Thursday, April 05, 2012

2012 Supplementary Budget Speech Part 3: 1MDB "Profit"

1MDB-Profit

Syarikat 1MDB melaporkan keuntungan yang bertambah berbanding dengan tahun sebelumnya dalam penyata kewangannya.  1MDB mencapai keuntungan sebanyak RM544 juta pada hujung tahun Mac 2011 berbanding dengan RM424 juta tahun lalu.

Kontroversi keuntungan RM424 tahun 2010 adalah atas sebab ia merupakan “paper gains” yang berasal daripada penukaran pegangan saham kepada pinjaman kepada syarikat usahasama Petrosaudi International.  Keuntungan ini langsung tidak bermakna jika pinjaman besar yang dibuat tidak dapat dipulangkan.

Macamana dengan keuntungan 2011 pula?  Bila kami meneliti penyata kewangan 1MDB, keuntungan dicapai dengan penilaian semula hartanah 1MDB yang meningkat sebanyak RM827 juta.  Maksudnya, tanpa mengambil-kira penilaian semula hartanah, 1MDB sebenarnya mengalami kerugian sebanyak RM283 juta!

Lebih menarik lagi, dalam balance sheet, nilai pelaburan hartanah adalah RM1.02 bilion.  Maksudnya nilai hartanah 1MDB telah meningkat sebanyak 426% dalam jangkamasa 1 tahun sahaja.  Adakah aset ini merupakan tanah di Jalan Cochrane yang telah dijual kepada 1MDB dengan harga yang cukup murah untuk pembinaan Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD)?

Jika benar, ini merupakan “creative accounting of the highest order”. Kerajaan jual tanah kepada 1MDB dengan harga cukup murah. Selepas itu, tanah tersebut dinilai semula untuk memberikan gambaran bahawa 1MDB telah membawa keuntungan lumayan kepada rakyat Malaysia!

2 comments:

Anonymous said...

Ini tipu rakyat yang tak tahu accounting!
Tanah itu miliki kerajaan dan diberi murah kepada syarikat 1MDB.
Siapa itu 1MDB?

Anonymous said...

Should have review the cash flow of 1MDB. Balance sheet and Income Statement mean nothing nowadays.