Thursday, April 05, 2012

2012 Supplementary Budget Speech Part 4: 1MDB - Tanjong Power

1MDB – Tanjong Power

Sebenarnya saya tak berapa faham apakah matlamat penubuhan syarikat 1MDB.  Laman web 1MDB berkata bahawa ia merupakan “strategic enabler for new ideas and new sources of growth, 1MDB leads in market-driven initiatives to help transform Malaysia into a thriving economy.”

Tapi yang kita lihat, 1MDB telah menjadi Ah-Long kepada syarikat yang diragui, pemaju hartanah kepada PUKL dan KLIFD yang tidak merupakan industry baru.

Tambahan lagi, 1MDB telah menandatangani perjanjian untuk membeli Tanjung Energy Holdings daripada Tan Sri Ananda Krishnan dengan harga RM8.5 bilion.

Malaysia sekarang mempunyai lebih daripada 10 penjanakuasa bebas (IPPs), adakah 1MDB yang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam industri penjanaan kuasa akan menambah nilai kepada industri tersebut?  Adakah industri IPP ini merupakan “new idea” atau “new source of growth” yang dihebohkan sebagai visi 1MDB?

Kalau tidak, kenapa beli dari Ananda Krishnan? Adakah pembangunan PUKL dengan KLIFD yang belum benar-benar bermulapun, tidak mempunyai cabaran yang mencukupi untuk pihak pengurusan 1MDB?

Oleh kerana pengambil-alihan yang baru ini, 1MDB akan terpaksa mendapatkan pinjaman tambahan lagi sekurang-kurangnya RM9 bilion untuk membiayai kos IPP.

Saya berasa amat bimbang kerana 1MDB ini macam syarikat “neither here nor there”.  Ianya langsung tidak mempunyai modal tersendiri dan bergantung sepenuhnya dengan pinjaman yang dijamin oleh kerajaan.

Jika benar ada berlaku penyelewengan dalam transaksi-transaksi besar 1MDB, dan ianya tidak dihentikan dan dikawal dari awal lagi, 1MDB mungkin akan menjadi syarikat yang memerlukan rekod bailout daripada kerajaan persekutuan satu hari nanti.

Biar Menteri menjawab dan menindas perbahasan saya dengan angka-angka terperinci dan fakta-fakta yang tidak dapat dipersoalkan.  Tapi saya harap Menteri tidak akan menjawab hanya dengan sangkaan dan retorik “keyakinan kepada kerajaan Barisan Nasional” kerana ia tidak akan diterima baik dan ia akan membuktikan bahawa memang ada udang di sebalik batu.

1 comment:

Jason Chan said...

Macam mana Kerajaan BN tahu berniaga? Langsung tidak faham 'fair competition' open tender. Kalau mereka tidak faham pilihraya bersih, bagaimana pulak dengan business. Orang cekap, amanah dipinggirkan orang kroni, orang 'kuda kayu' di pilih. Siapa rugi? Rakyat, anak Rakyat, cucu Rakyat. Ingat Petronas akan bakal kehabisan minyak and gas.