Monday, April 11, 2016

Kenyataan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Harapan mengenai Laporan PAC Terhadap 1MDB


  1. PH menyeru supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) membentangkan Laporan Ketua Audit Negara secara serta-merta kepada Parlimen.  PH percaya bahawa kalau pihak Menteri-Menteri Barisan Nasional tidak percaya 1MDB dan Dato’ Seri Najib Razak tidak bersalah, memang tiada keperluan supaya Laporan Ketua Audit Negara dirahsiakan dan disembunyikan daripada ahli-ahli Parlimen.

  2. PH mengetuk 1MDB kerana tidak memberikan kerjasama kepada Jabatan Audit Negara (JAN) dan gagal menyerahkan dokumen-dokumen penting seperti penyata bank, salinan perjanjian dan bukti pemilikan syarikat-syarikat berkenan kepadanya.

  3. PH memahami bahawa tanpa dokumen-dokumen tersebut, pihak Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan transaksi, wang tunai dan asset 1MDB sejumlah US$7 bilion yang disimpan di luar negeri.  Jumlah ini adalah termasuk US$1.03 bilion yang dibayar kepada Good Star Limited dan US$3.51 bilion yang dibayar kepada Aabar Investment PJS Limited.  Ketua Audit Negara memaklumkan bahawa beliau tidak dapat mengesahkan pemilik saham sebenar syarikat-syarikat ini.

  4. PH kecewa pihak Menteri Kewangan gagal mengarahkan 1MDB untuk bekerjasama penuh dengan JAN dan PAC.  Kegagalan tersebut telah menjadi kekangan kepada JAN dan PAC untuk menyiapkan siasatan secara menyeluruh, termasuk siasat sama ada US$681 juta yang dideposit kedalam akaun peripadi Perdana Menteri berpunca daripada 1MDB. 

  5. PH juga mendapat bahawa Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar telah memberi keterangan bahawa Kementerian Kewangan langsung tidak terlibat dalam segala keputusan dalam 1MDB dan segalanya diluluskan secara langsung oleh pihak Perdana Menteri.  Perkara ini juga telah disahkan oleh Jabatan Audit Negara bahawa Artikel 117 Lembaga Penubuhan Syarikat memberikan kuasa mutlak kepada Perdana Menteri.  Oleh sebab itu, adalah jelas bahawa Dato’ Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab kepada segala  masalah, penyalahguna kuasa dan penyelewenganyang telah berlaku dalam 1MDB.

  6. Setelah mengaji Laporan PAC dan Hansard yang dikemukakan, PH berkepastian bahawa PAC tidak pernah membincang dan membuat sebarang keputusan yangmendapati bahawa Dato’ Seri Najib Razak tidak bersalah.

  7. PH menyeru supaya pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Negara (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan terhadap Datuk Shahrol Halmi dan lain-lain yang berkaitan atas penemuan-penemuan PAC dan Ketua Audit Negara, termasuk jumlah US$7 bilion yang tidak dapat disahkan. 

No comments: