Wednesday, September 23, 2009

Rumah Terbuka Kebangsaan Hari Raya Aidilfitri DAP

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan DAP,

Parti Tindakan Demokratik (DAP) menjemput semua lapisan masyarakat ke majlis Rumah Terbuka Kebangsaan DAP sempena sambutan Aidilfitri pada 27hb September 2009 (Ahad) dari jam 11.30 pagi hingga jam 2 petang, bertempat di Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Selangor.

Para tetamu turut berpeluang beramah mesra dengan saf pimpinan DAP selain menikmati juadah Hari Raya.

Majlis ini juga akan dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

DAP dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengalu-alukan kehadiran anda bersama-sama keluarga anda untuk meraikan perayaan Aidilfitri dengan penuh makna dan kemeriahan.

Maklumat Lanjut Rumah Terbuka Kebangsaan Hari Raya DAP

Tempat: Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Jalan Kuari, Selangor
Tarikh : 27hb September 2009, Ahad
Masa : 11.30 pg - 2.00 ptg
Facebook : http://www.facebook.com/event.php?eid=137726960898

Rujukan Lokasi dan Peta :
Peta : http://dapmalaysia.org/newenglish/images/RayaMap.JPG
Google Maps : http://locationmap.org/DAPRayaOpenHouse
Waypoint (untuk GPS) : N3 06.512 E101 45.078

Sebarang pertanyaan, sila hubungi dap@dapmalaysia.org atau
03-42951267, 016-2781190 atau 012-2468539.

Sekian terima kasih.

DAP Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

Selamat hari Raya YB.
Kita mesti hapuskan BN/UMNO for CHANGE. That is all I want in my life as for now, nothing else.

Anonymous said...

saya harap ada rendang daging dan ketupat