Thursday, March 18, 2010

Why was Hassan Merican replaced as Petronas CEO?

I blogged on the change of guard in Petronas earlier this year.

I was curious why one of our best known CEOs in Malaysia for Petronas did not have his contract renewed and my question in parliament was addressed to the Prime Minister.  I also asked why was Omar Mustapha appointed to the Petronas Board of Directors despite the objections from Tan Sri Hassan Merican.  Of course, the reply in parliament completely avoids the essence of my question. Read it for yourself.

Tony Pua meminta Perdana Menteri menyatakan sebab Tan Sri Hassan Merican telah diganti sebagai ketua eksekutif Petronas walaupun prestasinya adalah cemerlang sejak pelantikannya pada 1995. Apakah rasional Omar Mustapha dilantik sebagai pengarah Petronas, dan sebab perlantikan beliau ditolak oleh Tan Sri Hassan?


The answer:

Kerajaan tidak menafikan bahawa Y. Bhg. Tan Sri Hassan Merican mempunyai pengalaman yang luas dalam industri petroleum. Beliau juga telah berkhidmat dengan cemerlang dalam Petronas sejak tahun 1989 sebagai Naib Presiden Kanan Kewangan sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam tahun 1995.

Perlantikan Y.Bhg. Dato' Shamsul Azhar sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif yang baru juga adalah berasaskan prinsip yang sama di mana beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dan prestasi yang cemerlang semasa perkhidmatan beliau di Petronas.  Beliau mula berkhidmat dengan Petronas pada tahun 1974 dan pernah memegang beberapa jawatan kanan iaitu Naib Presiden Perniagaan Minyak, Naib Presiden Eksplorasi (Upstream) dan Naib Presiden Maritim dan Logistik.

Namun begitu perlantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan juga ahli Lembaga Pengarahnya adalah di bawah bidang kuasa penuh Y.A.B. Perdana Menteri berdasarkan pada Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Tentang kenapa Y. Bhg. Tan Sri Hassan Merican menolak perlantikan Omar Mustapha sebagai Pengarah Petronas, persoalan ini haruslah ditujukan kepada beliau dan bukannya kepada kerajaan.
Post a Comment