Sunday, June 17, 2012

Parliamentary Questions 2012 (II)


Below are the set of 15 questions I've submitted to Parliament for the current on-going sitting.

Oral Answer Questions:

1. Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan terma-terma Lebuhraya Pantai Barat (WCE) termasuk anggaran tol yang akan dikenakan dan pulangan kepada pihak konsesi mengikut jangkaan kos pembinaan sebanyak RM7.1 bilion.

2. Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan
(a)   sebab Maju Expressway (MEX) akan diberikan kebenaran untuk menjual konsesi Lebuhraya KL-Putrajaya kepada EP Manufacturing Bhd
(b)   sama ada kerajaan boleh mengambil-alih MEX dengan kos RM400 juta mengikut perjanjian konsesi

3. Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan sebab pemindahan Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia dari Sungai Besi ke Sendayan dan lain-lain tempat memakan kos sebanyak RM2.7 bilion, jauh melebihi nilai tanah Sungai Besi RM1.6 bilion yang dijual kepada 1MDB

4. Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan
(a)   sebab 1MDB menambahkan pinjaman kepada 1MDB-PetroSaudi Limited sebanyak US$500 juta (Mac 2010) dan US$200 juta (Mei 2011)
(b)   kedudukan kewangan PetroSaudi International yang memberikan jaminan kepada pinjaman oleh 1MDB-PetroSaudi Limited sebanyak US$1.9 bilion

5.  Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan
(a)   asas penilaian semula hartanah 1MDB daripada RM194 juta kepada RM1.02 bilion atau 426% dalam jangkamasa 1 tahun sahaja untuk merekodkan keuntungan RM544 juta
(b) lokasi dan deskripsi hartanah tersebut

6. Tony Pua minta Menteri Kewangan menyatakan
(a)   kedudukan siasatan Suruhanjaya Sekuriti ke atas kes RBTR Asset Management Bhd. (RBTR) yang melibatkan kehilangan RM13.5 juta sejak Ogos 2009
(b)   sebab tindakan tidak diambil ke atas pihak pengarah RBTR yang meluluskan dan menjual produk pelaburan tersebut kepada orang awam

7.  Tony Pua minta Menteri Kewangan menyatakan kedudukan siasatan Securities Commission ke atas saham Supercomnet Technologies Bhd yang melibatkan anak Perdana Menteri Mohd Nazifuddin menandatangani perjanjian option membeli saham syarikat tersebut dan selepas it menolak option tersebut dalam jangka masa 48 jam

8.  Tony Pua minta Menteri Kewangan menyatakan
(a)   jumlah pinjaman korporat merentasi kumpulan syarikat yang dikawal-milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dan sama ada Bank Negara mengambilkira risiko sistemik disebabkan pinjaman tersebut
(b) institusi kewangan yang terdedah kepada pinjaman beliau dan nilai kepada setiap satu

9.  Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan
(a)   sebab nilai saksama pelaburan anak syarikat yang tidak disebut Ekuiti Nasional Bhd. (Ekuinas) dapat meningkat RM163 juta dalam 2011 walaupun prestasi kewangan (EBITDA) syarikat-syarikat tersebut merosot
(b)   unjuran kewangan yang menjadi asas kepada pernilaian tersebut

10.  Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan punca wang dividen sebanyak RM1.69 bilion yang diperuntukkan kepada peneroka Felda sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Written Answer Questions:

11. Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan
 (a)   sama ada tanah FELDA sebanyak 340 ribu hektar yang diuruskan Felda Plantations Sdn Bhd akan diuruskan oleh FGVH sekarang
(b)   kadar harga pajakan tanah FELDA tersebut yang dicaj kepada FGVH dibandingkan dengan harga pajakan pasaran purata untuk ladang kelapa sawit

12.  Tony Pua minta Menteri Pengangkutan menyatakan sebab Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) masih membayar pemegang bon Kuala Dimensi Sdn Bhd sebanyak RM733 juta dalam 2011 walaupun litigasi berterusan sebanyak RM1.6 bilion terhadap KDSB atas pelanggaran kontrak dan lain-lain

13. Tony Pua minta Menteri Pendidikan menyatakan
(a) sebab kemerosotan prestasi pelajaran Malaysia yang dikemukakan oleh laporan terkini Program International Student Assessment (PISA) 2009+ dan The International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2007
(b) kos yang dibayar kepada konsultan untuk "Education Review" dan sebarang retainer yang dikenakan

14. Tony Pua minta Perdana Menteri menyatakan
(a)   kedudukan pembangunan Taman Industri Minyak, Gas dan Logistik Tanjong Agas sejak diumumkan pada tahun 2009
(b)   jumlah, terma dan status pinjaman Tanjong Agas Supply Base and Marine Services Sdn Bhd daripada institusi kewangan Malaysia

15. Tony Pua minta Menteri Pengangkutan menyatakan
(a) sebab syarikat Itali, ENAV, diberikan peluang menawar untuk menjadi perunding kawalan trafik udara KLIA walaupun ENAV sedang disiasat atas tuduhan rasuah
(b) jumlah kos terkini bagi pembangunan Lapangan Terbang KLIA2
Post a Comment