Saturday, August 19, 2017

Dato’ Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri hipokrit yang bermuka tembok tertebal seluruh dunia

Semalam, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak menyindir sikap pembangkang yang mendakwa kerajaan membayar terlalu mahal bagi projek MRT sedangkan pada masa sama ramai pemimpinnya ditangkap dengan skandal kewangan.

"Yang lucunya, baru-baru ini sudah mula terbongkar di negeri-negeri mereka tentang skandal banglo, …harga terowong, pintu gerbang dan lebuhraya yang dibina berlipat ganda lebih tinggi daripada sepatutnya.

"Ke mana hilangnya wang ini? Apakah skandal kewangan mereka ini tujuan untuk membina MRT dengan lebih murah?" tulis beliau.

Dato’ Seri Najib Razak jelas merupakan seorang pemimpin yang paling “shameless” seluruh dunia.  Beliau berani membandingkan fitnah terhadap kes pembelian banglo Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan skandal peribadi dan keluarga beliau yang berkaitan dengan 1MDB dan SRC International?

Dalam kes rumah Lim Guan Eng, harga yang dibeli adalah selaras dengan pendapatan seorang Ketua Menteri.  Itupun Lim Guan Eng telah membuat pinjaman daripada bank untuk membeli rumah pertamanya di Pulau Pinang yang bernilai RM2.8 juta.  Tambahan lagi, harga pembelian rumah tersebut adalah menurut harga pasaran untuk kawasan tersebut, dan bukannya dengan “diskaun luarbiasa” seperti tohmahan-tohmahan pimpinan Barisan Nasional.

Tapi yang paling penting sekali, Lim Guan Eng telah secara terbuka dan berkali-kali menafikan fitnah tersebut.  Beliau sedia mencabar dakwaan yang dibawa oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dengan bukti-bukti yang kukuh.

Sebaliknya, saya nak tanya adakah pembelian berlian bernilai US$27.3 juta (RM117 juta) selaras oleh Datin Seri Rosmah Mansor selaras dengan pendapatan keluarga seorang Perdana Menteri?  Setahu kami, pendapatan seorang Perdana Menteri adalah lebih kurang RM600,000 setahun.  Dato' Seri Najib kena memegang jawatan Perdana Menteri selama 200 tahun sebelum mendapat kemampuan untuk membeli berlian tersebut.  Rakyat Malaysia ingin tahu, dari mana datangnya wang untuk membeli bukan sahaja berlian RM117 juta tersebut tetapi barang-barang kemas yang bernilai berjuta-juta ringgit?

Apatah lagi, selepas dua bulan berlian RM117 juta didedahkan oeh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, Dato’ Seri Najib Razak and Datin Seri Rosmah Mansor tidak pernah menafikan dakwaan tersebut.

Adalah jelas bahawa Lim Guan Eng berani kerana benar, manakala pasangan Najib-Rosmah membisu kerana salah.

Perdana Menteri juga membuat sindiran terhadap kontrak pembinaan terowong dan lebuhraya di Pulau Pinang yang kononnya terlampau mahal berbanding dengan MRT di Lembah Klang.

Saya hanya ada satu balasan terhadap tuduhan liar tersebut.  Kontrak pembinaan terowong dan lebuhraya di Pulau Pinang ditawarkan bawah pimpinan kerajaan Pakatan melalui tender terbuka.  Sebaliknya, kontrak MRT yang bernilai lebih kurang RM30 bilion, ditawarkan kepada pihak Gamuda dengan rundingan terus, tanpa sebarang tender.

Dato’ Seri Najib Razak sekarang sudah begitu terdesak sehingga melontarkan fitnah-fitnah yang tidak berasas.  Rakyat Malaysia kini memang malu negara kita yang akan menyambut ulang-tahun ke-60 dipimpin oleh seorang Perdana Menteri munafik yang tidak berintegriti.  

No comments: