Tuesday, September 29, 2009

Parliamentary Questions 2009 (III)

Here's my set of 15 questions for the upcoming parliamentary session starting 19 October 2009. I haven't posted all the answers to the previous set up here yet. Will do so soon! ;-)

Parliamentary Questions for 2009 Session III

Soalan Jawapan Lisan

1.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan

(a)siapakah ahli pasukan petugas khas yang diketuai oleh Tan Sri Sidek Hassan, untuk menyiasat skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang

(b)bila dan adakah hasil siasatan akan diumumkan ataupun diklasifikasi sebagai OSA?

(21 Oktober 2009)

2.Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan adakah ianya benar bahawa syarikat-syarikat stesen minyak tidak dibenarkan menjual petrol dengan harga yang lebih rendah daripada harga yang ditentukan oleh kerajaan, dan apa sebabnya.

3.Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan subsidi yang diberikan, ataupun cukai yang dikutip daripada pengguna untuk setiap liter petrol yang dijual, termasuk jenis RON98, RON95 dan diesel jika minyak mentah pasaran antarabangsa berharga US$60, US$70, US$80 dan US$100 mengikut kadar permintaan terkini.

4.Tony Pua meminta Menteri Pelajaran menyatakan sebab-sebab sekolah-sekolah, terutamanya di bandar-bandar, di mana pihak ibubapa bersetuju dan meminta supaya dasar PPSMI diteruskan, tidak dapat diberikan peluang untuk berbuat begitu.

5.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci, dasar biasiswa 1Malaysia yang mengikut prinsip meritokrasi termasuklah jumlah biasiswa yang ditawarkan, kriteria pemilihan dan perbezaannya dengan dasar biasiswa JPA sebelum ini yang juga mempunyai kuota biasiswa yang berdasarkan meritokrasi.

6.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan kerja-kerja dan pencapaian Suruhanjaya Pengangkutan Awan yang diumumkan sejak Jun 2008 dan kedudukan langkah-langkah yang telah dicadangkan oleh suruhanjaya ini untuk menaiktarafkan tahap sistem pengangkutan awam.

7.Tony Pua meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kedudukan projek “MyBrain15” di bawah konsep Universiti Apex, termasuklah jumlah peningkatan graduan berkelayakan kedoktoran (PhD) sejak 2007.

8.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab-sebab kakitangan kesihatan awam tidak diberikan peluang “undian pos” seperti askar dan polis, sekiranya dasar “undian pos” terus dikekalkan.

9.Tony Pua meminta Menteri Kerja Raya menyatakan

(a)jumlah pemegang kad Touch'n'Go yang berlayak untuk menikmati diskaun 20% kadar toll, jumlah nilainya berbanding jumlah yang telah dibayar pada setiap bulan sejak skim ini dilaksanakan

(b)siapakah yang membiayai kos diskaun yang diberikan kepada pengguna

(14 Disember 2009)

10.Tony Pua meminta Minta Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan mennyatakan pendirian kerajaan terhadap polisi 'Network Neutrality' untuk servis Internet di Malaysia dan sebab-sebab pendirian sebegitu?


Soalan Bertulis

11.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci jadual pengutipan cukai pendapatan individu dan syarikat/perbadanan mengikut negeri, berbanding denganperuntukan kerajaan persekutuan kepada setiap negeri pada setiap tahun sejak tahun 2000.

12.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci dengan jadual, jumlah pekerja Malaysia mengikut taraf pendapatan bawah RM1,000, antara RM1,000 dan RM2,000, antara RM2,000 dan RM3,000, dan setiap ribu yang berikutan sehingga RM10,000; ataupun mengikut kadar pendapatan yang sedia ada dalam kementerian.

13.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan dengan jadual, berapa ramai Pegawai Tadbir dan Dipomatik (M41) yang direkrut dan antaranya berapa ramai merupakan pemegang biasiswa JPA pada setiap tahun sejak 2000.

14.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan dengan jadual, jumlah penerima pelbagai skim biasiswa JPA ijazah muda luar negeri mengikut jumlah 'A1' yang dicapai dalam keputusan SPM bagi setiap tahun dari 2005 ke 2009. Misalnya, 13A1 10 penerima biasiswa, 12A1 25 penerima dan seterusnya.

15.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan:

(a)senarai projek sistem pengangkutan yang akan dilaksanakan bawah peruntukan sebanyak RM35 bilion dari tahun 2009 sehingga 2014, dan anggaran kos untuk setiap projek

(b)peruntukan pengangkutan awan setiap tahun dari tahun 2009 sehingga 2014 mengikut jumlah RM35 bilion.

5 comments:

Anonymous said...

Don't forget to ask, on what merit TS Sidek. a civil servant who spent his time in the USA doing nothing and make it to be KSN and what reason that justify his extension as KSN. Aiya YB... how to progress people like Sidek also can become KSN and can you also remind the Penang PKR youth leader to forget all this issue of rotation as raised in Jeff Ooi's blog, Don't you think PAKATAN believes in merit and the best man for the job!!!!!????? aiyaaa YB, I am beginning to think ...sicko.!!! Maybe no need to ask Question in next Parliamentary session, nothing happen ma.... as the UMNO PM of Mat Monggol just remain unperturbed and continues his agenda destroying the nation. Just imagine with the hue and cry on the issue of Eurocopter but the main culprit behind all the manuever of trying to cheat the rakyat was promoted to be the Chief of Defence Forces. So don't you see PM agenda ma..... sicko.
Let me tell you UMNO is using the general to campaign in the army camp in PD and the ball has started to roll with Panglima Tentera Darat in his recent buka Puasa at the camp.!!!! aiya...YB how to win......sicko....... don't want to talk la YB or else Hassan Ali will be confused forever.......
Aiyaaaa YB ..... and now I am confuse and I think many more outside there.......are alo confuse ......

WY said...

Dear Tony,

Can you raise the question on How the rm11 billion sovereign fund set up to govern Terrenganu oil money under Terrenganu Investment Authority - is now called 1 Malayia Development Fund Berhad, effectively under the federal control?

I smell rats..such a big decision - all it takes is a statement from the Prime Minister's department? WHat's the use of the Parliament then??

Background:
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/7/22/business/4364674&sec=business

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/10/1/business/4814837&sec=business

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/12/18/business/2824833&sec=business

jozsurf said...

I wonder if the ministers have ever been asked if any of them send their children to our local universities (or would that be considered petty ;-)

Anonymous said...

All I ask is.....

What's the breakdown of tax payers money used & spent on goverment's "spending" spree...????

Thank u...

Anonymous said...

Dear Sir,

I've tried two times to donate online to DAP but the process always failed. Is there any other ways for me to donate?

Thanks
Anak MAlaysia