Friday, October 01, 2010

Parliamentary Questions 2010 (III)

The final session of Parliament is coming up, with the most important item on the agenda being the Budget for 2011 of course. The 15 questions I'll post to the Government has been submitted more than a week ago, and I'll try to update as they get responded to.

The following are the list of 10 oral and 5 written questions.

Soalan Lisan

1. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan butir-butir projek kad pintar untuk mengawal pembelian petrol mengikut keupayaan yang telah dihentikan, termasuk nama pembekal, kos yang terlibat, skop projek dan sebab-sebab terperinci projek dibatalkan.

2. Tony Pua meminta Menteri Pengangkutan menyatakan perkembangan terkini mengenai penyelenggaraan sistem LRT aliran Kelana Jaya dan Sri Petaling, terutamanya penilaian bantahan yang telah diterima, tahap pencapaian berbanding dengan pelan di mana sistem LRT akan dikomisyen pada awal tahun 2013.

3. Tony Pua meminta Menteri Pertahanan menyatakan sebab Kementeri menempah melalui surat niat kepada Deftech Sdn Bhd 257 buah kereta perisai bernilai RM8 bilion, ataupun RM31 juta sebuah walaupun harga pasaran kereta perisai terkemuka di dunia tidak melebihi RM10 juta.

4. Tony Pua meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan

(i) kedudukan terperinci projek pelabuhan tuna di Batu Maung, termasuk pelaburan yang telah dibuat oleh kerajaan dan langkah-langkah seterusnya

(ii) sama ada surat sokongan yang dikeluarkan kepada Malaysia International Tuna Port (MITP) untuk mendapat pinjaman RM240 juta adalah sah dan diluluskan oleh Menteri

5. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sama ada tafsiran 1Malaysia dalam Pelan Transformasi Kerajaan yang mengharap supaya rakyat Malaysia menganggap sendiri sebagai "Malaysian first" dan kaum, agama, kelas dan kawasan kemudian akan dikekalkan dan apakah langkah yang akan diambil supaya semua termasuk menteri-menteri memahami tafsiran ini.

6. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan kedudukan projek MRT Lembah Klang terkini, jadual perlaksanaan, jangkaan kos, agensi yang bertanggungjawab dan sama ada kerja-kerja pembinaan akan ditender secara terbuka supaya mutu tertinggi dapat dicapai dengan harga yang terendah, dan daya persaingan kontraktor dapat dipertingkatkan.

7. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan

(i) Kedudukan terkini kesemua pelaburan yang telah dibuat oleh dana 1MDB termasuk nilai dan jangkaan pulangan setiap projek

(ii) Sama ada 1MDB bertujuan untuk menambahkan pinjaman bon dalam jangka masa 1 tahun yang akan datang dan apakah jumlah dan kegunaannya

8. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan dasar-dasar afirmatif bumiputera semasa yang akan dirombak semula supaya ia menjadi lebih "market-friendly and merit-based" dan menuju kepada golongan bumiputera berpendapatan 40% yang terendah.

9. Tony Pua meminta Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menyatakan

(i) sama ada KPI kementerian 50% "broadband penetration" akan dicapai pada Disember 2010

(ii) pihak yang bertanggungjawab untuk menjamin pencapaian KPI dan jika tidak dicapai, apakah langkah-langkah seterusnya yang akan diambil

10. Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan perkembangan terkini mengenai projek pembinaan pusat konvensyen dan pameran Matrade termasuk skop kerja yang telah siap, jadual pembinaan dan sama ada pembayaran berbentuk tanah telah diserahkan kepada pihak pemaju.

Soalan Bertulis

11. Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan untuk biasiswa Mara ke luar negeri peringkat sarjana muda sejak tahun 2000

(a) gred pencapaian peperiksaan terendah yang diterima setiap tahun

(b) jumlah pelajar yang ditawarkan setiap tahun mengikut universiti yang dihantar

12. Tony Pua meminta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sejak tahun 1996

(i) Jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan oleh kerajaam berbanding dengan jumlah yang telah dilaburkan setiap tahun

(ii) 10 projek pelaburan asing bernilai tertinggi yang telah diluluskan tetapi belum lagi dilaburkan atau telah dibatalkan setiap tahun

13. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan senarai syarikat-syarikat yang telah menerima jaminan pinjaman daripada Danajamin, termasuk jumlah dan tujuan jaminan untuk setiap syarikat

14. Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan secara terperinci peratusan pemilikan saham syarikat-syarikat Indeks Komposit Kuala Lumpur oleh KWSP, KWAP, Tabung Haji, Khazanah Nasional, ASN, ASB, ASM dan lain-lain institusi atau dana yang dikuasai oleh kerajaan

15. Tony Pua meminta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan jumlah penuntut sarjana muda yang diterima oleh setiap IPTA mengikut bidang pengajian pada tahun 2010
Post a Comment