Monday, June 13, 2011

Questions for Parliament 2011 Session II

Parliament just started its 2nd session of the year today and will end before the end of the month. Below are the list of questions which I've submitted for replies from various ministries.

Parliamentary Questions for 2011 Session II

Soalan Jawapan Lisan

1. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan prestasi dan kedudukan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak ianya ditubuh

(a) Penyata keuntungan dan “balance sheet”

(b) Kedudukan terkini kesemua pelaburan termasuk nilai dan jangkaan pulangan setiap projek


2. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan ‘brain drain’ akibat perasaan tersingkir seperti yang dibentangkan dalam laporan World Bank terkini, termasuklah jaminan peluang pekerjaan yang saksama.


3. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan

(a) Bayaran yang telah dibuat kepada Gamuda-MMC untuk projek pembinaan MRT dan sebarang nilai kerja yang telah dibuat, tetapi yang belum dibayar.

(b) Anggaran kos perlantikan Gamuda-MMC kepada kerajaan, termasuk kos “contingency” atau luar jangkaan, jika ada untuk project MRT.


4. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan

(a) Skop projek Karambrunai Resorts yang diumumkan sebagai satu-satu “Entry Point Project” yang bernilai RM9.6 bilion

(b) Sama ada permohonan lesen kasino telah diminta oleh pemaju dan ianya akan atau telah dipertimbangkan oleh kerajaan.


5. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan butiran perjanjian yang akan ditandatangani oleh kerajaaan dengan syarikat Tricubes Bhd untuk memajukan projek emel 1Malaysia, dan sama ada Tricubes akan diberikan hak untuk mengesahkan maklumat individu dengan Pejabat Pendaftaran Negara.


6. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan

(a) Anggaran pecahan subsidi yang akan ditanggung kerajaan pada tahun 2011 mengikut kategori terperinci

(b) Anggaran kenaikan hasil kerajaan berpunca dari sektor minyak dan gas, dan lain-lain sumber


7. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan

(a) impek pengurangan subsidi makanan, petrol, diesel, gas dan lain-lain barangan asas kepada golongan masyarakat berpendapatan 40% terendah sejak Januari 2010.

(b) Langkah-langkah ‘mitigation’ yang akan atau telah dilaksanakan untuk membantu golongan tersebut yang menghadapi kenaikan kos kehidupan yang mendadak.


8. Tony Pua meminta Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa menyatakan sebab-sebab kedudukan Malaysia dari segi “Keberkesanan Kerajaan” dan “Keberkesanan Perniagaan” telah merosot dengan begitu teruk sekali dari tempat 9 dan 4 ke 17 dan 14 mengikut “IMD World Competitiveness Yearbook 2011”


9. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan

(a) Laporan daripada ‘public hearing’ yang telah dijalankan oleh SPAD atas pembinaan MRT, termasuk bantahan-bantahan utama

(b) Pengubahsuaian ke atas pelan pembinaan MRT atas maklumbalas yang telah diterima daripada pihak awam


10. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan

(a) Anggaran jadual perlaksanaan sistem cukai GST

(b) Anggaran kos kerajaan untuk menyediakan sistem cukai GST dan kos pengurusan setiap tahun



Soalan Bertulis


11. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan secara terperinci sejak portal “MyProcurement” dilancarkan

(a) bilangan kontrak yang telah diterbitkan oleh setiap Kementerian dan setiap bulan

(b) jumlah nilai kontrak yang telah diterbitkan oleh setiap Kementerian dan setiap bulan


12. Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sejak tahun 1996

(a) Jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk setiap tahun (“approved investments”)

(b) Jumlah pelaburan asing yang telah dilaburkan untuk setiap tahun (“actual investments”)


13. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan senarai terperinci universiti di United Kingdom dan di Amerika Syarikata yang pemegang biasiswa Mara sarjana muda dan jumlah penuntut yang dihantar setiap tahun sejak 2000 untuk setiap universiti tersebut


14. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pengundi baru yang didaftarkan

(a) Oleh setiap parti politik untuk setiap suku tahun sejak 2008

(b) Oleh SPR lain-lain pihak (seperti kakitangan kerajaan dan POS Malaysia) setiap suku tahun sejak 2008


15. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan

(a) Senarai terperinci nama dan nilai setiap projek ETP/EPP yang telah diumumkan

(b) Nilai pelaburan yang telah dibuat sejak projek-projek ini diumumkan
Post a Comment