Wednesday, May 26, 2010

Parliamentary Questions 2010 (II)

The next parliamentary session will commence on 7th June and I've prepared the following questions for the Ministers for response.  I have not been getting quality responses most of the time from the ministers, but lets see if we can sometimes obtain the occasional gems ;-)

The following are the list of questions which I have submitted for this coming session, covering sports betting, "Allah", government procurement, privatisation, GST, new economic model, crime and more.

Soalan Jawapan Lisan

1.Tony Pua meminta Kementerian Kerjaraya menyatakan

(a)kedudukan projek Hospital Shah Alam yang tidak dapat siap dalam masa yang ditentukan atas sebab sub-kontraktor yang tidak dibayar selama 3 bulan

(b)sebab kontraktor utama Sunshine Fleet tidak dibatalkan kontrak mereka atas masalah kewangan dan amalan pengkontrakan “Ali-Baba”

2.Tony Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan

(a)sebab Ascott Sports ditawarkan lesen perjudian bola-sepak secara rundingan terus, tanpa sebarang tender atau lelong

(b)secara terperinci syarat-syarat yang dikenakan, termasuk kadar dan system cukai, had keuntungan, peruntukan dan pengawalan isu sosial, yuran lesen dan lain-lain

3.Tony Pua meminta Menteri Kewangan menyatakan sebab “MyProcurement Portal”

(a)hanya mempamerkan kontrak daripada beberapa Kementerian dan agensi kerajaan sahaja dan bukannya wajib untuk semua kementerian dan agensi?

(b)Tidak menunjukkan butiran kontrak terperinci seperti kuantiti, jumlah petender, tarikh tender ditawar dan lain-lain

4.Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab 15,000 Al-Kitab yang dirampas oleh kerajaan pada tahun 2009 akan dimusnahkan dan tidak disebaliknya dipulangkan kepada penganut Kristian Sidang Injil Borneo (SIB) demi hak kebebasan agama seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan?

5.Tony Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan

(a)sama ada kadar Cukai Perkhidmatan dan Barang-Barang (GST) 4% yang dicadangkan, akan dinaikkan dalam 10 tahun yang akan datang

(b)mengapa GST patut dilaksanakan jika ianya akan mengurangkan hasil kutip kerajaan seperti yang dijelaskan oleh Kementerian Kewangan sebelum ini

6.Tony Pua meminta Kementerian Pertahanan menyatakan

(a)butiran dalam surat niat kepada Defence Technologies Sdn Bhd untuk membeli 257 buah kereta perisai

(b)sebab anggaran kos setiap kereta perisai bernilai RM31 juta walaupun harga pasaran kereta perisai terbaik di dunia hanya bernilai RM3 sehingga RM10 juta

7.Tony Pua meminta Kementerian Pertahanan menyatakan

(a)sebab pembelian kasut kulit wanita kepada kakitangan awam kementerian yang bernilai RM2.7 juta

(b)butiran terperinci pembelian kasut seperti jumlah petender, kuantiti, spesifikasi

8.Tony Pua meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sebab KDN enggan memberikan “jadual terperinci” mengenai indeks kadar jenayah mengikut tahun, jenis jenayah dan kawasan/negeri walaupun diminta dalam soalan jawapan bertulis kedua-dua sesi yang lalu? Sebaliknya, Menteri hanya memberi jawapan ringkas dan descriptive sahaja.

9.Tony Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan sama ada polisi Pekeliling Perbendaharaan Kontrak yang menghadkan perolehan barang-barang tertentu kepada beberapa syarikat tertentu akan dihentikan supaya kerajaan melaksanakan perolehan secara tender terbuka seperti yang ditetapkan dalam pelan Model Ekonomi Baru dan Program Transformasi Kerajaan

10.Tony Pua meminta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan sama ada kerajaan akan mengubah Pelan Automotif Negara sekali lagi untuk menarik balik dasar RM10,000 untuk setiap “AP” impot kereta dan memanjangkan masa tamat skim AP ini.


Soalan Bertulis

11.Tony Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan

(a)rasional kerajaan menubuhkan joint venture dengan KWSP untuk membangun 3,000 ekar tanah kerajaan di Sungai Buloh walaupun KWSP tidak mempunyai sebarang kepakaran dalam bidang pembangunan

(b)sebab tanah tersebut tidak dibangun secara tender terbuka kepada pemaju yang terkemuka

12.Tony Pua meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan sama ada kerajaan akan meminda Akta 133 Seksyen 5 supaya Pihak Berkuasa Tempatan berkuasa untuk meluluskan penubuhan sistem “gated and guarded” di kawasan perumahan dengan syarat-syarat yang tertentu demi kepentingan keselamatan penduduk-penduduk.

13.Tony Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan sama ada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanggar “Capital Markets & Services Act” dengan pembelian saham anak syarikat MRCB dengan penuh pengetahuan bahawa kontrak yang besar pembangunan tanah 3,000 ekar di Sungai Buloh akan ditawar kepada MRCB.

14.Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan prestasi dan kedudukan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak ianya ditubuh, termasuklah pelaburan yang telah dibuat, dan nilai 'current assets', 'return on equity' dan 'total assets'.

15.Tony Pua meminta Kementerian Kewangan menyatakan dengan jadual terperinci setiap bon dan pinjaman kerjaan atau yang dijamin oleh kerajaan, mengikut tarikh matang atau penebusan, dengan maklumat nilai, kadar faedah, tarikh permulaan
Post a Comment