However, as the Speaker was clearly giving leeway for MPs to speak on this Education debate, and the fact that many MPs were absent (probably in Permatang Pauh), I decided sort of last minute to participate in this debate as well and managed to get my voice heard earlier in the afternoon.
The key amendment was really the "upgrade" of the status of teacher training "colleges" into teacher training "institutes". Graduates from the institute will then be awarded degrees instead of the current diplomas. The Deputy Minister of Education said that this is part of the overall programme to raise the quality of teachers. Hence teachers became my main topic of debate during the speech, provided below. Apologies however for the many simple language errors below, as I wrote it in a hurry, and it served more as a guide than an actual script during my speech.
Parts of the debate was quite lively especially when I started discussing the standard of English (and other subjects like Mathematics and Science) in Malaysian schools. I'll see what I can dig out from the transcripts from the Hansard later.
Terima kasih kepada Tuan Yang Di-Pertua yang memberi peluang kepada saya untuk sama berbasas suatu Akta untuk meminda Akta Pendidikan 1996 ini.
Antara punca pindaan yang terpenting sekali dalam akta ini adalah penukaran sesebuah Maktab pendidikan guru kepada sebuah “institusi pendidikan guru”, dan pada masa yang sama, graduan daripada maktab ataupun institusi ini akan bertaraf ijazah dan bukannya diploma.
Saya memang tidak membantah pindaan akta ini. Akan tetapi pindaan ini tidak akan dapat meningkatkan qualiti bidang perguruan di Malaysia dengan sebegitu sahaja. Penukaran takrif ini merupakan satu penukaran “form” ataupun penamaan sahaja dan bukannya satu rombakan yang bersubstance.
Penukaran status “maktab” ke “institutsi” tidak akan membawa apa-apa manfaat jikalau tidak disampingi oleh rombakan yang lebih penting. Jika rombakan asas ini tidak dilaksanakan, kita tukar nama maktab kepada universiti pun sia-sia sahaja.
Tahniah dihulurkan kepada pengurusan Maktab perguruan kerana mencapai tahap ISO9001 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Menteri dalam ucapannya. Akan tetapi, tahap ini adalah hanya menilaikan sistem proses dan dokumentasi sahaja dan bukannya menilaikan taraf mutu ataupun kandungan pendidikan. Yang Berhormat akan mendapati bahawa, universiti-universiti terkemuka di dunia langsung tidak membelanjakan berpuluh-puluh ribu untuk mendapatkan ISO ini. Sebabnya jelas, ISO ini tidak dapat menilaikan taraf intellectual ataupun kemantapan fikiran pihak perguruan dan akademik.
Tuan Yang Di-Pertua, ada 2 masalah yang penting yang Kementerian mesti selesaikan sebelum kualiti maktab dapat dipertingkatkan untuk berhak digelar sebagai “institusi”.
Pertama sekali, kementerian perlu meningkatkan qualiti pelajar ataupun siswazah yang diterima ke dalam kursus perguruan. Buat masa ini, Kementerian ditanggap sebagai mementingkan kuantiti ke atas qualiti “quantity over quality”. Repot-repot yang diterbitkan selalunya meraikan pencapaian maktab-maktab mengikut jumlah “graduan” dari maktab dan bukannya qualiti graduan yang dikeluarkan.
Saya sebagai wakil rakyat telah menerima pelbagai aduan mengenai mutu pendidikan di sekolah-sekolah kita di mana guru-guru mengajar fakta-fakta yang salah ataupun tidak tepat. Saya juga menerima aduan mengenai ibubapa yang sering kena membetulkan ajaran guru di sekolah, terutamanya dalam bidang bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. “Saya pergi sekolah” telahpun menjadi “I go school”. Ataupun apakah “prestasi” dalam Bahasa Inggeris? “Prestation”(!?)
Menurut pengalaman New Straits Times punya Deputy group editor-in-chief yang lalu, Datuk Hishamuddin Aun, dalam satu temuduga dengan seorang calon wartawan:
Hisham: How many are there in your family?Habis-lah. Walaupun contoh yang diberi tadi adalah sedikit lucu, akan tetapi, ianya menunjuk dengan jelas kelemahan yang serius dalam qualiti perguruan pada masa ini, terutamanya di antara guru-guru yang lebih muda.
Calon: I number three.
Hisham: What does your father do?
Calon: Father die already.
Hisham: What does your mother do?
Calon: Mother not yet die.
Malah, dari segi kelakuan, disiplin dan tatatertib seorang guru pun, terdapat banyak aduan. Kami baru sahaja mendengar aduan di mana seorang guru di Telok Panglima Garang menghina dan mempertikaikan kaum India dengan perkataan yang kasar dan racist, ataupun bersifat perkauman yang negatif.
Selain daripada dialih ke kementerian untuk membuat kerja administratif, seperti yang dilaporkan dalam suratkhabar semalam, apakah tindakan yang akan diambil supaya perkara ini tidak akan terjadi sekali lagi?
