Thursday, April 05, 2012

2012 Supplementary Budget Speech Part 2: 1MDB - Bandar Malaysia

1MDB-Sungai Besi

Masalahnya, lubang kewangan 1MDB semakin lama, menjadi semakin besar.  Wang diperlukan untuk “cover up” lubang tersebut daripada skandal Petrosaudi.

Selain daripada pinjaman RM5 bilion yang dibuat pada May 2009, 1MDB telah pada tahun lalu mengambil pinjaman tambahan sebanyak RM2.3 bilion.  Pinjaman tambahan ini merupakan pinjaman jangkamasa singkat dan pembayaran balik perlu dibuat tahun depan.
Nasib baik ada projek penyelamat – projek Bandar Malaysia sebesar 495 ekar, iaitu tanah Lapangan Terbang Sungai Besi Tentera Udara Diraja Malaysia.

Tanah tersebut dijual kepada 1MDB oleh kerajaan Malaysia dengan harga yang cukup murah, hanya RM74.20 setiap kaki per segi berjumlah RM1.6 bilion.  Tanah ini merupakan tanah “super-prime” kerana lokasinya dan infrastruktur yang sedia ada yang tiada bandingan.

Untuk perbandingan, tanah Bayan Mutiara di Pulau Pinang, dimana 40% merupakan laut atau tanah paya yang perlu ditambak telah dijual secara tender terbuka dengan harga RM240 kaki per segi.  Secara logiknya, tanah di Sungai Besi adalah jauh lebih mahal daripada tanah Bayan Mutiara, akan tetapi, tanah Sungai Besi telah dijual kepada 1MDB dengan nilai 31% nilai tanah Bayan Mutiara.

Cara suntikan dana ke dalam 1MDB adalah amat inovatif.  Oleh kerana TUDM perlu dipindahkan daripada kawasan Sungai Besi, 1MDB telah ditugaskan untuk menempat semula Pengkalan Udara Kuala Lumpur ke beberapa tempat baru termasuk Sendayan, Subang, Kuantan, Butterworth dan Gong Kedak.

Yang “shocking” ialah, kos penempatan semula adalah RM2.7 bilion.  Ini bermakna kos penempatan semula adalah RM1.1 bilion lebih mahal daripada tanah “super-prime” yang dijual kepada 1MDB.  Transaksi ini langsung tidak masuk akal. Kalau nilai kawasan penempatan semula begitu mahal, kenapa PUKL perlu dipindahkan? Buatlah pembangunan di kawasan penempatan semula dan bukan di Sungai Besi.

Atas sebab penilaian yang “totally don’t make sense” di atas, 1MDB tidak diperlukan untuk membayar 1 sen pun daripada pengambil-alihan tanah Sungai Besi yang dibeli dengan RM1.6 bilion.  Sebaliknya, kerajaan perlu membayar 1MDB sebanyak RM1.1 bilion untuk membuat penempatan semula PUKL.

Ini merupakan cara yang cukup licik untuk memberikan suntikan yang kepada 1MDB yang kini tidak mempunyai yang mencukupi.

1 comment:

Anonymous said...

Inilah cara BN curi wang rakyat dan salur kan kepada pocket individu.
Kenapa tanah itu tidak ditender utk dibangunkan?
Kenapa suruh 1MDB buat pindahan? Tak kan MINDEF tak tahu buat sendiri?