dasar ini bercanggah dengan dasar perbankan Islam bukan luar pesisir, dan telah menimbul perselisihan dan pergentengan antara kuasa agensi kerajaan Bank Negara Malaysia dan LOFSA.

Akhir sekali, untuk mencapai taraf pusat kewangan yang cemerlang di dunia, kita perlu menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan asas yang dapat diharap. Akan tetapi pihak pelabur masih sering mengadu-adukan perkhidmatan telekomikasi yang kurang sempurna, bekalan elektrik dan air yang sering putus di Labuan.

Oleh itu, saya ingin supaya Yang Berhormat Menteri dapat menjelaskan pendirian kerajaan terhadap isu-isu yang telah dibentangkan. Jika kementerian mengambil pendapat bahawa Labuan sebagai pusat kewangan luar pesisir masih lagi relevan dalam pembangunan Malaysia, apakah langkah-langkah revolusi yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memulihkan pelaburan besar yang telahpun dibelanja kerajaan selama 17 tahun ini.

Sekian, terima kasih.
Will blog more about the Minister's response later, but you can also read it in the same issue of the Hansard, page 78.

3 comments:

Anonymous said...

Badawi got a hard job in hand! Harder than we taught, 1st time a Msia PM being challenge this strongly!

with PAS doing all this ISLAMIC trend is hard to see why the country isnt falling in pieces!

Who is friends? Who is Foes? I bet they themselves doesnt even know!

Badawi did give us something in his short stay! FREEDOM of EXPRESSION!

Garbage or no GARBAGE regarding RPK statuory declaration. THe gomen has make RPK the Ppl champion!

1million 2 million 3million doesnt matter because our leader is DEAF!

GIve us back LABUAN! Dont robbed us SABAHAN!

Anonymous said...

As a Malaysian, I am happy that I am seeing a politician talking substance and technically sound stuff! Well done!

I hope there would be more debate in relation to the Malaysian tax system to continuously improve and SIMPLIFY the system to minimise cost of doing business.

What is your view on whether Malaysia should move towards the simple and business friendly tax system like Hong Kong?

de minimis said...

Tony, the thing about LOFC is that it is not a competitive product. The legislative framework is complicated. The legislation must be simplified.