Di kawasan saya sendiri, terdapat banyak perasaan ketidak puasan terhadap pihak gurubesar ataupun guru menghalang aktiviti budaya kaum minoriti seperti tarian singa dan penubuhan persatuan agama seperti “Christian fellowship group”. Adakah pihak perguruan diberikan pengajaran dan taklimat mengenai kepentingan mempertahankan budaya berbilang bangsa di Malaysia, yang menjadi satu ciri yang amat membanggakan? Adakah pelajar Maktab Perguruan diuji supaya tidak mempunyai sifat perkauman yang negatif?
Kementerian hendaklah mencuba seboleh mungkin untuk menarik bakal pendidik yang cukup berkualiti ke dalam bidang perguruan, dan bukan seperti yang dihujahkan oleh Yang Berhormat Kubang Kerian semalam di mana bidang perguruan telah menjadi “employment of the last resort” bagi siswazah yang mengganggur. Kalau bakat rekruit kurang berkualiti, adalah tidak memeranjatkan jika kualiti guru yang dihasilkan tidak memuaskan. Simpulan bahasa Inggeris ada berkata “rubbish in, rubbish out”.
Oleh itu, saya harap Kementerian akan mengaji semula skala gaji guru-guru Malaysia supaya bakal calon yang lebih cemerlang akan tertarik untuk masuk dalam bidang yang mulia ini.
Negara jiran di selatan Selat Johor mempunyai satu sistem pendidikan yang diakui bertaraf dunia. Malah Menteri Pendidikan pun pernah mengunjungi sekolah-sekolah di sana untuk mencari resipi kejayaan. Antara satu faktor yang penting sekali ialah bayaran gaji guru yang bermula sebanyak 2,800 dolar Singapura bagi siswazah untuk menarik bakat perguruan yang cemerlang. Ini merupakan gaji “above market rate”.
Manakala di Malaysia, kita bayar gaji bawah kadar pasaran. Kalau begitu, macamana kita dapat menarik bakat cermerlang untuk masuk bidang perguruan? Sebaliknya, ramai siswazah cemerlang berhijrah bukan sahaja ke Singapura, tetapi juga ke negara lain untuk menyertai bidang perguruan dan akademik.
Golongan polis dan askar telahpun mendapat peningkat gaji yang lebih sebanyak 20% ke atas peningkatan sebanyak 40% yang diberikan kepada pekerja perkhidmatan awam. Saya harap demi kepentingan masa depan orang muda di Malaysia, kerajaan akan mengambil kesempatan dalam belanjawan yang akan datang untuk meningkatkan gaji pihak guru-guru sekurang-kurangnya 20% untuk menjadikan bidang perguruan, satu bidang yang menarik.
Pendekatan ini juga akan mengurangkan beban seorang guru yang pada masa ini sering bergantung kepada rezeki pengajaran tuisyen untuk menampung kehidupan mereka. Saya selalu dengar kes di mana seseorang guru akan enggan menghabiskan sukatan pelajaran dalam sekolah supaya pelajar terpaksa mengambil tuisyen bersama guru tersebut. Pada masa yang sama, ramai yang mengambil tuisyen akan mendapat petunjuk kepada topik yang akan diperiksa, dan kadangkala soalan yang akan dikemukakan dalam peperiksaan akan diberi secara langsung!
Jika pihak perguruan dapat menerima gaji yang lebih, Kementerian juga dapat mengetatkan penguatkuasaan terhadap pihak guru yang tidak mematuhi syarat-syarat pekerjaan.
Apakah cara yang mudah sekali untuk meningkatkan bakat calon yang menyertai bidang perguruan? Semasa saya menjadi pengurus syarikat saya sendiri, saya selalu bertemuduga dengan siswazah yang baru selesai pengajian yang ditaja oleh kerajaan. Akan tetapi ramai siswazah ini yang mempunyai pencapaian cemerlang tidak menerima apa-apa tawaran pekerjaan daripada kerajaan. Selepas setahun siswazah ini akan dilepaskan daripada kewajipan mereka untuk berkhidmat dengan kerajaan. Sebaliknya, kita sering mendengar Menteri menyeru supaya kerajaan membekalkan kerja, termasuk dalam bidang perguruan kepada siswazah yang tidak dapat mencari kerja yang lain.
Bukankah ianya lebih bermanfaat jika pemegang biasiswa JPA ini terus ditawar pekerjaan dalam bidang perguruan yang semestinya akan meningkatkan mutu pengajaran di sekolah kita. Ramai antara rakan universiti saya di Oxford yang ditaja oleh kerajaan Singapura telahpun berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah dan maktab rendah di sana. Janganlah kerajaan Malaysia membazirkan peluang emas untuk memperkukuhkan mutu perguruan di Malaysia dalam masa yang singkat.
Tuan Yang Di-Pertua, peningkatkan bakat calon yang diterima ke dalam maktab perguruan adalah faktor kepentingan yang pertama. Yang kedua, selepas bakat ini diterima, perlulah mereka diberi latihan yang cukup “rigourous” dan berstandard.
