Monday, March 05, 2012

Parliamentary Questions 2012 (I)


Parliament commences again on 12 March 2012.  It will most certainly be the final session before the next general elections, so it should be pretty exciting and eventful.  The following are the list of 15 oral and written questions I have submitted for the coming session.

Parliamentary Questions for 2012 Session I

Soalan Jawapan Lisan

1.     Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan terma-terma penyelesaian kes mahkamah antara Tajudin Ramli dengan Danaharta/Prokhas. Adakah jumlah hutang Tajudin RM589.15 juta telah dilupuskan dan apakah sebab langkah penyelesaian diambil tanpa bicara.

2. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab konsesi lebuhraya Pantai Barat
(a) ditawarkan kepada anak syarikat Kumpulan Europlus Bhd tanpa sebarang tender terbuka.
(b) memerlukan kos sebanyak RM7.07 bilion dan pinjaman kerajaan sebanyak RM2.24 bilion

3. Tony Pua meminta Menteri Pertanian menyatakan kedudukan abatoir yang diperlukan dalam projek Pusat Fidlot Negara, berapakah jumlah wang yang diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan dan adakah wang tersebut telah digunakan.

4. Tony Pua meminta Menteri Pengangkutan menyatakan
(a) sebab Lapangan Terbang KLIA2 dipindah daripada tapak asal KLIA Utara ke KLIA Barat yang telah dikenali sebagai tapak yang paling tidak sesuai untuk membina lapangan terbang.
(b) kos kerja tanah di tapak KLIA Barat dan pembinaan menara kawalan baru di KLIA2.

5. Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan
(a) jumlah subsidi dan geran R&D kepada Perusahan Otomobil Negara (PROTON) dan industri pembuatan kereta setiap tahun sejak 2000
(b) adakah subsidi dan geran ini akan diteruskan setelah PROTON dijual kepada DRB Hicom.

6. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan
(a) cara gula mentah diperolehi oleh Kerajaan dan pengiraan subsidi gula yang diberikan kepada syarikat penapisan gula
(b) sebab kerajaan membeli gula mentah dengan harga US$0.26 setiap paun walaupun harga pasaran dunia tidak melebihi US$0.24.

7. Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyatakan
(a) senarai nilai geran yang telah diberikan kepada Juta Bersih Sdn Bhd bagi setiap Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dibuka
(b) nilai “revenue” jualan produk berjenama 1Malaysia berbanding dengan produk jenama lain yang dijual dalam KR1M sehingga Februari 2012

8. Tony Pua meminta Menteri Pengangkutan menyatakan kedudukan terperinci projek “Automated Fare Collection” (AFC) yang tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan dan memerlukan pelanjutan masa diberikan beberapa kali dan jumlah wang yang telah dibayar kepada pihak kontraktor.

9. Tony Pua meminta Menteri Pengangkutan menyatakan
(a) kedudukan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) termasuk keluasan yang telah disewa, kadar sewaan kaki persegi dan jumlah sewa yang dikutip
(b) sama ada PKFZ dapat mencapai sewaan dan pendapatan mengikut pelan perniagaan dan pengaliran tunai yang diberi kepada syarikat audit PricewaterhouseCoopers.

10. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab projek MRT Sungai Buloh-Kajang diberikan kontingensi kos tambahan sebanyak 15% yang tidak akan mengenakan sebarang penalty ke atas pihak “Project Delivery Partner” (PDP) yang akan mengurus projek tersebut.


Soalan Bertulis

11. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai terperinci semua pinjaman agensi kerajaan atau syarikat swasta yang diberi jaminan oleh kerajaan yang merupakan "contingent liability" untuk setiap tahun sejak 2001.

12. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan dengan jadual terperinci (bukan rencana) jumlah pengundi baru yang didaftarkan
(a) Oleh setiap parti politik untuk setiap suku tahun sejak 2008
(b) Oleh setiap parti politik mengikut negeri sejak 2008

13. Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan dengan jadual terperinci (bukan rencana), statistik jenayah setiap tahun sejak 2006 bagi
(a) Negeri Selangor mengikut daerah dan jenis jenayah
(b) Seluruh negara mengikut negeri dan jenis jenayah

14. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan senarai semua petender dan harga yang dibekalkan untuk projek MRT bagi
(a) pakej V5: Pembinaan jejambat dan lain-lain dari Portal Maluri ke Stesyen Plaza Phoenix
(b) Pakej V6: Pembinaan jejambat dan lain-lain dari Plaza Phoenix ke Stesyen Taman Tun Hussein Onn

15. Tony Pua meminta Menteri Luar Negeri menyatakan
(a) sebab perkhidmatan memproses permohonan visa melawat Malaysia di negara Cina diswastakan dan apakah syarat-syarat utama penswastaan termasuk kadar yuran yang perlu dibayar
(b) berapa permohonan yang diproses oleh syarikat tersebut setiap bulan mengikut jenis visa dan kawasan/daerah di Cina
Post a Comment