Thursday, November 20, 2008

Taxi!

I've written a few times on public transportation in this country, but one of the issues which I'm extremely concerned about but have not really delve into is the issue of taxis in Malaysia.

I had the opportunity, and was in time (after being released from my arrest) to pose my question in Parliament during the oral question and answer session to the Minister of Entrepreneurship Development and Cooperatives (MEDC) on Monday last week on the state of affairs of the taxi system in the country at this point of time.
[PETALING JAYA UTARA] minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan sebab kegagalan kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi, terutamanya di bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru dan juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti Perhentian Bas Pudu Raya dan KL Sentral.
His response was the lengthiest I've received on the issue, as is also available from the Hansard here (pages 2-5).
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi [Dato’ Haji Noh bin Haji Omar]: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kegagalan kerajaan melaksanakan dan menguatkuasakan kegunaan sistem tambang bermeter untuk perkhidmatan teksi terutamanya di bandar-bandar pelancongan seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor Bahru dan juga tempat tertentu di Lembah Klang seperti Perhentian Bas Pudu Raya dan KL Sentral adalah disebabkan perkara-perkara seperti berikut:

(i) sikap pemandu yang berasa mereka mempunyai pilihan untuk mengaut keuntungan dalam jangka masa pendek tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang di mana kemungkinan pemilik lesen dikenakan tindakan gantung atau batal lesen sekiranya sabit kesalahan hasil aduan atau tangkapan penguat kuasa LPKP atau JPJ;

(ii) sikap penumpang yang masih mempunyai persepsi yang kurang tepat tentang konsep menggunakan khidmat teksi di mana penumpang masih bertanyakan pemandu tentang harga tambang dan lokasi, sedangkan mereka sepatutnya hanya perlu terus masuk ke dalam teksi dan meminta pemandu ke destinasi yang diingini; dan

(iii) sikap pengadu yang kurang memberi kerjasama dalam menyampaikan maklumat secara lengkap untuk laporan terperinci disediakan serta mengelak untuk menjadi saksi atas kesalahan melibatkan pemandu.

Walau bagaimanapun, pihak kementerian serta agensi-agensi penguat kuasa lain terus
menguatkuasakan sistem tambang bermeter melalui:

(i) operasi harian dan berkala di kawasan zon teksi dengan mengambil tindakan terhadap teksi yang terbabit oleh LPKP; dan

(ii) operasi penyamaran dengan menaiki teksi bagi memastikan pemandu menggunakan meter oleh JPJ.

Secara keseluruhannya bagi tempoh Januari hingga Jun 2008 sebanyak 1,298 kes
tangkapan dibuat untuk pelbagai jenis kesalahan melibatkan teksi di Semenanjung Malaysia oleh LPKP. Daripada jumlah ini sebanyak 771 kes atau 60% merupakan kes tangkapan terhadap kesalahan enggan menggunakan meter. Terima kasih.
It was lengthy but it still did not really answer the question as to why it's happening today. Hence in my supplementary question, I wanted to push my point that the Ministry has failed after all these years, and a new paradigm is required to resolve this issue:
[Petaling Jaya Utara]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Masalah ini adalah satu masalah yang agak lama sejak saya pertama kali datang ke Kuala Lumpur 20 tahun yang lalu. Pertama kali datang kena tipu oleh pihak polis - pihak polis pulak - pihak pemandu teksi dengan harga yang mahal. [Ketawa]

Tahun ini juga saya melancong ke Pulau Pinang, perjalanan yang agak pendek dari KOMTAR ke Padang Brown yang memakan masa tidak melebihi 5 minit pun kena RM10 juga. Masalah ini sudah lama. Kenapa sampai sekarang ini belum lagi dapat selesai? 
Kenapa bila saya pergi ke negara lain walaupun bukannya negara maju seperti Singapore dan Hong Kong, pergi Thailand, pergi Vietnam, pergi Jakarta, semua pakai meter. Semua dapat pakai meter.
Timbalan Yang di-Pertua: Baik, Yang Berhormat. Soalan, Yang Berhormat.