Kualiti para pensyarah di maktab-maktab guru ini perlu dipertingkatkan, terutamanya selepas maktab-maktab ini dinaiktarafkan sebagai institusi. Apakah kriteria yang digunakan untuk perlantikan pensyarah di maktab ini. Pensyarah dalam institusi-institusi ini perlulah sekurang-kurangnya mendapat kelulusan “Masters” daripada universiti yang terkemuka dan bukannya universiti daripada negara yang kurang maju.
Oleh kerana institusi pengajian tinggi di Malaysia telah berkembang dengan sengit sekali sejak tahun 1990-an, negara kita sebenarnya menghadapi kekurangan pensyarah dan akademik yang berkeupayaan dan berpengalaman. Akan tetapi jika pasaran tenaga buruh negara kita terlalu ketat, kita perlu menjemput pensyarah yang berkeupayaan dan berpengalaman daripada negara yang maju untuk berkhidmat dalam universiti tempatan, terutamanya dalam maktab perguruan dan dalam bidang seperti bahasa inggeris, matematik dan sains.
Hanya dengan mutu yang mencukupi, dapatlah pelajar perguruan kita dapat memenuhi dan mencapai tahap kebolehan mereka. Kalau sesesiapa dapat meningkatkan mutu pengajaran dalam maktab perguruan kita, kita tidak patut kesah mengenai bangsa, agama ataupun kewarganegaraan mereka. Kita tidak perlu bimbang kerana ini merupakan satu langkah jangka pendek sahaja untuk “jumpstart” kualiti pendidikan di Malaysia supaya generasi muda hari ini akan mencapai potensi mereka dengan sepenuhnya.
Dengan pelajar maktab perguruan yang berbakat tinggi, bersama dengan pensyarah yang benar-benar berkeupayaan dan berpengalaman, barulah kita dapat membina satu kelas profesion perguruan bermutu yang dapat membimbing anak muda Malaysia untuk mengatasi cabaran sengit globalisasi yang akan ditempuhi.
7 comments:
Dear YB Tony,
I'm really shocked by the proposal of the ministry of education to upgrade the standard of teaching power in Mal. It's yet another 'great' idea to produce more 'competent' graduates after promoting all the university colleges to the status of university last year(correct me if i'm wrong).
I think the idea of absorbing those JPA scholars into the teaching force is marvelous as they certainly have the responsibility to serve the country and it will be an honor to them as teaching is truly a noble career, taking US as example. It has been a saying that government is actually pouring tonnes of money into the salty sea water for those JPA scholars and we can prove them wrong by doing so.
Yet, for the argument of our teachers are paid below market rate, I don't really agree. Maybe it's true when they are still under probation. But for the secondary school teachers, i think their monthly wages is around RM2500. I think it's the salary equivalent to engineers. Anyway, it's undeniably that they bare the massive work load, but it's mostly caused by the red tapes.
Besides, in order to uphold the quality of our teaching force, we need to create a better reputation of being a school teacher. So, we must protect them well from the interference of parents, unnecessary stress, irrelevant red tapes n etc.
Hi Tony,
That's an excellent speech, despite being done in near 100% of BM. Well done. :) Hopefully the govt would concentrate on issues and debate..and start making responses based on the debates...not just brushing it aside like all other time.
Hi Tony Pua,
Revamp the MoE please!
If Pakatan can gain control of Fed Gov, I suggest you take up two Ministry profolio i.e. Deputy MoE and Ministry ii - MoF
There are some studies in US looking at Singapore experience and one of the key thing they came back from was that a key part of Singapore success was that the quality of intake of teachers with comensurating higher pay was key to Singapore's educational improvement.
The problem is very universally known. Its actually very difficult to make teachers accountable for their performance which is why teachers are lowly paid i.e., a case of the system being punished for the lowest common denominator.
So the most significant way to upgrade teaching performance is at the intake, to just put high qualification and commensurate pay. It explains why private school is always better because they have higher standards and higher pay. Its still no guarantee with many flaws but it is by far the most important factor in upgrading of teacher performance...
not all UiTM students are racists
http://thedandelions.wordpress.com/2008/08/20/reconciling-being-a-uitm-student/
Tony, perhaps you should have used the NST's tv ad, when the caucasian tourist was asking for direction to National Monumen from the students, he replied, "you go straight don't belok-2...". NST being a gomen MSM is promoting learning English to students. This is a sad state of our education system.
English vs Bahasa in teaching Science & Maths
Our teachers are certainly overworked and underpaid. People are happier to join the police force than teaching. As the largest union, the NUTP does not seem to fight for higher wages, don't know why. However, with more than 100,000 teachers in the NUTP, raising teacher's wages will cost the government quite a bit especially if we want to raise them well above market rates. Not quite sure where all the money is going to come from. Higher taxes maybe?
Post a Comment