Friday, January 22, 2010

Abdullah Ahmad on "Middle Malaysia"

Tan Sri Abdullah Ahmad wrote an insightful piece on "Middle Malaysia" in Sinar Harian. I will not be surprised if the article was first rejected by the other Malay press. Excerpts are quoted as follows, and the full article's available here.


Majoriti pasif dijangka penentu PRU-13
TAN SRI ABDULLAH AHMAD

[...]

DAP, komponen Pakatan Rakyat dan pemerintah di Pulau Pinang dalam konvensyennya hujung minggu lalu di Ipoh berpendapat sebaik jalan ke Putrajaya adalah melalui ‘jalan tengah’ atau middle way. Mengikut definisi DAP, ‘jalan tengah’ bermakna Pakatan Rakyat mesti bersikap ‘sederhana, wajar, konsisten dan relevan’ pada majoriti rakyat majmuk.

Pada fikiran Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang “ jangan kita salah langkah, dasar sederhana akan menunjukkan Pakatan mana yang menang pilihan raya umum akan datang.”

Barisan Nasional (sebelum ini Perikatan hingga 1974), adalah parti yang dilihat dan dipercayai ramai sebagai sebuah parti yang sederhana sebab itulah tiap pilihan raya sejak 1950-an lagi hingga sekarang ia menang. Negeri yang ada sistem dua parti adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak. Sebelum itu Sabah.

‘Dasar sederhana’ atau middle Malaysia ala Pakatan Rakyat – yang dianggotai DAP, dulu terkenal dan tersohor sebagai parti perkauman Cina, sebuah parti chauvinis dan Pas, dulu tersohor dan ditakuti bukan Islam kerana ketaksubannya mahu menegakkan sebuah negara Islam berpandukan al-Quran, hadis dan syariah dan Parti Keadilan Rakyat termuda antara tiga – pragmatik dan menarik kerana kalau DAP dan Pas ingin ke Putrajaya mereka terpaksa bersama Keadilan dan pendekatan yang diambil oleh DAP itu amat wajar. Pendekatan kesederhanaan sepatutnya mendapat perhatian pengundi yang muhasabah. Nampaknya pilihan pengundi nanti antara dua pakatan: Pakatan lama yang teruji dan pakatan baru yang belum terbukti.

Middle Malaysia pada anggapan saya, terdiri daripada rakyat semua kaum, semua lapisan, mereka yang tidak sempit pandangan, rakyat pertengahan, tidak muda dan tidak juga tua: bukan kaya keterlaluan dan bukan juga miskin. Mereka yang mobiliti sosialnya kian meningkat. Lazimnya, dalam politik, mereka konservatif dan digelar sebagai silent majority atau majoriti yang pasif (senyap). Golongan ini berpengaruh dalam bidang ekonomi, sosial dan pendidikan.

Keseluruhan golongan ini kuat berpegang kepada pemikiran tradisional yakin mereka bermoral, bersopan, beradab, tidak suka, bahkan benci, pada mereka yang suka dan asyik berdemonstrasi dan puak ekstremis semua bangsa. Mereka ini tidak senang hati dengan puak pelampau yang mudah menimbul ketidakstabilan, mereka yang sering membangkit isu-isu yang lapuk, sensitif dan berbentuk provokasi, batu api!

Mereka juga tidak ada ideologi, selalunya mereka fleksibel dan praktikal. Mereka begitu sayangi kestabilan apa pun harganya mereka sanggup membayarnya.

[...]

Masa depan kita – suka atau duka - ialah middle of the road politics yakni politik yang sedang dan pendamai. Yang bertolak ansur dari semua puak. “Politik tolak ansur keterlaluan Tunku Abdul Rahman mengecewakan orang Melayu: beri betis mahu paha amat bencana," tegas seorang pemimpin UMNO kepada saya. “Sikap sedemikian harus dibanteras jika kita ingin mengelakkan malapetaka,” tambahnya bersungguh-sungguh.

DAP bijak mengubahkan pendekatannya, Lim menegaskan, ini tidak bermakna perjuangan tulen DAP 'Malaysian Malaysia' sudah dilupai. Mereka hanya sesuaikan dasar dengan zaman dan semangat masa kini. Politik lama mereka seperti siasah lampau Pas tidak akan membawa mereka ke Putrajaya. DAP dan Pas terus menukar pendekatan mereka kerana mahu sokongan Middle Malaysia. Satu perkara yang bijak, UMNO, MCA dan parti komponen lain BN tidak banyak berubah .Benar mereka tukar pemimpin tetapi dasar mereka terus agak sama sahaja – ada sedikit perubahan pada UMNO jika dibandingkan pada zaman si Lembab dulu dan sekarang. Dalam MIC pula tiada pembaharuan.