[Petaling Jaya Utara]: Soalan saya, berapa antara yang ditangkap kerana tidak menggunakan meter telah pun digantung lesennya. Adakah kementerian terlalu lenient terhadap pemandu-pemandu teksi yang tidak mengikut peraturan dan adakah kementerian benar-benar berhasrat untuk menghapuskan masalah ini? Kalau tidak, adakah ianya lebih baik jika tugas ini diserahkan kepada...

[Batu Pahat]: Panjang sangat itu.

[Petaling Jaya Utara]: ...Kementerian Pengangkutan dan kalau tidak, boleh jadi tugas ini boleh diserahkan kepada kuasa negeri-negeri untuk menyelesaikan masalah ini.

Dato’ Dr. Mohamad Shahrum bin Osman [Lipis]: Patutlah kena pukul oleh polis.
Note the interjection by LIPIS displays the standard of government backbenchers you have in Parliament. The Minister's reply was as follows, and the little pandemonium in between:
Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Terima kasih Yang Berhormat. Seperti mana saya nyatakan tadi ada tiga sebab mengapa kita sukar mengambil tindakan. Salah satu sebabnya seperti Yang Berhormatlah, saya ingat. Ini masuk kategori yang ketiga iaitu sikap pengadu yang tidak memberikan kerjasama. Kalau Yang Berhormat sudah naik kereta teksi di Pulau Pinang, sepatutnya Yang Berhormat ambillah dia punya nombor – ambil nombor, ambil nama, beritahu jam pukul berapa – hantar kepada saya. Saya janji saya mesti ambil tindakan. Kita boleh gantung dan kita boleh batalkan. Tindakan kita sudah ambil.

Saya sudah kata tadi bahawa setengah daripada tangkapan yang kita buat, 771 kes kita telah ambil tindakan kerana tidak menggunakan meter dan soalan Yang Berhormat, kita di...

[Petaling Jaya Utara]: Ada digantung tidak?

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Sabarlah. Itu yang polis pukul itu, belum habis jawab lagi sudah bangun. [Disorak]

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Apa ini cheap shotlah. What a cheap shot.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Menteri...

Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Padan kena pukul.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Yang Berhormat...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Apa ini?

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: ...Yang Berhormat, patut Yang Berhormat nasihat dia. Ini my floor. Saya belum habis jawab lagi.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini jawab takutkah?

Dr. Dzulkefly Ahmad [Kuala Selangor]: Tak betul, tak betul.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: We must understand.

Dato’ Haji Lilah bin Yasin [Jempol]: Orang jahat mesti kena pukul. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Baik Yang
Berhormat.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: We must understand the trouble went through.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai, Yang Berhormat Ipoh Barat minta tolong. Yang Berhormat Menteri jawab teruskanlah.

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Bukan understand. Sama-samalah kena understand. Janganlah suruh kerajaan sahaja faham, pembangkang tak nak faham. Sama-sama kena faham. Bagi saya habis dahulu.

[...]

Dato’ Haji Noh bin Haji Omar: Tindakan yang telah kita ambil ialah sebanyak 1,173 iaitu, kita sudah beri amaran - 80, kita gantung – 23, kita batalkan lesen – 700 dan kita kompaun – 1,063. Bermakna tindakan telah diambil. Akan tetapi saya percaya Tuan Yang di-Pertua, kalau ramai lagi pengguna-pengguna teksi tampil ke hadapan memberikan maklumat lebih terperinci, kita akan mengambil tindakan yang lebih tegas. Terima kasih.
There's plenty more to say here, but this post is long enough, so I'll leave the readers to make their comments first and make my comments later. Suffice it to say, there's still plenty of question marks, and placing the onus on the MP to report any intransigent taxi drivers to solve the problems is just a non-starter.  Of course, the "kena pukul" pandemonium provided the unnecessary distraction. ;-)
Post a Comment