Wednesday, December 17, 2008

Glomac Damansara: Was There Consultation?

Here's a perfect example of why our current local government system is completely screwed up. Let me put it forward very briefly as follows:
  • Developer for Glomac Damansara (check out the density for yourself) for Taman Tun Dr Ismail (TTDI) puts up the Development Proposal Notice at the site at the end of 2007. 

  • Interestingly enough, within a few days, the Notice Board gets hidden by opaque fences put up around the development site.

  • SS20 Rukun Tetangga chairperson spotted the notice and quickly submitted a letter to DBKL to object to the project, or at least to have it reviewed before the deadline allowed.

  • However, there was absolute silence from DBKL. I found out about the project sometime in Jun this year after being elected MP for Petaling Jaya Utara, which covers SS20. I spoke to my colleague, the MP for Segambut (which covers TTDI), Lim Lip Eng to follow up with DBKL and check on the status.

  • The project is now at a full-steam ahead pace. The response from DBKL was, SS20 was in Petaling Jaya which is not under its jurisdiction, and hence have no legal basis to submit complaints, despite being directly opposite the old Jalan Damansara road which forms the boundary between KL and PJ.
Ridiculous right? Wait til you hear what the Deputy Minister of Federal Territories say in parliament in response to my query (or see Hansard pg 52).
Sebenarnya kawasan saya bukannya di dalam kawasan Wilayah Persekutuan tetapi di sebelah kawasan Segambut, PJ Utara. Saya ingin menimbulkan satu perkara, satu isu yang telah terjadi di kawasan Taman Tun iaitu di kawasan Segambut yang bersempadan dengan kawasan SS20 di kawasan PJ Utara. Ada satu projek yang baru yang tengah dibangunkan di kawasan Taman Tun ini yang bernama Glomac Damansara dan ianya telah diluluskan saya agak pada akhir tahun lalu dan satu papan cadangan telah dinaikkan pada bulan November atau Disember tahun lalu.

Penduduk di sebelah jalan iaitu di SS20 kawasan saya telah pun menulis kepada pihak DBKL untuk membantah ataupun meminta supaya satu dialog ataupun satu penjelasan diadakan sebelum projek ini diteruskan dan dibina di kawasan Taman Tun. Akan tetapi pendedahan yang telah dimasukkan ke dalam DBKL ini langsung tidak diambil kira sebelum projek ini diberikan kelulusan dan projek ini buat masa ini telah pun berjalan.

Apabila saya menimbulkan perkara ini bersama dengan rakan saya dari Segambut ke pihak DBKL, pihak DBKL menjawab oleh kerana pihak pembantah adalah bukan daripada dalam Wilayah Persekutuan, mereka tidak ada locus standi untuk membantah mengenai projek ini.

Saya agak jawapan yang telah diberikan oleh pihak DBKL adalah tidak munasabah dan juga bersikap angkuh terhadap rakyat dan isu-isu yang perlu dipertimbangkan oleh pihak DBKL.

Selain daripada itu, saya juga ingin mendapat tahu adakah pihak DBKL apabila dia meluluskan apa-apa projek di kawasan Wilayah Persekutuan, terutamanya di kawasan sempadan yang bersempadan dengan kawasan lain di Selangor seperti di Petaling Jaya Utara, adakah satu perbincangan diadakan dengan pihak majlis perbandaran yang lain di sebelah itu. Saya rasa sudah ada banyak projek yang telah diluluskan di kawasan sana yang menyeberangi kawasan Taman Tun yang akan meningkatkan trafik di kawasan itu seperti adanya projek Tropicana City di MPPJ dan juga projek-projek yang lain yang bersempadan dengan pihak Taman Tun.

Adakah satu penyeluruhan mengenai traffic flow diadakan, satu study mengenai seluruh kawasan tersebut sebelum satu-satu projek diluluskan sebab projek ini adalah satu mix development, satu projek yang besar dan telah diiklankan oleh pihak pemaju sebagai satu projek yang bernilai RM500 juta di kawasan itu. Penduduk-penduduk yang di kawasan Petaling Jaya saya buat masa ini selalu membuat aduan kepada saya kerana mereka rasa mereka telah dipinggirkan.

...So, saya harap pihak DBKL dan juga pihak kementerian dapat menjawab supaya DBKL akan lebih mengambil kira isu-isu yang akan dibawa oleh semua penduduk di satu kawasan yang tengah dimajukan dan bukan sahaja penduduk-penduduk yang ada dalam Wilayah Persekutuan sahaja.
And the short reply from the Deputy Minister was (pg 89):
Seterusnya mengenai isu yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat Petaling Jaya mengenai bantahan penduduk daripada SS20 berkenaan pembangunan di Lot 73, Jalan Damansara. Bantahan penduduk SS20 telah diambil kira dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang mempertimbangkan dalam permohonan ini. Sesi penerangan telah dibuat bersama penduduk Taman Tun Dr. Ismail dan wakil penduduk SS20 Damansara pada 6 Oktober 2008. Pemaju telah membuat kajian trafik selaras dengan kehendak Jabatan Pengangkutan Bandar Kuala Lumpur.
End of story. Which means that allegedly a consultation has taken place in October this year with not only the residents of TTDI (which I'm unable to verify) as well as with SS20 representatives!

To be frank, I was a little stunned with the reply and didn't pursue the matter further in Parliament that day. After that I met up with the SS20 RT chairperson, and once again, she reaffirmed that there has been absolutely no contact and no consultation with the residents of SS20 since the letter was submitted in December 2007.

So the Deputy Minister has lied and misled the Parliament (which technically is a very serious offence, but we'll never get anywhere pursuing it - BN ministers and MPs does it all the time) and got away with it.

I'll now have to follow up on the matter further but these things really sometimes drive you up the wall as the arrogance of DBKL and the BN government on these issues affecting the people's livelihood are treated with total disdain and disinterest.
Post a Comment