Wednesday, July 08, 2009

No Space, No Arrests? Minister's Reply

It was late into the evening session when I got to read out my adjournment speech on the alleged lack of space to detain illegals in Petaling Jaya as highlighted by the local OCPD. The reply came at 9.49pm and it was certainly one not worth waiting for.

In summary, it was a list of denials and even highlighting the fact that the crime index has improved in Petaling Jaya with statistics for the first 5 months of the year.

They also emphasized that over the past 17 months, they have conducted 30 raids nationwide and successfully "catching" 281 illegals who were also criminals. Umm... I'm not sure if that's such a great number... less than 2 per month in the entire country (and that includes Sabah & Sarawak).

But if you bother to read the fairly long reply below, you'd notice that nowhere in his speech he denied the fact that there really isn't enough space to "keep" illegals who are detained in Petaling Jaya, which was the essence of my question.

Was the question deliberately avoided? Or who it just an oversight by whoever who prepared the speech? You be the judge.

Timbalan Menteri Dalam Negeri II [Tuan Jelaing anak Mersat]:

Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara yang mengemukakan usul mengenai perkara ini.

Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memberikan alasan kekurangan anggota dan tempat tahanan sebagai sebab pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pendatang asing yang melakukan kesalahan jenayah adalah kurang tepat. Ingin saya tegaskan bahawa kementerian dan pihak polis tidak pernah sekali-kali mempunyai dasar atau ketetapan sebegitu. Saya yakin pihak polis sentiasa komited dalam usaha membendung dan memerangi jenayah.

Namun tidak saya nafikan pihak polis mempunyai kekangan dari segi bilangan anggota terutamanya di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Petaling Jaya di mana nisbah seorang anggota polis kepada bilangan penduduk adalah tinggi, namun pihak polis tidak pernah menggunakan alasan ini untuk tidak bertegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kesalahan. Malahan operasi pencegahan jenayah yang dilakukan oleh pihak polis dibuat secara berterusan dan dipergiatkan dari semasa ke semasa.

Tuan Yang di-Pertua, sebagai contoh bilangan kes jenayah di daerah Petaling Jaya bagi tempoh Januari hingga Mei 2008 adalah sebanyak 4,675 kes manakala bagi tempoh yang sama pada tahun 2009 adalah sebanyak 4,053 kes iaitu penurunan sebanyak 622 kes atau 13.3%.

Dari segi penyelesaian kes pula, 44% berjaya diselesaikan bagi tempoh Januari hingga Mei 2009. selain itu pihak polis juga sentiasa mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan jenayah termasuklah pendatang asing. Dalam hal ini, pihak polis mengadakan operasi-operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Pengangkutan Jalan dan pihak berkuasa tempatan. Tuan Yang di-Pertua, pihak polis sentiasa memandang serius terhadap kes-kes jenayah yang melibatkan pendatang asing.

Sebagai bukti, bagi tahun 2008 sehingga bulan Mei 2009, sebanyak 30 operasi khas telah diadakan di mana seramai 281 orang pendatang asing yang terlibat dengan kes jenayah telah ditangkap. Usaha berterusan yang dilaksanakan oleh pihak polis menampakkan hasil berdasarkan kes jenayah yang melibatkan pendatang asing menurun daripada 111 kes bagi tempoh Januari hingga Mei 2008 kepada 84 kes bagi tempoh yang sama pada tahun 2009.

Tuan Yang di-Pertua, saya tidak bersetuju dengan dakwaan Yang Berhormat yang menyatakan bahawa pihak polis lebih memberikan tumpuan dalam menghalang parti pembangkang mengadakan ceramah-ceramah dan perhimpunan berbanding operasi pencegahan jenayah yang lain.

Sebagai agensi penguatkuasaan undang-undang yang profesional, polis perlu mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang melanggar undang-undang termasuklah ceramah atau perhimpunan sekiranya ia dibuat tanpa permit polis yang boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. Dalam hal ini tidak timbul isu pihak polis mengamalkan pilih kasih dalam menguatkuasakan undang-undang. Tuan Yang di-Pertua, sebagai penutup, ingin saya maklumkan di Dewan yang mulia ini bahawa usaha mengurangkan kadar jenayah sentiasa menjadi keutamaan kementerian.

Kementerian melalui PDRM sentiasa proaktif dalam mengurangkan kadar jenayah sama ada yang melibatkan rakyat tempatan mahupun pendatang asing. Tindakan secara berterusan perlu dilakukan walaupun pihak polis menghadapi kekangan dari segi kekuatan anggota. Apa yang penting di sini ialah masyarakat boleh membantu pihak polis dalam mengurangkan kadar jenayah dengan menyalurkan maklumat dan laporan berkaitan dengannya. Sekian terima kasih.

7 comments:

Anonymous said...

Hmmm, why are there more and more gated and guarded areas in PJ? Are the residents STUPID to PAY for the security that our POLIS cannot provide?

Dare that fella to walk in PJ unguarded residential area ALONE at night for a few days. If he is unharmed, GOOD - congratulate him.

Anonymous said...

YB Tony,

Off topic a bit. I heard Lim Kit Siang said DAP support to scrap PPSMI.

What's your view ?

l藍海 said...

thanks dariff n ningsheng.

Anonymous said...

candle vigils and wearing black are more dangerous than criminals.

we pay tax so that the govt can employ police to provide us security. instead, its being abused and cops are used for political arrests. darn, we taxpayers are paying the price and have to use our own money to engage private security guards. What a 1Malaysia, isnt it?

Anonymous said...

This morning i saw a group of policeman having breakfast in ss2/72 the end of the road where old yamaha music used to be....near Tropicana city mall.What amazed me is that they came in big group..about almost 10 of them.Big majority of them came riding in their brand new motorbike paid for by the tax payers.They just park the bike like they are shwing off the new bike etc.Ofcourse.....a patrol cars are amongst them as well.And in the evening.....i saw 7 new police motorbike..from smaller cc to bigger ones and they were hanging out at Kayu ss2 at about 9 pm.Am wondering were they off duty officers or just like anyone of us human being showing off their brand new engine.

Anonymous said...

maybe the 281 included all those caught in candlelight vigils.

Anonymous said...

"Tuan Yang di-Pertua, dakwaan Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya Utara bahawa Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memberikan alasan kekurangan anggota dan tempat tahanan sebagai sebab pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pendatang asing yang melakukan kesalahan jenayah adalah kurang tepat. Ingin saya tegaskan bahawa kementerian dan pihak polis tidak pernah sekali-kali mempunyai dasar atau ketetapan sebegitu. Saya yakin pihak polis sentiasa komited dalam usaha membendung dan memerangi jenayah. "

I suggest to have a survey of Police Performance on the people, conducted by YB.

If 50% of the people dissatisfied with Police performance, If what his claims is credible, the Chief of OCPD should step down.