Sunday, January 24, 2010

Malaysia Pertengahan: Utusan Threatened?

Utusan Malaysia must be feeling the heat. The UMNO owned paper has been at the forefront of extremist views in Malaysia, to stir communal sentiments and create the atmosphere of tension and intolerance in the country. While other mainstream newspapers are forced to be put on a tight leash, Utusan gets complete freedom to defame, outrage and promote its views on racial supremacy.

But our shifting the debate to "Middle Malaysia" must have spooked Utusan, to the extent that it feels sufficiently threatened to actually dedicate a column by 'Awang Selamat' to DAP, entitled "Melayu sokong DAP?" In the years past, we wouldn't have expected Utusan to have paid that much attention to DAP, so I must say we must be doing something right. ;-)
... Ada yang menyatakan Middle Malaysia mempunyai agenda rasis. Menurut satu tulisan: “Sekiranya diterjemahkan Middle Malaysia ke dalam bahasa Mandarin, ia membawa maksud tersirat ‘Malaysia untuk kaum Cina’. Ini boleh ditafsirkan kaum Cina mahu menjadi ‘tauke Malaysia’ kerana Chung adalah sinonim dengan ‘Penguasa Cina’ di Malaysia.”

Awang tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Namun tanpa hujah seperti itu pun, Awang memang tidak mempercayai DAP. Jika DAP benar-benar menjadi parti untuk semua kaum, Awang tidak akan mempersoalkannya tetapi itu semua hanya pembohongan dan tipu daya. Banyak tindak tanduk parti itu membahayakan asas kenegaraan kita, ia umpama musuh dalam selimut.

Tindak-tanduk DAP menyerang secara konsisten agensi awam di bawah kepimpinan Melayu seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), institusi perundangan Islam dan banyak lagi, menyerlahkan lagi belang parti itu.

Sikap keterlaluan DAP memanipulasi isu yang membakar sentimen bukan Melayu juga tidak boleh diterima. Lihat sahaja isu kematian Teoh Beng Hock, penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja Katholik dan kejadian gereja dibakar, amat tidak bertanggungjawab.

Pada Awang, DAP adalah parti paling ekstrem, yang berselindung di sebalik nama demokratik tetapi agendanya ultra Cina. Selagi parti itu tidak komited untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan negara, selagi itu Awang tidak akan terpengaruh biarpun pemimpinnya memetik ayat al-Quran dan hadis. Biarlah Melayu yang tidak sedar diri dan yang punya agenda peribadi dipergunakan oleh DAP. Awang bukan jenis itu.
Below are excerpts from a commentary written by our MP for Rasah as well as our DAPSY chief, Sdr Anthony Loke on "what is 'Middle Malaysia'?", but in Bahasa Malaysia. Read both articles to see who's the extremist in this country, DAP or UMNO/Utusan Malaysia.
...Namun, konteks yang ingin dipertengahkan oleh DAP melalui “Malaysia Pertengahan” adalah lebih luas daripada pengertian ciri-ciri pentadbiran ekonomi semata-mata. Kata kunci dalam konteks “Malaysia Pertengahan” ialah kesederhanaan. Dalam menangani sebarang isu dan dasar yang memberi impak kepada masyarakat umum, prinsip kesederhanaan perlu dititikberatkan. Dalam kata-kata Guan Eng, “Malaysia Pertengahan” mengutamakan “kerjasama daripada konflik”, konsultasi daripada konfrontasi” dan sebuah masyarakat yang inklusif bukannya eksklusif. Ini merupakan prinsip-prinsip utama dan pendekatan utama yang perlu dibawa oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Sekiranya pendekatan dan prinsip ini dapat diterjemahkan dalam erti kata yang sebenarnya, tidak mustahil majoriti rakyat Malaysia akan menyokong agenda perubahan yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat.

DAP sering dilabelkan oleh UMNO sebagai sebuah parti cauvinis yang ekstrem, sebuah parti orang Cina yang ingin menguasai segala-galanya di bumi Malaysia dan parti yang agendanya anti-Melayu dan anti-Islam. Sememangnya label-label ini menyebabkan ramai pengundi di kalangan masyarakat Melayu yang berwaspada terhadap DAP dan ramai yang menjauhinya selama ini. Walaupun DAP tidak pernah berfikiran sedemikian, namun ketiadaan peluang untuk DAP melaksanakan dasarnya selama ini tidak memungkinkan parti tersebut dapat mengubah persepsi negatif masyarakat Melayu terhadapnya. Kemunculan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya di Pulau Pinang membuka satu lembaran baru buat DAP.

Satu contoh yang baik ialah pendekatan yang diambil dalam menangani isu agama. Umum diketahui bahawa pendirian DAP yang tidak bersetuju dengan penubuhan Negara Islam dalam konteks Malaysia. Ia juga merupakan senjata yang sering digunakan oleh BN untuk melaga-lagakan hubungan DAP dengan PAS selama ini. Namun, ia sama sekali tidak bermakna bahawa DAP menentang agama Islam. Malah DAP telah secara terbuka menyatakan komitmennya mendukung status Islam sebagai agama rasmi persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pendirian ini jelas dinyatakan dalam Dokumen Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui bersama pada bulan Disember lepas. Komitmen ini bukan sahaja dinyatakan di atas kertas namun telah dimanifestasikan dalam pentadbiran kerajaan negeri yang dipimpin sendiri oleh Lim Guan Eng.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menggandakan peruntukan tahunan untuk tujuan agama Islam sehingga RM24.3 juta untuk tahun 2010 berbanding RM12.5 juta pada tahun 2008 di bawah kerajaan terdahulu yang dipimpin BN. Bukankah ini bukti kukuh bahawa kedudukan agama Islam bukan sahaja tidak tergugat malah didukung dan diperkukuhkan oleh sebuah kerajaan yang diterajui oleh DAP? Bukan sahaja peruntukan ditambah, malah Guan Eng memberi sokongan padu untuk menubuhkan sebuah Majlis Syura yang mengumpulkan sekumpulan pakar agama Islam untuk menasihati Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam hal-ehwal agama Islam. Pada masa yang sama, perkembangan agama-agama lain tidak disekat dan dimudahcarakan seperti bantuan kewangan kepada tokong, kuil dan gereja. Permohonan tanah untuk pembinaan tempat beribadat pula diluluskan tanpa banyak karenah birokrasi. Ini tidak sama sekali mengugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara kita. Inilah pendekatan “Malaysia Pertengahan” untuk mewujudkan sebuah masyarakat pelbagai agama yang harmoni.
I suppose in the eyes of extremists, everyone else who believes in the Middle way are "extreme" in their views.
Post a Comment