Wednesday, April 09, 2008

Questions for Parliament

To all readers who contributed comments and questions to be submitted for the next parliamentary session. The response was just amazing, and I had to take quite a bit of time going through the questions/comments.

Unfortunately, I can only submit 15 questions, 10 of which are meant to be responded to orally during Parliamentary Q & A sessions, while the remainder 5 will be given written responses. In addition, each question limited to 40 words.

Parliamentary Q & A sessions are held every morning from 10am for about 2hours (from 14 May) before they are adjourned to debate other issues such as new acts, laws or amendments.

Between 30th April and 13th May, parliamentarians will debate on the Royal Address which is scheduled to be given by Yang DiPertuan Agung on the 29th April.

Hence, for those who raised issues not covered by my list of questions here, be rest assured that there are plenty of other opportunities for me to raise some of them either as part of the debate of the royal address or on various bills being proposed by the government.

Well, here are my questions which are submitted to the Parliament office today ;-)

Pertanyaan Bagi Mesyaurat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kedua Belas

Soalan Jawab Lisan

  1. Tony Pua meminta Menteri Pendidikan menjelaskan sama ada SRJK(C) Damansara yang lama akan dibuka semula; dan apakah cadangan kementerian untuk menubuhkan lebih SRJK(C) dan SRJK(T) dengan cara yang lebih tersusun mengikut permintaan rakyat Malaysia.

  2. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan kedudukan perekrutan anggota polis yang amat diperlukan untuk mengurangkan kes jenayah yang amat serius; dan apakah jumlah anggota polis terkini mengikut pecahan tanggungjawab mereka.

  3. Tony Pua meminta Menteri Pengajian Tinggi mengenai kedudukan kontrak naib-canselor Universiti Malaya. Adakah seorang naib-canselor baru akan dilantik, dan apakah cara pemilihan yang akan digunakan untuk mengenal pasti seorang akademik yang bertaraf “world class” untuk memulihkan mutu pengajian tinggi di Malaysia.

  4. Tony Pua meminta Menteri Pengajian Tinggi menjelaskan dengan teliti cara pelajar-pelajar STPM dan matrikulasi

    a. Berlayak meneruskan pengajian di universiti awam
    b. Diperuntukkan ke universiti-universiti dan kursus-kursus yang tertentu

    Apakah kriteria yang digunakan selain daripada pencapaian akademik mereka?

  5. Tony Pua meminta Menteri Pendidikan menjelaskan dengan teliti cara pengiraan mata aktiviti ko-kuriculum bagi pelajar-pelajar untuk tujuan permohonan universiti awam. Siapakah yang menentukan mata aktiviti ini, dan apakah langkah yang diambil kementerian untuk menjamin proses tersebut adil dan saksama.

  6. Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI) melaporkan jumlah “Approved Permit (AP)” kereta impot yang dikeluarkan pada 2007 berbanding dengan tahun-tahun yang lalu; apakah anggaran jumlah AP yang akan dikeluar pada tahun ini dan adakah MITI bercadang melelong AP supaya hasil dikutip kerajaan dapat ditingkatkan?

  7. Tony Pua meminta Menteri Kewangan mengulaskan strategi dan langkah-langkah kerajaan untuk menghadapi masalah kekurang hasil dari pendapatan industry minyak apabila Malaysia menjadi sebuah Negara pengimpot minyak dalam masa 2-3 tahun; dan kehabisan rizab minyak dalam masa 19 tahun.

  8. Tony Pua meminta Menteri Kerja Raya melaporkan pendapatan, keuntungan kumulatif syarikat-syarikat konsesi tol; dan adakah kerajaan akan mengambil langkah tertentu untuk merunding semula ciri-ciri kontrak yang tidak menyimbang dan membebankan orang ramai?

  9. Tony Pua meminta Menteri Pendidikan mengulaskan strategi kerajaan untuk menarik graduan-graduan yang lebih bermutu untuk berkhidmat dalam bidang pengajaran supaya anak-anak Malaysia akan mendapat mutu pengajaran yang lebih tinggi. Adakah gaji guru-guru akan ditingkatkan untuk tujuan tersebut?

  10. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri memberikan laporan nilai, matlumat dan kedudukan project mega “Sistem Immigresen ‘Single Platform’” (SIM). Adakah projek sensitif keselamatan dalam negeri ini diberi kepada sebuah syarikat yang kurang berpengalaman dalam bidang sistem immigresen, yang dimiliki oleh warganegara asing pada masa kontrak ditetapkan?

Soalan Jawab Bertulis

  1. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menjelaskan strategi kerajaan untuk meningkatkan daya menarik pelaburan apabila menghadapi persaingan dari negara jiran yang mempunyai sistem cukai lebih menarik seperti Singapura (18%), Hong Kong (17%), dan juga Negara Eropah seperti Ireland (12.5%), Poland dan Rep. Slovak (19%), Hungary (16%).

  2. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menerangkan dengan teliti kaedah penggiraan kadar inflasi Negara, termasuklah jenis dan harga barang ataupun servis yang diliputi untuk mendapatkan kadar 2% bagi tahun 2007.

  3. Tony Pua meminta Perdana Menteri melaporkan statistik penerima biasiswa tempatan dan luar negeri Jabatan Perkhidmatan Awan mengikut kursus yang diuntukkan dan gred SPM ataupun STPM / Matrikulasi yang dicapai

  4. Tony Pua meminta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menjelaskan garis panduan untuk pembinaan dan pembangunan di sekitar cerun bukit yang curam, terutamanya di kawasan Bukit Gasing dan Bukit Damansara.

  5. Tony Pua meminta Menteri Belia dan Sukan melaporkan kedudukan siasatan pembelian alat-alat pelengkapan seperti pemutar skru, buku teknikal dan jek kereta dengan harga yang keterlaluan. Apakah tindakan yang diambil untuk menghukum pihak yang bertanggungjawab?
Post a Comment