[...]

Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membawa beberapa pendekatan baru. Apa yang lesu dulu sudah diberi suntikan tenaga, yang buruk bertambah baik, ada pula busines as usual. Apa yang sudah dilakukan bagus tetapi jelas tidak mencukupi lagi.

Masih ramai rakyat yang ternanti-nanti dengan apa yang dijanjikan. Amat wajar projek-projek harus disegerakan pelaksanaan tanpa pula ‘cepat’ runtuh seperti yang berlaku di Terengganu. Kita mahu cepat tetapi kerja mestilah cermat dan baik.

Saya takut melihat kelakuan sesetengah pemimpin, sudah mula bercakap besar kerana ada kesulitan dan kemelut dalam PKR dan Pas. DAP agak tegap dan berdisiplin.

Percayalah mereka akan mengatasi kemelut itu. Apapun ingat: Pas, PKR dan DAP sepakat mahu menumbangkan BN. Mereka tidak mahu status quo berterusan. Kalau saya pemimpin, saya akan tumpukan masa untuk memperkemaskinikan organisasi parti, daftar pengundi baru dan perkukuhkan barisan sendiri dan memberi roh baru kepada ahli dan penyokong dengan idea baru yang boleh mendorong mereka bersemangat berkobar-kobar dan mempunyai minda yang cerah dan kukuh.

Tak payahlah suka nak jaga tepi kain musuh.Lebih baik tumpukan masa memujuk dan memikat hati orang muda yang yang minat Internet dan melayari alam siber - majoritinya kini menjauhi diri dan tidak nampak menyokong BN dan UMNO.

Pergolakan politik semasa baik di peringkat nasional, kemelut di Kelantan, Terengganu, Perak dan Selangor tiada kena-mengena dengan moral, prinsip dan idealisme. Semuanya adalah real politics, kenyataan siasah. Inilah hakikat politik kini, dulu dan akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

We are angry that the opposition did nothing about the assistance by government to the single mothers restricted only to Malays,what about the non-Malay Malaysian? Is this 1 Malaysia or 1Malay Malaysia?
Another issue is when the Government is bankrup,it squeeze from the Malaysians by the recent RPGT of 5% in perpetuity. The objective of RPGT was to curb speculation and not for revenue, but now when the Govt run out of fund, it would "steal" from the citizens which included the GST and the very high inflation rate now! Property becomes beyong affordability of the normal working class. Govt should revert to the old RPGT with 30% first 2years and so on and no RPGT after 5years for Malaysians, if it sincerely wants to curb speculation and price hike.

The other proposal is since the lifespan of average people has
shortened with the modern lifestlyes and polluted environment, people are more prone to sickness and death, so the Govt should allow people to withdraw their Acct I in EPF at age 50 as most of them would have old parents at home to feed and care as well and allow single mothers(all races) to withdraw Acct I in EPF at age 50.

Hope Opposition could put forward proposal.

The other observation is that, it looked like there are a lot of cover ups by the Govt. even in the recent church bombing, we suspect those nabbed are just to cover up the issue. How come all those cases involved with politics can be so easily solved case i.e. the culprits are usually caught within days when the Nurin case seemed impossible. We kind of lost confidence and trust.What do you think, YB?

Anonymous said...

One of the greatest injustice is the success of the ultras in painting Tunku as 'terlalu sederhana' and too accomodating to MCA and MIC. It speaks volume of the perversion of history to pain Tunku as being too soft with the non-Malays and not helping the Malays enough.

Tunku gave the thought of NEP carefully and in the end, he chose to believe that Malays did not need it and it would be better in the long run if they did not need it. He still believed it until the day he died.

The idea that Tunku did not favour the Malays enough is also ridiculous. I was young but I remember him saying talking about so many Malay ultras who was given projects after projects and they still failed. The one thing Tunku would not do was break the law and the ultras wanted to confiscate Chinese businesses or forced them to hand over equity for free. Tunku did fight them on it again and again. Even placating them with money or projects when they were told to back off..

In fact Tunku was the first to criticize the Alibaba system - a term coined in his time, not others.

Frankly, if I were to look down on the Malay race, it would be because they have painted someone who loved them so much so badly..