Wednesday, October 21, 2009

MACC Must Investigate UMNO Chiefs

SPRM perlu menyiasat kes penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan kawasan parlimen oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ketua Bahagian UMNO

Setiap kawasan parlimen telah diperuntukkan sekurang-kurangnya RM500,000 setiap tahun dalam program penyenggaraan infrastruktur awam (PIA), infrastruktur asas (PIAS) dan projek pembangunan kecil, luar bandar kawasan parlimen (PEKA). Untuk kawasan yang diwakili oleh Barisan Nasional, peruntukan ini adalah dikuasai oleh ahli parlimen, manakala untuk kawasan yang dikuasai pembangkang, peruntukan ini adalah dikuasai oleh Bahagian UMNO ataupun Barisan Nasional tempatan. Peruntukan ini adalah disediakan oleh Kementerian Kewangan dan diuruskan oleh Unuit Penyelerasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri melalui Pejabat Daerah ataupun Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).

Antara 93,432 projek yang telahpun diluluskan daripada tahun 2005 sehingga Nov 2008, walaupun Jabatan Audit Negara hanya membuat lawatan ke 96 tapak projek, Ketua Audit Negara telah mendapati banyak masalah dalam sekurang-kurangnya 10 projek. Antara isu terpenting yang tertimbul adalah penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan peruntukan dan pengurusan projek yang menglibatkan UMNO Bahagian tempatan.

Misalnya, Jabatan Audit Negara telah mendapati bahawa pembinaan bumbung gelanggang futsal di Pusat Khidmat Masyarakat Seputeh, Kuala Lumpur yang siap pada Dis 2007 dengan kos RM98,372 terbazir kerana kemudahan tidak digunakan dan terdapat pokok menjalar. Begitu juga dengan pembinaan tempat duduk penonton di Taman Danau Desa, di kawasan Seputeh yang siap pada Jun 2007 dengan kos RM48,960. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa ia “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula Ketua UMNO Bahagian Seputeh pada November 2008”.

Di Taman Danau Desa, Seputeh, Kuala Lumpur, didapati 3 projek iaitu membina gelanggang tertutup bernilai RM134,463, dewan orang ramai (RM130,313) dan pusat rekreasi (RM135,653) yang telah ditawarkan kepada 3 kontraktor yang berasingan pada Sep 2007 tidak dilaksanakan. Semakan Audit mendapati ketiga-tiga kontraktor tersebut telah membina satu dewan orang ramai yang bernilai RM400,429. Gelanggang tertutup dan pusat rekreasi tidak dibina. Penjelasan yang diberikan oleh PPN adalah bahawa “pergabungan ini dibuat atas permohonan Ketua Bahagian UMNO Seputeh”.

Jabatan Audit Negara juga mendapati bahawa bangunan orang ramai di Taman Sri Endah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dibina dengan harga RM98,825 dan siap pada Okt 2007 tidak digunakan. Penjelasan yang diberikan adalah bahawa kemudahan tersebut “telah digunakan sepenuhnya setelah selesai pemilihan semula ketua UMNO Bahagain Bandar Tun Razak”.

Dalam satu kes lagi, satu tempat asuhan kanak-kanak dan peralatan permainan serta kerja berkaitan di Taman Tenaga, Bandar Tun Razak telahpun siap dibina pada Okt 2007 dengan harga RM179,126. Akan tetapi, lawatan audit mendapati penggunaan bangunan ini tidak mengikut tujuan asal. Sekali lagi dalam penjelasan yang diberikan, “memandangkan saiz ruang yang sempit dan kegagalan memenuhi kriteria untuk dijadikan pusat asuhan kanak-kanak, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah menukarkan fungsi asal bangunan berkenaan...”

Kes-kes yang dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara di atas dengan secara langsung telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan kerana penggunaan wang kerajaan telah dikuasai oleh Ketua UMNO bahagian tempatan yang tidak mempunyai sebarang berkedudukan dalam pengurusan kerajaan.

Ini juga membuktikan apa yang dinafikan selama ini, iaitu peruntukan kawasan parlimen yang tidak diwakili oleh ahli Barisan Nasional adalah dikuasai oleh Ketua UMNO Bahagian dan Kerajaan Barisan Nasional telah mempergunakan wang rakyat untuk kepentingan UMNO.

Pemeriksaan Audit juga telah mengemukakan banyak lagi kes-kes projek yang ditukar skop serta-merta tanpa kelulusan, projek yang lewat disiap, pembiayaan yang melebihi peruntukan dan kemudahan yang tidak digunakan. Kes-kes ini yang berlaku dengan begitu kerap telah menimbulkan kecurigaan terhadap pegawai-pegawai PPN dan juga peranan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional tempatan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat kesemua kes beratus-ratus ribu ringgit yang telah dikemukakan oleh Jabatan Audit Negara dengan bukti yang cukup kukuh dengan secepat mungkin, dan bukan sebaliknya membuang masa dengan “fishing expedition” secara buta-buta terhadap wakil rakyat Pakatan Rakyat tanpa sebarang asas mengenai isu peruntukan kawasan.

Jika Datuk Seri Najib Abdul Razak benar-benar iklas dengan seruannya di mana “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”, kes-kes yang dikemukakan mestilah disiasat dengan sepenuhnya dan amalan penyalahgunaan kuasa UMNO ini mestilah dihentikan serta-merta.

11 comments:

Anonymous said...

I am from Seputeh area, really goads me when I read this because my family including my uncles, aunts, cousins, niece, nephews (about 30-40), living in this area, keep looking for places to exercise and just get together, have events. The place is so overbuilt and traffic is horrendous, you can't take morning walks or evening runs anymore except Sunday morning.

I just came back from Singapore and stayed with family members in old Tiong Baru area which the main city is creeping into AND yet still I can find public space to walk, exercise in overcrowded Singapore and even a great public library, public pools, even a community theatre.. I went to Lavender which is close to 'Thai-town' and industrial warehouuses of Jalan Besar and still have same the public facilities.

KoSong Cafe said...

This is testimony to 1Malaysia concept a la Najib, and we are expected to stomach it.

Just hope the voters can see through the blatant unfairness of it all under our present system of administration.

Getting tired of the charade paraded, also tired of criticizing the same old over so many years.

Anonymous said...

Dear YB Tony

Apologies for going off-topic.
I've come up with the following for you and your blog readers to consider:

BRAINSTORMING FOR MALAYSIA

Malaysia establishes a National Health Service (like the NHS in the United Kingdom)

Malaysia starts a programme of “Healthy Cities” and “Healthy Communities”

Malaysia introduces a programme to “green” its cities and towns
Malaysia introduces a system of “fair price shops” to sell affordable basic foods to poor people (like in Kerala, India)

Malaysia nationalizes its water, power and sanitation companies

Malaysia introduces a Finland-style system of primary and secondary education

Malaysia introduces a U.S.-style system of higher education

Malaysia introduces a German-style apprentice system for low academic achievers

Malaysia gives monthly child support payments to families with newborn children (for 3 years after birth)

Malaysia introduces a Minimum Wage

Malaysia introduces Affirmative Action for the poor of all ethnic groups

Malaysia outlaws all forms of discrimination on the basis of ethnicity, gender, age, religion, disability

Malaysia introduces a Singapore-style public housing programme

Malaysia introduces a system of Unemployment Compensation

Malaysia abolishes its army and replaces it with a National Police (like Costa Rica)

Malaysia changes its transport policy to encourage walking, biking and public transport

Malaysia raises road tax for private motor vehicles and uses the funds generated to finance public transport

Malaysia builds a bullet train system to link Penang and Johor Baru

Malaysia changes its electoral system to a “proportional representation” system (like New Zealand)

Malaysia abolishes laws such as the Internal Security Act that allow detention without trial

Malaysia invites foreign observers (foreign poll watchers) for all elections

Phua Kai Lit, PhD FLMI (October 2009)

Anonymous said...

Tony,are you sure you want to expose this scandal? Don't play a fool.I think you better retract and apologise to these warlords otherwise you can end up like Ong Kee Tat(made a fallguy by unseen hands).Just say that the press misquoted you,a proven effective acceptable excuse.

Anonymous said...

All you have to do is Dream....

Even there is one or two investigations itu pun wayang kulit.

Lutau watau samesame tau.

Harris Nasril said...

nice one tony!keep itup!

Anonymous said...

Saya percaya kalau setiap anggota masyarakat yang hampir dengan setiap ahli parlimen UMNO atau yang mengetahui mengenai cara mereka menggunakan pembahagian peruntukan itu bangun mendedahkan kepincangan yang berlaku, nescaya ramai akan masuk penjara.
Anda lihat saja rumah2 ketua bahagian UMNO, kereta2 mewah mereka, hebat2 belaka.
Dari manakah mereka mendapat sumber kewangan sehingga kehidupan harian mereka berubah begitu ketara sekali, kalau tidak daripada peruntukan itu???

ARENWARIAH said...

Well done Mr Tony!
Sejak dulu siapa yang bawa budaya rasuah aka kowtim'. Baru sekarang kata rasuah salah? sejak dulu siapa bawa masuk candu/dadah musuh no 1 Malaysia? Sejak dulu siapa bawa masuk budaya gangsterism/perkauman? Sejak dulu siapa banyak bantu perjuangan komunis?'Siapa majukan indutri cetak rompak? Siapa yang majukan industri along? Siapa majukan industri perjudian?
So bina bangunan tapi tak guna elok dari bawa masuk, edar dadah bagi orang mati! Don't be sellfish! U have gud brain, gud source but talk cock in ur writting.

Anonymous said...

When I first started to work I had already read in then NST those auditors reports year in year out about the abuses and corruption in so many government agencies.Nothing happened,nobody was charged.A few years time I'm retiring and I still read about auditors reports screaming about these fund abuses.Very likely nobody will be charged too,the opposition can complain until the cows come home..The ONLY solution to this problem is that we all EMBRACE CORRUPTION so that the auditors report be made redundant and fire that nosey guy.What do you think Tony,is this a good idea?

Anonymous said...

YB,

You wrote about Iskandar Malaysia more than 1 year ago(..nothing happen).

Todate, they claimed they had spent billions of ringgit(much more than PKFZ), but nothing is on the ground (yet nobody make any noise, comment or complaint)

So..this MACC stuff..well..nothing going to happen.

People Power said...

No need to talk so much lah! You think MACC will take action? Even if they take action,it is only for show or they will take their own sweet time!Just be patient, and come GE13,we will give alternative government a chance and revamp MACC and haul those buggers up!Hidup Rakyat Malaysia!